Jumaat, 28 September 2012

Tambah Isteri??? Baca Dahulu...

Tags
Mahu tambah isteri bagi yang dah berumahtangga?Sila baca maklumat dibawah dulu, sekali fikir tentu best kalau tambah isteri kan? Dikala isteri pertama merajuk, balik rumah isteri nombor dua, kalau isteri dua merajuk, ku balik rumah isteri yang tiga dan seterusnya. Tapi terfikirkah kita semua apa perasaan isteri dan anak-anak kita bila tahu kita beristeri lain???Apa-apa pun alasan dan sebab anda, sila la baca di bawah dulu..




Kepada yang berhajat, cerita ini mungkin boleh jadi iktibar.

Saya bukan penentang poligami. Jangan salah anggap. Kepada yang layak, saya malah mengalu-alukan. Saya cuma mendokong pegangan bahawa untuk berpoligami, syaratnya  sangat ketat.

Justeru, kalau benar berhajat, jangan fikir singkat. Kesanggupan untuk berpoligami perlu bersama kesediaan untuk menambah tanggungjawab. Poligami bukan semata-mata untuk berseronok atau memenuhi syahwat yang tiada had.

Kerana itu, sebelum buat keputusan, kena fikir masak-masak. Ambil keputusan yang tidak masak, bimbang nanti kepala sendiri yang semak. Yang sesak akan bertambah sesak.
Jika kail panjang sejengkal, jangan duga lautan dalam. Kalau tidak sanggup atau tidak ada kemampuan yang cukup, terimalah kenyataan “bahawa aku  tidak layak berpoligami!”

Seperti sudah jadi kitaran hidup, lelaki biasanya akan terfikir mengenai poligami apabila usia mencecah 40.

Kononnya umur  40 sesuai untuk  tambah ‘cawangan’. Dan untuk itu, pengurus cawangan yang baharu semestinya seorang yang mampu membawa idea-idea  kontemporari, bawa semangat baru kepada suami.

Untuk itu, calonnya mestilah muda berbanding pengurus cawangan induk yang sedia ada,. Malah ada kemungkinan jika pengurus yang baharu itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dia berpeluang cerah untuk mendominasi keseluruhan syarikat dengan tuan punya
syarikat sekali. Ini berkemungkinan besar akan berlaku dan memang sudah banyak berlaku!
Namun, untuk menguruskan banyak cawangan, bukannya mudah. Tuan punya syarikat jangan fikir, apabila usia meningkat, ini masa untuk berehat.

Apabila sudah ada tanggungjawab, mahu tidak mahu, penat tidak penat, tenaga perlu diperah. Kalau pun pengurus cawangan induk juga mahu berehat, kederat untuk cawangan yang baharu masih perlu dikerah. Kena pula yang jenis banyak kerenah!

Itulah yang dikata orang, walau berjalan dipapah, tongkat jangan patah!
Seorang kawan saya, Azmin yang berniaga ubat kuat untuk lelaki di Shah Alam menceritakan mengenai seorang lelaki berusia hampir 80 tahun dari Kedah, yang datang ke KL dengan bas semata-mata untuk beli ubat kuat.

“Pakcik itu telefon minta saya tunggu dia di stesen Jalan Duta. Selepas dapat ubat, dia naik bas balik ke Kedah. Katanya, dia tak pandai nak beli secara online lagi pun bimbang ubat tidak dihantar selepas dia bayar duit.

“Dia terpaksa buat begitu sebab ada isteri muda. Katanya bukan senang nak maintain isteri muda,” cerita Azmin.

Nah! Siapa kata lelaki tidak sanggup berkorban untuk isteri?

Namun, satu lagi kisah, saya percaya boleh jadi pengajaran yang sangat berguna bagi sesiapa yang berhajat mahu beristeri muda.

Kita sering dimomok dengan soalan sama ada masih sanggup berjaga malam, tukar lampin, bangun buat susu jika ditakdir beranak kecil dalam usia yang sepatutnya sudah boleh bersenang lenang, tidur nyenyak waktu malam. Bagaimana pula dengan cerita ini, seperti yang diceritakan kawan saya, Isa Teksi?

Kata Isa, dia kenal seorang warga emas yang setiap hari tunggu anaknya balik sekolah.

Katanya, pakcik itu dulu menunggu di kantin tetapi kebelakangan ini, dia  tunggu di tepi jalan, di luar kawasan sekolah.

“Apabila aku ajak masuk dalam teksi, dia menolak. Katanya, takut anak dia tak nampak,” cerita Isa.

Pada mulanya, kata Isa lagi, dia sangka dirinya yang tersalah dengar apabila warga emas itu menyebut ‘anak’.

“Aku tanya dia pasal apa tak tunggu di kantin macam dulu. Jaga larang masuk ka? Kata dia, bukan jaga, tapi anak dia yang tak bagi. masuk.”

Kata pakcik itu kepada Isa, ini  bermula apabila suatu hari, anaknya balik dalam keadaan marah-marah.

“Apabila ditanya ayahnya pasal apa dia marah, budak tahun dua itu kata, kawan-kawannya ejek dan gelakkan dia kerana ‘atuk’nya tidak bergigi. Bila dia terangkan kepada kawan-kawan dia, itu ayah, bukan atuknya, lagilah mereka gelakkan dia.

“Mereka malah tanya, mengapa ayah dia macam atuk?"

Sejak kejadian itu, anak warga emas itu melarang ayahnya menunggu di kantin sekolah kerana malu dan tidak mahu diejek rakan-rakannya.

Bayangkan, apa yang dirasa jika kita sendiri berada di tempat pakcik itu. Kecil hati? Sudah tentu.

Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Ini kenyataan yang perlu dihadapi jika kita, yang berusia semakin lanjut ini bercadang hendak berbini baharu dan beranak kecil.

Namun anak bukanlah beban tetapi rezeki  dan anugerah ALLAH yang perlu disyukuri biar berapa pun usia kita.

Cuma kepada sesiapa yang berhajat, buatlah persediaan.

Semoga hidup anda lebih bahagia, dunia dan akhirat!
Sumber : Sinar Harian

Khamis, 27 September 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati novel sahaja. 





Oleh : Hana Ilhami BAB 2 Gedegung! Gedegang! Bising bunyi gegaran pintu yang digoncang kuat dari luar. Hmmm…. mesti kerja Abang Fareez nih. Tak bawa kunci lagi la tu. Hanan menoleh ke dinding melihat jam. 4 pagi! Biasalah tu… malam minggu memang selalu begini. Mana pernah dia pulang tanpa mabuk mabuk? Hati Hanan menggetus geram. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Rehan Mahktar Sebuah Lagi Karya Daripada Penulis Novel TERLERAI KASIH – Terbitan Karyseni BAB 2 YA, TUHAN. Aku rasa dekat nak botak dah kepala aku sebab dari petang tadi aku dok garu kepala yang tak gatal tapi sakit. Sakit sebab penyakit yang aku cari sendiri. “Betul ke apa yang mama cakap tu, Jelita?” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-man Sufi Sebuah Lagi Karya Daripada Penulis Novel SUAMI YANG KUBENCI – Terbitan Karyseni BAB 2 “Hmmm…sedap..tapi apasal bentuk dia lain ya? bukan karipap pusing ni…”Rayyan membelek kuih karipap yang sudah separuh di tangan. “Itu karipap biasalah Abang..” “Val..kan Abang suruh beli karipap pusing..Adik tahu kan abang dah lama tak makan kuih tu..” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : LC Bab 54 “Ma… Mira nak ke rumah abi ni. Pak Zain ada tak?” Tanyaku tergesa-gesa. Aku sembunyi-sembunyi keluar dari bilik air tadi. “Eh…Mira… kenapa tergesa-gesa sangat ni? Kenapa tak minta Mal hantar? Malam tadi… mama nak kejutkan Mira cakap Mal dah sampai.. tapi tak sampai hati pulak.” Aku gelisah saja, tidak menumpukan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ma asma BAB 40 “ QIS kenapa sampai sekarang kau tak ada buah hati lagi?” Tanya Ryan selamba sewaktu dia datang melepak di perpustakaan bersama dengan Balqis. Balqis sedikit terkejut mendengar soalan Ryan. Apahal tiba- tiba tanya pasal buah hati ni? “ Sebab aku hati aku tak penyakit ketumbuhan sampai perlu berbuah.” Jawab [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nour Hany Episod 32 Terasing dan kesunyian. Itulah perasaan Alif Daniel ketika ini. Namun dia harus melangkah ke depan tanpa menoleh lagi. Jalan yang terbentang didepan mata itulah yang akan menentukan masa depannya. Meski ada waktunya dia ingin kembali menoleh ke masa silam. Tetapi dia tidak berdaya. Dia takut akan perasaannya sendiri akan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ShaZee LUKISAN KE-26 “Ibu nak cakap dengan Ezza sekejap. Tadi ibu telefon dia tapi dia tak angkat pun. Banyak kali jugalah ibu cuba telefon dia. Sebab dia tak jawablah ibu telefon Azrul ni. Hmm, panggilkan Ezza sekejap boleh?” Azrul gigit bibir. Ingat senang dia nak pergi masuk bilik Ezza tu? Agaknya nanti mengamuk [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mrs.Yie PART 31 Apabila masuk je ke dalam pejabat, Hafizul datang meluru ke arahku. Tak ada benda lain la tu, mesti nak menyibuk. Dahlah jalan pun meliuk lentok macam sotong, tangan terkapai-kapai macam belalai gajah, suka sangat ambil tahu hal orang. Mengalahkan perempuan. Hahaha..! “Hai Rihanna Malaysiaaaa…..” Hafizul tersengih-sengih dan menepuk bahuku mesra. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Qaseh Farina BAB 29 “Macam mana dengan keadaan Arin, Sufi?” “Dari siang tadi dia belum ada bangun lagi mama.” “Macam mana boleh jadi macam ni.” “Entahlah papa. Sufi pun tak tahu.” Sayup-sayup suara itu terdengar di telinganya. “Yang kamu semua ni nak risaukan fasal dia kenapa? Demam sikit saja. Bukannya ada apa pun!” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dinie_Dania BAB 20 Embunan masih menitik sewaktu Dinie bersiap – siap untuk percutian yang dijanjikan Dhani tempoh hari. Dia sudah siap bersolek. Sekadar berbedak nipis dan secalit lip glose dioles dibibir. Simple and sweet. Perasan! Dia tersenyum sendiri. Membelek – belek baju yang dipakai. Kemeja putih berbunga hijau ni dengan denim, ok kot. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cik Pipi Tembam Warkah Buat Adam – Part 18 ” Aliyaaaaaaaaaa !!!!! ” jerit Dato’ Azham… Sesungguhnya dia tidak memahami kejadian yang berlaku tadi… Entah mengapa anak muda itu ditampar oleh anaknya… Anaknya pula tiba-tiba menghilangkan diri… Dia mahu penjelesan dari Aliya… Aviera pula menepuk-nepuk bahu papanya itu supaya bersabar… Tetapi papanya naik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : CYDA YUSOF BAB 17 ——@—— AIR mata yang mengalir sejak dari tadi aku kesat dengan hujung baju kurung cotton berbunga ungu yang sedang aku pakai. Sedih sangat rasanya bila kena halau macam tu. Encik Zafwan ni tak ada perasaan! Itulah, siapa suruh aku bercinta dengan boss? Sedihnya rasa.. Mungkin benar, Encik Zafwan memang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : shuklin ‘ailin Bab 17 Johan termenung di tepi tingkap sambil memikirkan keputusannya untuk menikahi Julia. ‘Betulkah apa yang aku sedang lakukan ni?’ hatinya berbisik menyoal. Tapi bila mengenangkan apa yang terjadi kepada diri Julia, Johan semakin yakin dengan keputusannya. Baginya cinta boleh datang kemudian, yang pasti niatnya untuk menolong Julia serta melepaskan dirinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nutirra Rullya Bab 17=Pintu kejayaan dibuka luas Kapten Chef Tariq menyuruh kawanku memanggilku ke pejabatnya. Aku rasakan seperti ada sesuatu yang serius karna sebelum ini,belum ada lagi sebegini. Apa jua keadaan,aku tetap menenangkan hati supaya tidak mengeluh. “Ada apa Kapten panggil saya?..,” soalku dengan sopan. Dia pun berdiri daripada duduk di atas kerusi,lalu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Rogol Budak Bawah Umur, 3 Rakan Didakwa

Tags
Padah rogol budak 13 tahun, 3 rakan didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol dan jika sabit kesalahan penjara 20 tahun dan sebatang. nafsu yang tidak dapat dikawal dengan iman yang teguh, inilah akibatnya. Nak salahkan siap?Sendiri mahu fikir la..Maklumat penuh dibawah

KUANTAN - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam setelah  ditahan pihak polis kerana  dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Pertuduhan terhadap, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dari Sungai Puteri Rompin, Mohamad Hafis Haikal Rahayub, 18 dari Kampung Janglau dan Ahmad Sauqi Abdul Rahman, 18 beralamat di Kuarters Pusat Pembangunan Komoditi Janglau dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam mereka, Mohd Fadzli Mohd Ramly bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimana pun Mohd Fadzli tampil membuat rayuan mewakili anak guamnya memohon jumlah itu dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Mohd Fadzli memberi alasan, tertuduh pertama bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM500 sebulan dan terpaksa menanggung ibu serta empat adiknya.

“Sementara itu, tertuduh kedua yang mempunyai enam adik beradik masih ditanggung keluarga dengan hasil pendapatan bapanya sebagai nelayan manakala Ahmad Sauqi terpaksa menyara keluarga termasuk lima adiknya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai kelindan lori,” katanya.

Disebabkan kemampuan keluarga ketiga-tiga tertuduh yang terhad dia memohon kepada mahkamah agar menetapkan jaminan ke atas anak guamnya sebanyak RM2,000.

Bagaimana pun jumlah yang dimohon itu ditolak mahkamah kerana terlalu rendah sedangkan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak dapat mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk mendapatkan separuh daripada jumlah  yang ditawarkan sebaliknya menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala 29 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes itu  seterusnya dalam mahkamah sama.

Sumber : Sinar Harian

Rabu, 26 September 2012

Permohonan Bagi Mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah

Permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-Qaf Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambil Tahun 2013 telah dibuka sekarang..Sila memohon melalui link yang disediakan dibawah...

Mohon Disini



Maklumat Penuh Permohonan

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Pengurusan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)
 AMBILAN TAHUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
1.KETERANGAN PROGRAM
Nama Program:Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan:Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian:18 BULAN
2.SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
2.1Warganegara Malaysia.
2.2Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3
Berumur   tidak  melebihi  35  tahun  pada     1  Januari 2013  iaitu   lahir   pada     atau     selepas   1 Januari 1978.
2.4
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau  Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yangsetaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA) atau  Institusi  Pengajian  Tinggi  Swasta  (IPTS)   tempatan atau  luar  negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5
Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisanatau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
3.KEUTAMAAN
3.1Calon yang memiliki  Ijazah  Sarjana  Muda  dengan  PNGK  2.75  ke atas.
3.2Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
3.3Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
3.4Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara
4.CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3Calon yang diisytihar bankrap.
4.4Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.6Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
5.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
5.1Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i)Bahasa Arab
(ii)Pendidikan Islam
(iii)Pendidikan Khas j-QAF
6.CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang  Kementerian  Pelajaran  Malaysia di alamat :  http://www.moe.gov.my  mulai 26 September 2012 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi.
6.1
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7.TARIKH TUTUP PERMOHONAN  : 3 OKTOBER 2012 (RABU),  JAM : 11.59 MALAM
8.Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon :             088-236804      
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon :             082-258045     




Mohon Disini 
Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Koleksi Novel Online

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati novel sahaja. 


Posted: 25 Sep 2012 03:32 PM PDT
Oleh : east chynta BAB 16 JELAS kekusutan di wajah Irfan Maliki. Kejadian yang berlaku semalam masih jelas di ingatannya. Layanan dan penerimaan Marlia, sungguh mengecewakannya. Hatinya yang mula membuak-buak riang pada mulanya,berubah duka, bila kehadirannya yang tidak di undang itu menimbulkan kemarahan pada Marlia. Entah di mana silapnya, hingga begitu marah sekali Marlia kepadanya? [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Posted: 25 Sep 2012 03:19 PM PDT
Oleh : Anjell Homosapien BAB 15 Perlahan-lahan aku buka mata. Kepalaku rasa berat semacam tapi aku gagahkan juga mata agar terbuka. Persoalan pertama terlintas dalam kepala. Kat mana aku sekarang? Aku terbaring di atas sebuah katil empuk. Bilik aku ke? Bukan.. Aku perhati bilik ni. Sangat asing. Apa dah jadi padaku? Aku kembali mengingat. Aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Penyamun Sembelih Wanita : Apa dah jadi??

Tags
Penyamun sembelih wanita yang tinggal keseorang di yan, kedah. Gila apa punya penyamun sanggup sembelih orang ingat sembelih lembu ke kambing nie?Semua berlaku di Malaysia yang aman damai yang diperkatakan oleh pemimpin negara Malaysia. Aman damai dimana kalau rogol, maksiat, bunuh orang, rompak dan ragut masih berlaku di Malaysia??



YAN - Tindakan kejam penyamun tergamak menyembelih leher seorang ibu tunggal menyebabkannya nyaris maut ketika tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mereka menerima laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi setelah mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada jiran untuk membawanya ke hospital.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa Jamaliah Ali, 55, tinggal seorang diri di rumah berkenaan setelah adiknya yang tinggal bersama keluar menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

“Jiran mangsa hanya menyedari kejadian berlaku setelah mangsa yang cedera parah itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan supaya segera dihantar ke hospital.

“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, leher dikelar seperti disembelih hampir lapan sentimeter menggunakan senjata tajam dipercayai parang dikejarkan ke Hospital Yan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan rumah mangsa digeledah dan mangsa berkemungkinan disembelih di ruang tamu bersebelahan bilik mangsa berdasarkan kesan darah di lantai.

“Bagaimanapun tidak ada barangan mangsa yang hilang serta senjata digunakan turut tidak ditemui.

“Mengikut maklumat yang diperoleh jiran, mangsa berkemungkinan mengenali suspek kerana sewaktu meminta tolong mangsa seperti menyebut nama seseorang namun tidak jelas kerana kecederaannya serius,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

“Kita juga ingin meminta kerjasama daripada jiran mangsa atau orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, mangsa yang masih belum sedarkan diri dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Selasa, 25 September 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati novel sahaja.




Oleh : Hana Ilhami BAB 1 Hanan membelek-belek novel di tangannya. Isabella, tajuk novel yang sekian lama diidamkannya. Novel ini sudah lama diterbitkan, cuma baru kali ini dia dapat membelinya. Sudah lama dia mencari tapi belum ada rezeki untuk menemui novel ini. Setiap kali dia ke kedai buku dia akan pulang dengan perasaan hampa. Tiada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Rehan Mahktar PROLOG MULUTKU terkunci rapat bagaikan digam bila pipi gebuku ini menerima tamparan daripada seorang wanita. Abang pula bukan nak menolong tapi dia bantai gelak. Balik karang aku mengadu kat mama. Biar padan muka dia. Mama suruh dia teman aku untuk jadi penjaga aku, tapi dia pulak yang menokok tambah bara pada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-man Sufi PROLOG Pokok-pokok besar di kawasan tanah perkuburan bergoyang ditiup angin.Dedaun gugur yang berlaga membentuk bunyi desiran halus. “Hari dah nak hujan Pak Imam.Bacaan talkin pun dah selesai.Saya rasa eloklah kita semua bersurai.Lagipun saya kasihankan anak perempuan arwah yang daripada tadi tak berhenti menangis.Saya hairan sungguh! ke mana pergi ayah budak-budak ni? [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : SHILA ALISH BAB 16 Suasana tiba-tiba menjadi hening. Masa seolah-olah terhenti seketika. Renungan mata kedua-dua insan itu membuatkan lidah menjadi kelu. Begitu mengasyikkan! Astaghfirullah! Zureen seperti baru tersedar . Spontan dia menolak badan Syed Redza. Namun, badan sasa Syed Redza langsung tidak berganjak walaupun Zureen berusaha menolaknya dengan kuat. “Encik Redza….Encik Redza okey [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : HARIISSA HARIIS BAB 13 “ Hensemnya,Abang Long! Kalau Kak Dhia tengok, mesti tangkap cintan dengan abang.” Rania teruja melihat penampilan Abang sulungnya, Rayyan Firdaus yang kcak dan segak berbaju melayu cekak musang berwarna putih gading. “ Apa hal pulak Kak Dhia yang tangkap cintan dengan Abang Long? Bukan ke Abang Long nak kahwin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aqua Girl BAB 8 Sepanjang perjalanan ke rumah Arina, suasana sunyi di dalam kereta. Cuma kedengaran muzik yang dipasang Haris tadi. Arina masih memandang ke luar tingkap. Langsung tidak memandang ke arah Haris. Haris pula masih menumpukan pemanduannya. Sesekali dia menoleh ke arah Arina. Haris tahu Arina tidak mahu membincangkan tentang apa yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Puteri If there are images in this attachment, they will not be displayed. Download the original attachment BAB 13 SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah aku langsung tidak boleh bernafas dengan teratur. Dadaku benar-benar sesak! Setelah aku turun dari bas, aku berjalan kaki memasuki kawasan perumahan Delta Melur. Aku mengatur langkah dengan perlahan-lahan, setiba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : suri m.y 14 “Firdaus…!!! Awak memang dah gilaa…lepaskan sayaa….!!!”. Iffa memekik sekuat hati sebaik saja penampar sulong Ahmad Firdaus melekat di pipinya .Bisa tamparan menyengat sampai ke otak .Airmata wanitanya terhambur tanpa dapat ditahan-tahan.Tersedu-sedu Iffa di saat itu .Pertama kali dalam sejarah hidup Iffa menerima hadiah sebuah tamparan lelaki dari seorang yang digelar [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Shaniza Bab 13 Syamir memicit kepala yang tidak sakit. Hatinya mengerutu memarahi diri sendiri. Kenapa dia perlu membiarkan adiknya menjadi mangsa Uzair? Dia tidak menyangka, Uzair akan mengambil kesempatan sebegitu. Rancangan yang dibuatnya telah mendatangkan musibah kepada adiknya sendiri. Dalam memikirkan masalah itu, Syamir melangkah ke Surau setelah mendengar azan Subuh yang dikumandangkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : UMI SYIDAH BAB 13, 14 “Ok !…Dalam bilik awak atau bilik saya….no problem,….awak pilih bilik mana pun,saya setuju.”ujar Saif dengan geram. “Hish, pelan lah sikit suara tu…awak nak bagi satu rumah dengar ke ?” bisik Roslinda…suara sudah kedengaran seperti itik serati. “Tau pun takut….abis tu siapa yang cadang kita buat kat rumah saja….tak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : sufi jamal Bab 14 Anak-anak belajar berakit, Tepi sungai jalan disusur, Jangan cuba cari penyakit, Jangan digerak rimau yang tidur. Loqman dan Liza sudah selamat bernikah. Bahagia menyelubungi kedua mempelai. Tidak ada angin tidak ada ribut dan tampa ada perancangan Loqman bernikah dengan gadis sepejabat. Loqman betul-betul tidak menyangka dia akan bernikah sekali [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FifiNurina BAB 13 Terkial-kial Nurin mengikut langkah Syahmi yang mendahului langkahnya sambil menjinjit beg pakaian dan beg tangannya. “Awak, kenapa ikut belakang? Bukan ke pintu dekat depan sana?” Tanya Nurin sedikit pelik apabila Syahmi tidak melangkah ke arah depan, tetapi sebalkinya dia menuju ke arah pintu dapur. “Ikut suka aku lah, kaki aku. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-la Adiey Zahra mengeluh lagi. Rasanya ini kali ke-35 dia mengeluh dalam masa sehari. Selepas menghirup sisa-sisa air kotak yang dibelinya di 7 Eleven, dia memasukkan ke dalam plastik, kemudian membuka sekotak lagi. Dia cuba untuk melupakan tengkingan Farish tadi. Kerana itulah dia bergegas keluar dari pejabat dengan alasan ada tugasan di luar. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISME_ANA Bab 13 TELEFON BIMBIT Maisarah sudah bernyanyi. Maisarah tahu siapa pemanggilnya. Dia segera turun ke bawah.Ilham pula sudah sedia menanti bersama Myvinya di parkir. “Assalamualaikum,” sapa Maisarah lembut tatkala mendapatkan Ilham. Pertemuan ini mungkin untuk yang terakhir kalinya. Itulah yang diharapkan. “Hai,puteri.” Suara Ilham yang lembut dan ceria itu menerjah ke cuping [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : eila iraiena EPISODE 13 Dadanya berombak kuat, peluh membasahi seluruh wajahnya. Dia bergerak kekiri dan kanan. Tangannya menggenggam erat selimut yang menutupi tubuhnya. Air liur ditelan beberapa kali, Andrea bingkas bangun serta merta. Dia tercungap-cungap, terasa sesak dadanya. Entah kenapa, tiba-tiba dia bermimpikan Hannah. Sahabatnya menjerit meminta bantuannya namun dia tidak berdaya membantu, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ezny Dyana BAB 11 “Dania, kenapa nak datang tak bagi tahu?” kata Datin Aisyah kepada Dania sambil memeluk erat tubuh Dania. Rindu betul dia kepada Dania. “Hehe , saje je auntie. Auntie sihat ? Uncle mana?” Tanya Dania ramah, disalami Datin Aisyah dengan sopan. Sejuk hati tua Datin Aisyah melihat kesopanan Dania, alangkah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mai Femina Bab 13 Mata Kira hanya mengekori setiap gerak-geri Faizal di ruang dapur itu. Sebaik saja mencelik matanya dari tidur dia dapati Faizal sedang merenungnya dengan senyuman yang sungguh memukau. Bila dia ingin bangun untuk mandi dan menyiapkan sarapan untuk Faizal, suaminya itu cepat-cepat menghalang. Kira disuruh rehat dan tidak risau tentang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cuat BAB 12 Tengahari itu Marisa sedang menyedikan makanan tengahari untuk mereka sekeluarga. Sayur goreng dan sambal udang Marisa sudah siapkan. Kini tinggal kari ayam yang masih belum masak lagi. Marisa sedang mengacau-ngacau sudip di dalam periuk yang terisi dengan kari ayam. Dia mengangkat sudip dan menitiskan sedikit kari itu di atas tapak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Jenny Andrew Bab 12 Julan kembali bekerja seperti biasa. Janggal juga rasanya untuk bersemuka dengan majikannya itu. Tapi memandangkan rakan-rakan sekerjanya menyambut baik kepulangannya, hilang perasaan itu. “Kak, kok cuti enggak bilang orang!” Yanti menyapa Julan di dapur. “Cuti?” Julan menoleh dengan wajah berkerut. “Siapa bilang kakak cuti?” tanyanya. Yanti tergelak kecil sambil [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 12 Wafi sedang meyemak semula lakaran rekabentuk struktur bangunan komersial setinggi 5 tingkat yang baru sahaja diserahkan kepadanya pagi tadi. Kerjayanya sebagai jurutera menyebabkan jadual masanya menjadi padat. Tambahan lagi dia masih hijau dalam bidang pembinaan mendorong Wafi untuk terus belajar dan menimba ilmu daripada yang lebih berpengalaman. Kakitangan di [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : rehan nasnan 12 AZFAHEA mengunyah buah nanas dengan lahap sekali. Mulutnya hampir penuh dengan buah nanas yang manis itu. Harith yang ternampak Azfahea menyumbat-nyumbat makanan ke dalam mulut menghampirinya. Azfahea tidak menyedari kehadirannya. Berderau darah Harith tatkala melihat makanan yang Azfahea suapkan ke mulut silih berganti. Dia terus merampas buah itu dari tangan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aliesha Kirana ? “EH kita dekat mana ni, bang?” aku pantas menyoal sebaik tersedar yang Hadif sudah menghentikan keretanya walaupun tempat yang dituju masih belum tiba. Hadif menoleh ke tepi, memandang aku yang duduk di sisinya. Senyuman dilempar padaku sebelum dia membuka tali pinggang keledarnya. “Selamat datang ke rumah kita.” Hadif bersuara seraya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : DNae BAB 11 Pagi ini mereka di kejutkan dengan mesyuarat tergempar. Tergemparlah konon!!! Tengku Elman Qaufar memang sengaja memberitahu saat-saat akhir. Bukan apa dia sekadar mahu menguji segelintir sikap pekerja di syarikatnya itu. Semua pereka yang bekerja dalam syarikat itu turut serta termasuklah Humaira pekerja baru mereka. Dalam bilik mesyuarat itu, Humaira mencari [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dylea Lee BAB 11 “TAKKANLAH korang tak perasan? Diorang bertiga tu dah tunjuk belang. Berlagak bukan main. Suka-suka hati je arah kita buat kerja. Diorang tu baru sebulan je kerja dekat sini,” rungut Raffi. Kemarahannya membuak-buak apabila melihat Irfan, Azli dan Shamer selalu mendapat pujian daripada setiap ahli lembaga pengarah Home & Shopping [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Maryam Qalyysa Bab 11 Sempat aku berpaut pada pemegang pintu sebelum aku hampir-hampir tersungkur. Kepalaku terasa berat dan berpusing. Duniaku terasa kelam. Pintu tempat aku berpaut terkuak dengan kasar, tidak mampu menahan badan aku, dan mataku sempat menangkap kelibat lelaki yang memaut pinggangku. Akhirnya, kelam! Terasa ada benda basah dan lembap sedang ditekap [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : MAWAR KAMILA BAB 10 Dari jendela, Diya lihat hujan renyai-renyai membasah bumi. Langit malam gelap gelita dilitupi awan gelap yang mencurahkan hujan. Diya kemudian capai sebuah majalah WANITA di atas meja sebelum naik ke atas katil dan duduk bersandar pada kepala katil. Majalah di tangan dibelek-belek ala kadar sebelum melangkau pembacaan terus pada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FN Bab 10 Hari ni, hari cuti sekolah. Dia kena kemaskan bilik TR, kerana mengikut arahan lelaki itu dia perlu mengemas bilik lelaki itu pada hari ini. TR ada kelas judo di bilik khas untuk berlatih dengan jurulatihnya. Zara membuka daun pintu bilik yang agak besar itu. Kalau di compare dengan biliknya dua [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---