Jumaat, 24 Jun 2011

Himpunan diteruskan walau Ambiga diugut bunuh

Tags

Renung2kan seketika berita ini....

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan beserta empat yang lain membuat laporan polis di Balai Polis Travers dekat sini berikutan menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan polis dibuat jam 12.00 tengah hari tadi.

Antara individu lain yang turut menerima SMS itu ialah ahli majlis pimpinan pusat PKR Latheefah Koya, Timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta dua daripada ahli jawatankuasa Bersih iaitu Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.

Sedikit kekecohan berlaku polis cuba menghalang wartawan dan orang ramai daripada masuk ke kawasan balai untuk bertemu Ambiga.

Selepas setengah jam dari kekecohan tersebut Ambiga dan empat yang lain keluar dari balai untuk bertemu dengan media.

Sebelum itu, Khairul Anwar juga turut dihalang masuk apabila beliau keluar mengambil baju Bersih.

Bagaimanapun selepas berbincang, beliau dibenarkan masuk.

Dalam pada itu, pada sidang medianya, Ambiga mahu pihak polis menjalankan siasatan dengan segera.

Ditanya mengenai pandangan beliau mengenai ugutan bunuh ini, beliau berkata tindakan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pihaknya daripada mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Ini kerja daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak suka akan perhimpunan amam yang kami akan lakukan.

"Walaupun ancaman bunuh yang diterima, pihak kami akan tetap mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dan berharap ramai orang akan hadir menyokong dalam perhimpunan itu nanti." katanya

Sementara itu, menurut Latheefah yang juga Penasihat Lawyers For Liberty (LFL) mendakwa kelima-lima antara mereka menerima SMS ugutan yang sama.

SMS diterima seperti berikut: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Katanya, ia berkemungkinan sebagai gangguan terhadap usaha pihak LFL menganjurkan bengkel Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis semepena perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai ini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon