Jumaat, 1 Julai 2011

PM dan isteri lawat Kelantan Sabtu ini

Tags

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan Sabtu ini.

Jabatan Penerangan Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata Najib dan isteri dijangka tiba di Gong Kedak, Terengganu pada pukul 9.40 pagi untuk menghadiri beberapa program membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kota Bharu.

NONENajib akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Selepas itu, perdana menteri dijadual menghadiri majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.

Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program "Apa Khabar Anak Permata" di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grandriverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan d Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.55 malam.

- Bernama

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon