Isnin, 8 Ogos 2011

Koleksi Kuliah Jumaat (21julai2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Jangan Ada Benci 16

Posted:

Oleh : ANIRALIZA Aisyah membetul-betulkan selimut bayi yang baru sahaja disusukan oleh Eliza. Kelakar betul bila pertama kali nak menyuakan susu ke mulut baby ni bila tiga-tiga kelam kabut dengar baby menjerit sekuat-kuat hati. Nurul yang paling panik sampai terlanggar meja kecil dalam wad bersalin tu, sudahnya makanan Eliza di atas meja tu habis bertabur [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta tak sempurna 15, 16

Posted:

Oleh : east chynta BAB 15 “Entah mengapa semalaman Zaliya tidak dapatkan melelapkan matanya. Berkelip-kelip matanya di dalam kegelapan di biliknya. Cuma lampu tidur yang dipasangnya diruang meja solek. Hatinya tidak keruan sekali. Ke kiri- ke kanan badan dipusingnya. Tidak senang sekali baringannya. Kemudian dia menjengah Zahid yang tidur dibawah dengan hanya beralaskan tikar. Terselit [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hati Perempuan 14

Posted:

Oleh : Nur Ain Al-Abbas Maisara berpandangan dengan suaminya di dalam kereta. Rasanya matanya tidak salah melihat susuk tubuh yang sedang keluar dari kereta di hadapan lobi cuma akalnya menyangkal. Tidak mungkin Yuhanis. Bukankah wanita itu mengambil cuti selama sebulan untuk berbulan madu. Kini, baru seminggu wajahnya sudah terjengul di pejabat. “Abang, itu memang Anis [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bukan Aku Tak Cinta 14, 15

Posted:

Oleh : jeje / Qash Irdina 14 Pagi itu Tengku Dania tidak mahu duduk diam dan berkeras untuk turut serta dalam aktiviti terakhir pada pagi itu. Aktiviti sukaneka, sukan pantai dan penyampaian hadiah diadakan pada pagi itu, sebelum mereka berangkat pulang selepas menikmati makan tengahari. Namun Zaharul Ashriq berkeras agar Tengku Dania tidak terlibat dalam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : LELAKI INI, perempuan itu 13

Posted:

Oleh : Umie Nadzimah BAB 13 Eusuff kemudiannya membawa mereka makan ke restoran yang terletak Kuala Gula Sanctuary Resort. Restoran ini terkenal dengan masakan hasil laut segar. Ianya terletak berhampiran jeti nelayan yang baru naik dari laut dengan hasil tangkapan baru. Rizman dan Wira Nadim begitu teruja membuat pesanan yang pelbagai. Dan mereka nampak sungguh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hanya Milikmu 13

Posted:

Oleh : Amauni TENGKU Harith kini berjalan-jalan tanpa arah tujuan di sebuah tempat yang sungguh suram dan terpencil. Tiada seorang pun manusia disekitar tempat berkenaan, hanya ada burung-burung Hering yang sedang kelaparan, sabar menunggu mangsa mereka rebah ke bumi untuk menjamah isinya. Tengku Harith sangat ketakutan ketika ini. Dia ingin berlari tetapi badannya terasa sungguh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sesuci Kasih 13

Posted:

Oleh : Adilla Tasha BAB 13 “Dah siap Kama?” tanya mak yang sedang memasukkan bawang,halia dan belacan yang telah ditumbuk ke dalam belanga. Sebelum itu halba telah di tumis dulu untuk menaikkan bau. “Kejap mak, Kama tengah tus kan ikan ni.” Aku yang sedang memasukkan ikan kedalam bekas tapis memandang mak. Terkejar-kejar rasanya hari ini. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Toucholic 12

Posted:

Oleh : zarith natasha “LAMBAT balik?” Tegur Izzat sebaik saja muka Najwa muncul di pintu biliknya. Kembarnya itu tidak segera menjawab. Terus katil Izzat diterpa lalu tubuh dihempas ke atas tilam empuk itu. Fuhh! Selesanya… “Letih gila.” Pandangan dari halaman buku dikalih pada muka Najwa. “Kelas full ke hari ni?” “Haah. Tapi bukan tu yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Perempuan Itu 12

Posted:

Oleh : Addy Rifqhiey Bab 12 : Aku Perempuan Itu RIFQH MENEKAN kuat pedal minyak keretanya. Meter kelajuan keretanya itu terus saja mencanak naik ke kelajuan 200 Km/J. Dia sudah tidak mempedulikan akan kelajuan keretanya yang sudah melebihi had laju yang ditetapkan. Apa yang dia tahu, diaperlu cepat sampai ke destinasi yang dituju. Ada perkara [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kau Si Gemuk Aku 12

Posted:

Oleh : Tyona BAB 12 Pagi Jumaat itu Anita bangun lebih awal untuk bersiap ke kelas. Selepas dia keluar dari bilik air tadi dia lihat Evelin masih merengkuk di atas tilam. Dia membiarkan Evelin tidur seketika sebelum mengejutkannya dan terus membelek almari baju untuk memilih pakaian yang hendak di pakai ke kelas sebentar lagi. Anita [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Penantian Cinta 12

Posted:

Oleh : Siti Fatimah Bab 12 “Syida,meeting saya hari ni pukul berapa?”tanya Hairie setelah merapati meja setiausahanya itu. Itulah perkara yang selalu ditanya pada setiap pagi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. “Em.. Pukul 12 tengah hari ni Encik Hairie. Dengan Syarikat Panca Sakti “kata Syida patuh sambil membelek buku jadual majikannya itu. “Ok. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Selamat tinggal sneakers 12

Posted:

Oleh : zahara Arissa memandang jam tangannya. Wajahnya berkerut seribu menahan panas, dahaga dan daripada menunggu ‘kekasihnya’ (untuk hari itu). Sesekali dia mengipaskan dirinya memakai tangannya -sesuatu yang langsung tidak membantunya. Teriknya matahari turut membakar hatinya yang sedang marah. Sudah hampir 1 jam dia menunggu Pierre namun batang hidungnya pun tidak kelihatan. Sedang dia ingin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku tak suka kau!!! 11

Posted:

Oleh : akira Mika kelihatan resah didalam bilik Danny.Sekejap duduk,sekejap baring,sekejap melintang di atas katil.Dia merasa badannya panas.Peluh berjujuran seperti air tejun. “Betul ke apa aku buat ni? Mika berkata sendirian.Jam menunjukkan pukuk 1.30 pagi.Danny masih tidak naik ke bilik. “Mamat tu tidur kat bawah kot” Mika berkata lagi.Dia sedikit lega kerana tidak perlu duduk [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ranjau hati seorang isteri 11

Posted:

Oleh : syafriyana Bab 11 Pagi minggu itu membuatkan Fiza bermalasan di katilnya. Terasa kesejukan akibat penghawa dingin yang dipasang menambahkan lagi kemalasan Fiza untuk bangun. Dia mencapai jam loceng di atas meja tepi katil. Jam sudah menunjukkan ke angka 6:15 pagi. Subuh sudah lama masuk waktunya. Fiza merenung ke sisinya. Seseorang yang sangat dikasihinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Senyum Lagi 10

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 10 Bertalu – talu daun pintu diketuk. “Alah…. kacaulah!” rungutku. Kutarik selimut menutup kepalaku. “Hoi….. anak dara, matahari dah meninggi ni!” Aku dapat menangkap suara abang yang sedang berkicauan macam burung di awal pagi. Kulihat daun pintu terkuak. Abang melangkah masuk sambil tersengih. ” Apalah Adik ni, tak nak berbasikal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Misteri Pulau Crystal 9

Posted:

Oleh : Ira Amirah BAB 9 > Kenangan Hitam Ceres. “Cole! Cole! Cole!”Laung suara seorang budak perempuan yang berusia sepuluh tahun, setahun lebih muda darinya. “Veronica?”Soalnya dengan penuh tanda tanya. Dilihatnya seorang budak perempuan sedang berlari ke arahnya dengan sekuntum senyuman yang sangat manis.Senyuman ini membuatkan dirinya berasa sangat bahagia . “What are you doing [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Inche’ Matahari 8, 9

Posted:

Oleh : tulip biru 8 Rabu petang yang indah? Balqis Shah duduk dihujung kerusi didepan kolej kediamannya menunggu Siti Zulaikha turun. Memang tuah badan daripada enam penghuni rumah sewa yang mengambil ijazah, hanya Ika dan Balqis Shah sahaja yang dapat kolej kediaman. Mana tak nya Ika tu ahli majlis perwakilan pelajar, MPP yang Balqis Shah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon