Selasa, 28 Jun 2011

Koleksi Novel Online (27Jun2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : GELORA 3, 4

Posted:

Oleh : MA LEE CHUSWAN Kemunculan Semula Penulis Tersohor MA LEE CHUSWAN setelah sekian lama menyepi. Antara novel beliau Selamat Tinggal Sayang, Lamaran Kedua, Permata Hati, Tirai Impian, Putik-Putik rindu BAB 3 KAMAR Mila masih tidak berusik. Tetap seperti dulu. Keadaannya seperti berpenghuni seolah-olah tidak pernah pula ditinggalkan olehnya. Patung Pink Panthernya masih tersusun rapi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 2, 3

Posted:

Oleh : AnneYusre “Mama. siapa yang hantar perempuan senget macam tu kat rumah kita. Aeman tak suka. Mama kena pecat dia sekarang jugak. Aeman boleh urus diri Aeman sendiri.” Aeman menyembur Puan Sri Aliya tanpa sempat ibunya membela diri. Badannya yang basah kuyup tak dihiraukan. Perkara yang paling penting adalah, menghalau Sakinah keluar dari rumah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Isteri Separuh Masa 1

Posted:

Oleh : Permaisuri / Suri Ryana Novel ke 3 dari penulis novel M.A.I.D dan KLIK Bab 1 Tahun 2007 Masuk tahun ini, sudah 12 tahun aku menjadi penghuni rumah agam ini. Maksudnya, sudah 12 tahun jugalah aku menjadi anak angkat kepada pasangan Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Ketika aku datang ke sini, aku baru berusia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : When You Least Expect It 1

Posted:

Oleh : Inawza SPM baru sahaja berlalu dan sekarang aku sedang sibuk mencari pekerjaan untuk mengisi masa lapangku yang dirasakan terlalu panjang. Sedikit risau aku dengan keputusan yang bakal aku perolehi nanti kerana sesungguhynya aku bukan tergolong di dalam golongan mereka yang bijak. Namun, aku rasa aku sudah melakukan sedaya upaya aku dan apa yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Drama King – prolog

Posted:

Oleh : Ilya.A PAPA aku orang berada. Ada harta yang memang tidak cukup dimakan. Tapi sayangnya papa aku lebih mementingkan anak lelaki dari anak perempuannya ini. Segala harta yang melimpah-ruah itu papa letak atas nama abang tiri aku, Adley yang bagi aku lembik tidak cukup makan. Aku tidak tahulah mengapa papa memandang tinggi pada abang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Benarkah Cinta 1

Posted:

Oleh : nufa shyairan Cahaya matahari yang menusuk masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Fidz Asran menggeliat. Matanya dibuka sedikit. Bibirnya tidak habis-habis mengomel. Dia kembali menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. ” Fidz, bangunlah.” Fidz Asran membuka matanya sambil merengus. Tidak suka diganggu pada waktu2 sebegini. Dia memandang lelaki dihadapannya. ” Apa?” soalnya geram. Saudara kembarnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Misi Lulu Vs Dr Armando 1

Posted:

Oleh : LadyZik Sudah genap seminggu Lulu berhijrah ke Selayang, Selangor. Selama itu dia seperti kera sumbang. Duduk sendirian dalam hostel membuatkannya separuh gila kerana dia masih lagi gagal menyesuaikan diri dengan tempat baru. Kawan-kawan sekerja juga sudah berkeluarga. Punya anak dan suami. Dia? Sudahlah bujang, tinggal sendirian dalam hostel. Satu bilik seorang. Hari-hari celik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 1

Posted:

Oleh : Isha Idiaz 1 PROTON Iswara bewarna merah itu memasuki pintu masuk Universiti Teknologi MARA, Kampus Jengka, Pahang Darul Makmur. Berderet-deret kereta mencari tempat parkir. Kelihatan banyak sekali ibu bapa mengiri anak mereka ke Dewan Serbaguna untuk pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi baru sesi Julai 2006. Faizah menelan air liur. Rasa gerun melihat begitu ramai [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cintai Aku Selamanya 1

Posted:

Oleh : fieda SINOPSIS: Nur Fatasha Najwa seorang wanita yang sempurna sekali tetapi sayang dia menyimpan sifatnya itu hanya untuk dia dan kenalan yang rapat sahaja mengetahuinya. Dengan kerjaya yang baik dia mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Kecantikan juga tidak dapat disorokkan dengan imej muslimah. Tanpa pengetahuan orang lain dia menanti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hati Si Pesakit Cinta 1

Posted:

Oleh : nana billa Prolog Ketika jasadnya masih ada, ketika rohnya masih berada di dunia ini dan ketika cintanya masih mekar untukku, aku terlepas beberapa peluang untuk mencintai dan melayaninya dengan baik.Aku sentiasa megah dengan keegoan yang tak pernah surut.Sentiasa mengharapkan kemenangan sedangkan sebagai seorang perempuan, aku sentiasa kalah.Sentiasa… sehinggakan aku dapat mengira setiap kemenanganku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku, Dia dan Takdir 1

Posted:

Oleh : Nia Rasid Bab 1 ” Hoi minah, engkau termenungkan apa tu? Ceritalah dengan aku ini asyik pendam sendiri jek. Cuba engkau kongsi cerita dengan aku. Apa kena dengan engkau jadi macam nie. Sakit aku tengok engkau macam nie. Please….cerita dengan aku” kata Puteri kepada aku yang asyik termenung tu. Aku terkejut sangat bila [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ragam Cinta 1

Posted:

Oleh : TimaHaziKal Fayqah berasa gementar. Hanya beberapa minit sahaja lagi, dia akan mengalami perubahan yang ketara. Tidak pernah sebelum ini berlaku dalam hidupnya. Tik tik tik. Bunyi jam semakin menghampiri pukul 8.30 pagi. Hati Fayqah tidak keruan. ‘ Nak pergi sekarang ke tidak ye…’ Fayqah ragu- ragu untuk keluar. ‘Ah.. Keluar je la.. Apa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Pisau Cinta 1

Posted:

Oleh : marrismia Bab 1 10 tahun dahulu… “adik, nanti adik dah besar,adik nak jadi apa?”soal abangnya “adik nak jadi tukang masak macam mama” “oh, nak jadi cheflah ni.” “chef tu apa?” tanya adik kebingungan “chef tu samalah macam macam tukang masak,tukang masak itu cheflah”terang seorang abang yang berumur 11 tahun kepada adiknya yang berumur [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : A Witch’s First Love 1

Posted:

Oleh : Aimie Hikaru [1] RUANG bilik yang luas dengan berlatarkan dinding berwarna putih krim itu diperhatikan dengan perasaan tidak keruan. Suasana ibu kota yang dapat dilihat melalui tingkap kaca yang agak besar itu menggamit perhatiannya. Dia bergerak ke arah tingkap kaca itu. Kedua tangannya disilangkan ke belakang. Lagaknya seolah-olah bilik itu kepunyaannya. Diperhatikan lama [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Love Mr Korea 1

Posted:

Oleh : AN “OH nickhun! comelnye!” Ainan terguling-guling atas sambil memeluk bantal busuk dia. Dia terangau sekejap melihat wajah model Korea berambut sedikit perang itu. “HOI minah! apa dok guling-guling, sengih-sengih sensorang!” tegur Eyja atau Azizah. “Biarlah. sibuk je.” “Apa yang syok sangat ni? ni mesti tak habis-habis tengok WE GOT MARRIED. sudah-sudahlah Cik Ainan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ku Mencari Cinta Mu 1

Posted:

Oleh : ZUBAIDAH IBRAHIM BAB1 Sofia meraba-raba meja sisi di tepi katilnya mencari jam loceng yang tak henti-henti berbunyi dari tadi.Hatinya bengkak apabila pagi-pagi begini tidurnya diganggu.Nada jam loceng yang berdering-dering betul-betul membingitkan telinganya.Ingin saja dia melempar jam loceng itu ke dinding. “Alamak,matilah aku!!” Alangkah terkejutnya Sofia tatkala melihat jam loceng di tangannya itu.Sudah hampir [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Benci Atau Cinta? 1

Posted:

Oleh : Iman Kyuhee “Mya? Are you okay?” suara Lisa memecah gegendang telingaku. Aku mengangkat kepala. Dahiku masih berkerut-kerut menahan kesakitan. “Aku call suami kau ya?” Lisa sudah mencapai handphonenya. “Ehh… tak payah, tak payah. I’m okay,” Aku cuba meyakinkannya. “Tapi…” Lisa masih ragu-ragu. “Jangan bagitahu dia. Please Lisa…” Aku merayu kepadanya. Lisa mengeluh. “Baiklah. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Siapa Dia?? 1

Posted:

Oleh : purple Prolog ‘Mamat sorang ni memang.. eee geram ye aku asal dia suka aku haa.. tak boleh ke dia suka orang lain.. nape aku jugak yang dia nak suke.. hai nak buat apa ni..Adeh!!’ Ana merungut seorang diri dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. ‘ Apa lagi cara yang boleh aku buat mamat tu jauh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tuan Muda Iman Harraz prolog

Posted:

Oleh : mia kaftiya hari ini ulangtahun aku yang ke tujuh. Ibu dan ayah berjanji akan bawa aku berjalan-jalan sebagai hadiah hari jadi aku. Dan kata mereka, hari ni aku akan dapat apa saja yang aku mahu. Aku teruja, tak sabar. Aku tak nak minta banyak hadiah, aku cuma nak main kat mesin yang ada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Untuk Cinta Ini 1

Posted:

Oleh : Frya Bab 1 Semua yang berada di taman permainan itu mendiamkan diri bila melihat kehadiran gadis itu. Ada yang mencebik, ada yang simpati dan tidak kurang juga yang tidak sabar menunggu aksi seterusnya. Cuaca panas petang itu tidak sedikit pun dipedulikan oleh mereka. Bagi mereka yang lebih menarik adalah ‘drama’ yang sedang berlangsung [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Serpihan Kasih 1

Posted:

Oleh : Nur Iman Pintu kayu yang sudah usang ditolak perlahan. Kriukkk….bunyi daun pintu apabila ditolak. Iman terhenti sejenak. Hatinya belum bersedia untuk meneruskan langkah kakinya masuk ke rumah usang itu. Tapi dia sudah tidak ada hala tuju lagi kecuali rumah usang yang hanya tinggal masa sahaja untuk rebah ke bumi. Kalaulah dulu dia tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Suamiku Songsang!!!?

Posted:

Oleh : zarith natasha “APA nak jadi dengan kau ni, Han?!” Suara garau bergema seluruh rumah. Sepasang mata merah tajam terarah ke arah lelaki yangberdiri betul-betul di hadapannya. Urat-urat leher sudah kelihatan. Itu tandanya lelaki berumur awal 50-an itu bukan tengah gembira. Tapi marah. Marah yang teramat sangat. “Sampai hati Han buat ibu macam ni.” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Nota Berwarkah Pilu

Posted:

Oleh : Nukilan Hati 14 November 2002 Hai hati! Gembiranya aku pada hari ini kerana Lan telah meluahkan segala perasaannya pada ku. Tidak sia-sia perkenalan kami selama tiga tahun ini. Rupanya Lan juga menyimpan perasaan sepertiku. Kiranya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Masihku ingat perkenalan pertama kami. Lan mengenaliku di dalam majalah sekolahku. Apa tidaknya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Aku Pasrah Jika ini Kesudahannya

Posted:

Oleh : fieda “Aku tak nak tengok muka kau lagi faham!!!!” jerit suara Encik Adham ke arah Umairah yang lengkap berpakaian pengantin di hadapannya. “Papa jangan buat Mairah macam ni, Mairah minta maaf tapi tolong jangan buang Mairah dalam hidup papa,” Umairah sudah merayu sambil melutut di kaki papanya. Mencerlung mata Encik Adham memandang wajah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Aku bukan boneka

Posted:

Oleh : elyna *1* Viviana tersandar lesu ke sofa kulit dari Itali. Wajahya pucat kepenatan. Dengan tudung tak dibuka, terus dipejamkan mata. Berehat sesaat dua. ” Vee dah balik ? Buatkan abang air. Hauslah,” pinta Danish seraya menuruni anak-anak tangga. Tanpa keluhan, terus Viviana bangun. Sebelah tangan menekan pinggang. Sedikit sakit dibahagian belakang. Perlahan, kakinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Sara Farzana

Posted:

Oleh : Dania Ibtisam Aiman aku amat merindui kasih sayangmu. Sekian lama kau pergi meninggalkan aku. Terasa seperti baru semalam kita bermadu asmara.Kenapa mesti aku yang kau tinggalkan?Tuhan begitu berat dugaan yang kau timpakan ke atas diri hambaMu yang kerdil ini.aku cuba pertahankan cinta yang utuh dihati ini namun permintaan ibu dan walid amat merunsingkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Cintanya Mungkin Di Kota Rom

Posted:

Oleh : EMMA AMIRAH Ena mengimpikan keindahan malam tersebut bersama Zul. Berjalan menyusuri taman berpohon lebat yang mengugurkan dedaun kering di malam yang bertiup angin dingin yang lembut. Biar sejuk mengigit tubuh yang berbalut baju panas yang tebal. Tapi dingin masih tetap dingin. Ena tidak peduli, kerana dia tak merasai kesejukan malam itu. Perasaannya pada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon