Rabu, 26 Jun 2013

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI HARI INI

Tags
10 amalan yang sudah terbalik yang sedang diamalkan oleh orang-orang kita di Malaysia, kita lihat kembali kepada yang asal dan yang betul...


Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Selasa, 25 Jun 2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Tags
13 Perkara yang wajib dijaga oleh seorang wanita yang bergelar isteri atau ibu atau anak dara sekali pun. Jika anda seorang isteri maka segala dosa anda akan di tanggung oleh suami anda dan jika anda seorang anak dara maka ayah anda akan menanggung segala dosa anda...



1. Bulu kening – Menurut imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah…

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadits Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadits Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadits Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu shalat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Surga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra. : Bahwa Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No. 4921)

Isnin, 17 Jun 2013

Nahas Jalanraya Ragut 3 Nyawa Di Federal Highway

Tags
Nahas Jalanraya di Federal Highway yang meragut 3 nyawa penuntu IPT dari UiTM Shah Alam...


SHAH ALAM - Penuntut tunggal yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga rakannya masih bagaikan masih tidak tahu apa sebenarnya berlaku, selepas tragedi itu.
   
“Nasib kawan-kawan lain tidak diketahui. Mereka dalam perjalanan ke hospital,” kata Nurfarina Mokhtar ketika menghubungi rakannya, Nadiea Syahira Che Azhar, selepas kereta Perodua Viva dinaiki bersama tiga kawannya hilang kawalan dan terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi semalam.






Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I City, Shah Alam.

Penuntut yang maut dikenali sebagai pemandu, penumpang Adam Ab Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali.

Nurfarina cedera ringan. Kesemua mangsa berusia 18 tahun itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).



Nadiea Syahira, 18, berkata, ketika kejadian itu, Nurfarina tidur di tempat duduk sebelah pemandu dan tersedar apabila terdengar dentuman kuat.

“Nurfarina menangis apabila menghubungi saya kira-kira jam 6 pagi. Dia cedera di muka, keadaannya stabil dan masih trauma,” katanya.

Nurfarina merupakan penuntut Teaching English Second Language) di Pusat Asasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Rakan baik Ameer Asyraf, Amirul Aiman Roslan, 18, berkata, dia mengenali Ameer sejak tingkatan satu lagi di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR).

“Tidak sangka ketika kami menyambung pengajian di UiTM, kami tinggal sebilik,” katanya.

Amirul berkata, arwah selalu berkata kepadanya, dia bosan tinggal di kolej itu kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat di dalam bilik memandangkan arwah sangat aktif dalam bidang sukan.

“Sekiranya dia bosan, dia akan ikut ke mana rakannya pergi walaupun rakannya hanya mahu mengeluarkan duit di mesin pengeluaran duit (ATM),” katanya.

Sepupu Ameer Asyraf, Mohd Redzuan Mansor, 31, pula berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa sepupunya itu kerana tidak sangka nenek Ameer Asyraf baru meninggal dunia, Isnin lalu, akibat sakit tua, kini sepupunya pula maut kemalangan.

“Ameer seorang yang periang dan aktif dalam ragbi. Dia pernah mewakili SDAR,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kereta dinaiki empat sekawan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, kereta itu remuk dan dipercayai pemandu dan seorang perempuan yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar. Seorang lelaki ditemui maut dalam kereta, manakala seorang lagi selamat,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera ringan dirawat di hospital sama.

Sehubungan itu, Ruslan meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi bantu siasatan atau menghubungi Balai Polis Trafik Shah Alam di talian 03-55202222.

Sumber : Sinar Harian Online

Jumaat, 14 Jun 2013

Tambang bas raya bakal naik..Barang Naik Lagi..

Tags
PRU13 dah selesai tapi perjuangan terhadap kenaikan harga barang masih lagi belum selesai...Rupanya ini la yang dikatakan Barang Naik, Banjir Naik...Sama-sama kita renungkan...


SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

Selasa, 4 Jun 2013

Facebook Bakal Disekat Di Malaysia

Tags
Facebook bakal disekat di Malaysia pulak dah, sebabnya sedikit sahaja tapi tindakan yang nak diambil cukup gila dan tegas. Oleh kerana 2 atau 3 orang yang buat masalah nak ambil tindakan kepada semua pengguna facebook, memang adil la...Apa pun tak boleh..


SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online