Selasa, 23 Ogos 2011

Koleksi Novel Online (19 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Jodoh itu Milik Kita 12

Posted:

Oleh : sara aisha BAB 12 “Berani Fiq balik sini lagi???” Bergegar rumah Tuan Haikal pada petang yang hening itu dengan suara lantang pemiliknya. Puan Marina tersentak. Aariz hanya tenang di sisi ibunya. Syafiq yang sedang tercegat berdiri di hadapan pintu rumah pula mempamerkan wajah tanpa reaksi. Kosong! Namun matanya sempat menjeling ke arah abangnya, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 18

Posted:

Oleh : Tinta Biru “Mia suka bunga?” soal Ikmal sambil mencium bunga ros yang sedang mekar dan berkembang indah. Hari ini dia dan Mia akan menghabiskan masa melawati tempat-tempat menarik di Cameron Highlands sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok pagi. Dia akan membawa Mia pergi ke ladang strawberi, ladang teh, Kia Farm, Taman Rama-rama dan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Mistress 17, 18

Posted:

Oleh : Acik Lana Bab 17 Mikail memandu laju keretanya membelah lebuhraya. Hatinya masih sakit diperlakukan sebegitu oleh Mya. Tindakan Mya tadi benar-benar membuatkan dia naik darah. Masih terbayang-bayang di matanya melihat Mya melangkah laju melintasi pohon mempelam tempat dia bersembang dengan Yati. Dan hatinya dipalu hebat tatkala melihat Mya menjinjing beg pakaiannya. Segera dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seindah Hujan Cinta 16, 17

Posted:

Oleh : Qash Shazwani BAB 16 Sudah berkali-kali Zamirul menelefon Aneesa namun tidak satupun panggilannya dijawab. Hatinya mula risau. Apa agaknya yang berlaku? Apakah keputusan peperiksaannya terlalu corot sampaikan dia tidak mahu memberitahu mereka. Malu agaknya! Takkanlah. Setahu Zamirul Aneesa bukanlah pelajar yang bengap dan bodoh, tak mungkin keputusannya teruk sangat! Tapi kenapa panggilannya tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ranjau hati seorang isteri 16, 17

Posted:

Oleh : syafriyana Bab 16 Kami juga berpeluang melihat keindahan gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Gunung yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Sabah khususnya. Selepas itu, kami singgah di pecan Kundasang, iaitu pecan kecil yang menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Pelbagai jenis sayur-sayuran terdapat di sini. Kami meneruskan perjalanan ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sesuci Kasih 16

Posted:

Oleh : Adilla Tasha BAB 16 Sampai di pekan Pulai Condong, abang Khai segera membawa aku dan Mek Nah ke sebuah kedai buku yang agak uzur. Segera abang Khai menyerahkan envelope yang Mek Nah pegang tadi dan menyuruh uncle itu membuat salinan setiap sijil-sijil ku termasuk slip keputusan peperiksaan. Aku hanya menunggu dan melihat segala [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Selamat tinggal sneakers 16

Posted:

Oleh : zahara Mulut Farizal mengunyah makanannya namun matanya asyik-asyik tertumpu kepada gadis di hadapannya. Selama ini memang Farizal akui dia memang cantik namun dia tidak pernah menyedari gadis itu secantik hari ini. Susah bagi dirinya untuk menumpukan perhatiannya kepada perkara lain walaupun sepinggan mi rebus kegemarannya terhidang hangat di hadapannya. Menyedari itu, gadis di [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Penantian Cinta 16

Posted:

Oleh : Siti Fatimah Bab 16 “Boleh saya jumpa dengan Encik Hairie?”tanya Melissa dengan lagaknya memandang Syida yang sedang asyik menyiapkan tugasan di atas meja kerja. “Encik Hairie tiada dalam bilik pejabat sekarang cik. Dia sedang attend meeting penting di luar. Maaf. Cik ni…?”sopan Syida membalas. “Melissa. Cik Melissa..”balas Melissa bersahaja sambil memerhati sekeliling ruangan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Anugerah Terhebat 15, 16

Posted:

Oleh : Afifah Yusof bab 15 Iskandar memandang Datuk Ibrahim dan Datin Marziah yang juga sedang memandangnya. Kening Iskandar bertaut rapat. Amri yang turut bertandang ke rumah itu sudah tersenyum-senyum. “Mama dengan papa ni serius ke?”soal Iskandar gusar. “Mestilah! Apa,Is ingat kami nak main-main pasal masa depan Is. Mama dan papa dah berkenan sangat dengan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : I’m not your butler or P.A or SO ON..!!! 14

Posted:

Oleh : sme_zea Dia tersenyum sendiri tatkala melihat shorts yang terlipat di dalam almarinya. Dia dapat memikirkan satu idea baik. Fiya sedang sibuk membasuh ayam untuk hidangan tengahari.Tidak sebanyak hidangan biasalah sebab mama dengan papa dah bertolak ke KLIA pagi tadi. Zahrin pula balik sedikit lewat kerana dia menghadiri seminar SPM di sekolah. Memang kena [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Senyum Lagi 14

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 14 Aku dan abang berdiri menatap dinding. Kami sudah bersedia menerima hukuman daripada abah. Kulihat abah memejamkan mata setiap kali rotan sebesar telunjuk menjamah tubuh abang. Kemudian beralih pula kepadaku. Kugenggam tanganku sambil menekan ke dinding setiap kali sebatan itu singgah di tubuhku. Terasa pedih. Seketika rotan itu berulang alik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku tak suka kau!!! 13

Posted:

Oleh : akira Mika tidak dapat tidur malam ini.Puas dia cuba melelapkan mata namun tidak berjaya.Dia duduk bersila diatas katil.Mujur Datin Rohani sudah pulang ke rumahnya.Jadi boleh lah dia bersendirian di bilik tidurnya.Dan paling utama dia tidak perlu berduaan dengan Danny. Dia masih memikirkan tangan Danny yang berbalut tadi.Dia luka sebab masak untuk aku ke? [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Kau Mengerti 13

Posted:

Oleh : Nur Suriati BAB 13 LITTLE JAPAN Percutian ke Jepun! Bukan semua orang mampu. Selain kewangan, faktor masa dan keadaan mungkin tidak mengizinkan. Kami ada cara yang sesuai untuk membawa anda menikmati keunikan tradisi Jepun di tanah air sendiri. Zuril mula berminat dengan tajuk awal pembentangan itu. Sebelum ini, dia tidak pernah terfikir mahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Suamiku Vampire 13

Posted:

Oleh : RIA NATSUMI Danish rasa tidak jemu menatap wajah isterinya yang asyik membaca majalah Wanita. Dia pula sedang menonton televisyen. ‘Kenapalah isteri aku duduk jauh-jauh ni?’ geram Danish. Dia bangun dan duduk di sebelah Lidya. Sengaja dia letakkan kepalanya atas paha Lidya. Lidya terkejut tetapi wajah Danish yang selamba membuat dirinya kaku. Lidya cuba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 13

Posted:

Oleh : AnneYusre Ikhwan berbaring di atas couch hitam yang terletak di hujung katil di dalam biliknya. Telinganya terlekap headphone berdentum kuat dengan lagu-lagu Nickelback.Sesekali dia mengerling tubuh kurus yang meniarap di atas katilnya. Kaku tak berkutik. Entah apa mimpinya hendak tidur di sini malam ini. Tidur di rumah Ikhwan bukanlah perkara luar alam yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : K.E.A 12

Posted:

Oleh : Arasharrina “Haikal….” Lemah anggota badan Kea bila melihatkan Haikal yang terbaring lesu di atas katil. Mukanya nampak pucat. Tak terasa ada setitik darah pun yang berani melalui wajahnya ketika ini. Kea terpandang juga dahi Haikal yang berkerut, Mungkin dia menahan sakit yang amat sangat. Ubun-ubun lelaki itu disentuhnya perlahan dan diusap lembut rambut [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Manuskrip Cinta 12

Posted:

Oleh : Muliati Abdul Bab 12 Abdul Fadi meraba-raba pipinya yang terasa perit. Sungguh, rasa terkejutnya belum hilang lagi saat matanya bertemu dengan sepasang mata bening itu. Keningnya, alisnya, malah matanya sama dengan perempuan yang pernah hadir dalam mimpinya sebelum ini. Abdul Fadi sempat mengukir senyum bahagia. Jangan pertikaikan kenapa dia tersenyum bahagia. Siapa pun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Komplot Kita 12

Posted:

Oleh : Rashidah Roseli “Wynn, temankan aku keluar makan?” ajakan Amirul dipandang sepi oleh Darwina. Hendak katakan merajuk, pelik sangatlah kerana mereka memang tidak bergaduh. Namun Amirul tidak pula berasa pelik. Akhir-akhir ini, begitulah sikap Darwina. Tidak sudah-sudah lagi Darwina menjauhkan diri daripadanya. Telefon bimbit yang dulu tidak berapa dipedulikan, kita tergantung kemas di dada. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 12

Posted:

Oleh : Emoq BAB 12 “Assalamualaikum…” Suara orang memberi salam sayup-sayup kedengaran dari luar rumah. Nor berhenti daripada membasuh pinggan. Siapa pula yang datang ke rumahnya petang-petang begini? Dia tertanya sendirian. Nor keluar dari dapur dan menjengah ke luar pintu rumahnya. “Waalaikumussalam. Eh, Encik Adib? Errr, buat apa kat sini?” soalnya terkejut apabila melihat kelibat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Betul Ke Cinta? 11

Posted:

Oleh : Eva BAB 11 ” kau tau lisa, dekat kelas tadi, aku dengar zana dok cerita kat budak-budak ni kau ada skandal dengan cik hakim.” ” hah?” nak tersembur kuah maggi yang penuh dalam mulut aku. ” betul ke mia? Ish, geramnya aku. pandai-pandai nye zana ni. dia nak kena belasah dengan aku la [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Lembaran Jiwa 11

Posted:

Oleh : ANA LAILA 11 Berdebar-debar Anis apabila menginjakkan kakinya di sekolah barunya, Sekolah Menengah Kebangsaan Syeksyen 16. Pada mulanya, kekok juga dia memasuki kelas ini. Semuanya rakan-rakan yang baru. Namun, dia bertuah. Anis telah mengenali seorang gadis yang bernama Nurin Ain. Dia memang pintar. Gaya Nurin memang tak ubah sepertinya. Rambutnya yang panjang separas [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cahaya Qaseh 10

Posted:

Oleh : Kathy Tuah Cintaku bukan padanya. Petang itu Aliff Firdaus terus ke hospital menemui adiknya. Tanpa salam dia terus meluru dan memeluk Cahaya Qaseh yang sedang bersembang dengan beberapa staff papanya. “Ya Allah, kenapa Qaseh sampai masuk hospital ni? Qaseh tau kan abang tak nak jadi apa – apa kat Qaseh? Qaseh pun tau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : My Beautiful Lady 10

Posted:

Oleh : NUR ILHAM BAB 10 Selepas membersihkan serpihan gelas kaca yang pecah, Wani masuk ke dalam kamar tidur. Dia baring di atas katil menghadap siling. Satu..dua..tiga! Wani berkalih menghadap arah kanan. Mata dipejamkan untuk tidur. Satu..dua…tiga! Posisi tidur berubah pula mengiring ke arah kiri. Alih-alih Wani bangun dari pembaringan. Kakinya meronta-ronta dengan kepala digeleng-geleng [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Minah Senget vs Mamat Sewel 9

Posted:

Oleh : east chynta BAB 9 Malam ni dingin sekali. Dengan hembusan angin sepoi-sepoi mengenakan pipi aku ni. Wah syahdunya malam ni. Aku duduk sendiri di luar rumah. Saje tengok bintang-bintang yang berkedipan di awangan. Cantik. Bulan pun ada jugak. Menjadi peneman aku untuk malam ni. “Jauh melamun.”Jaja menyapaku. Sedikit terkejut bila tiba-tiba dia terjengul [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon