Friday, 31 August 2012

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik


Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
read more
read more
read more

Thursday, 30 August 2012

Kalau Dahi Tidak Sujud Sejadah



Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
read more
read more
read more

Ketahui tanda Jika Anda Lelaki Sihat



Adakah anda ingin mengetahui tanda-tanda tubuh yang sihat? Selama ini kita banyak membaca tentang penyakit dan gejalanya. Kali ini kami akan berkongsi info dengan pembaca tanda-tanda anda memiliki tubuh yang sihat.
1)      Warna Kuku Merah Muda
Warna kuku biasanya menjadi penanda kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umum, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink), kuat dan lembut. Oleh kerana itu, tidak ada salahnya jika anda merasa khuatir jika melihat perubahan pada warna kuku. Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan yang lambat menjadi indikasi adanya penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu kuku yang berlekuk perlu dicurigsi kerana mungkin ada diabetes. Kekurangan zat gizi tertentu, seperti zat besi juga boleh menyebabkan perubahan pada warna kuku

2)      Warna urin Kuning Muda
Pada umumnya warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung pada banyaknya jumlah air yang kita minum. Bila kita minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih bening. Sebaliknya bila tubuh kita dehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap. Selain warna, perhatikan juga perubahan lain dari urin. Misalnya bau yang menyengat atau perubahan warna menjadi kemerahan. Anda harus segera berjumpa doctor jika anda menemui sebarang kelainan.

3)      Menghasilkan Sekitar Satu Sendok Teh Air Mani
Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2-5ml semen ketika berejakulasi. Seiring bertambahnya umur, produksi semen akan berkurangan namun bila semen yang dihasilkan kurang dari 2ml, hal ini menjadi tanda hypersermia yang boleh mempegaruhi  kesuburan lelaki. Selain amnya, warna cairan mani juga menjadi tanda kesihatan. Lelaki yang sihat memiliki warna cairan mani putih atau keabu-abuan dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair anda perlulah berjumpa doctor secepat yang mungkin.

4)      DenyutJantung 70bpm
Denyut jantung ketika beristirehat ( resting heart rate / RHR) adalah indicator yang baik untuk kadar fitness seseorang. Meskipun RHR sangat bervariasi bergantung pada usia, namun pada lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kalikan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya
  
5)      Jenis Kulit
Ketegangan kulit biasanya merupakan salah satu cara menilai kadar dehidrasi seseorang. Kulit yang sihat bersifat elastic dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.

Nota : Adakah anda berada dalam keadan ini? Anda boleh menilai dengan sendirinya kesihatan anda berdasarkan artikel di atas. Sekadar berkongsi maklumat yang sempat dibaca
read more
read more
read more

Wednesday, 29 August 2012

Tun M: Tidak pernah tolak hudud Islam tapi tolak hudud PAS



KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.
"Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya.

Nota : Akhirnya Tun M bersuara juga..Tapi atas dasar apa Tun M nak bersuara sekarang?Adakah Hudud yang ada dalam Islam yang suci mempunyai versi parti politik?Pelik juga cara pemikiran para pemimpin negara hari ini dah banyak kali di terangkan kepada rakyat tapi pemimpin seolah-olah membutakan mata memekakkan telinga pula..Manusia, manusia..
read more
read more
read more

Koleksi Novel Online Hari Ini 29.08.2012



Oleh : Zyra Akame BAB 1 Terkocoh-kocoh aku berlari menuruni anak tangga Kolej Perhentian yang menjadi rumah keduaku sejak beberapa semester yang lepas. Pandangan mata yang memandang aku saat itu tidak aku hiraukan. Apa yang paling aku risaukan pada ketika ini ialah yang aku sudah lambat untuk ke kuliah BEL! Pantang sungguh bagi Miss Balqis [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
read more
read more
read more

Hudud dan lingua franca


Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan melorot dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.

Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bestari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.

Di sini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua - politikus dan orang ramai - yang masih bangang.

Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.

Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh bawah gabungan ini.

Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.

Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi kerajaan tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah di mana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Di bandar dan kota besar semua kerusi kerajaan tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.

Agen mukhabarat menerobos PSRM, Parti Buruh

Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.

Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihan raya kerajaan tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.

Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.

Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.

Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.

Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.

Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa kebangsaan! Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!

Sang Bebal, Sang Bengong bergumpal lagi


Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.

Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih di sekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam - protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee - pemimpin Parti Buruh.

Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda - bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.

Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Benggolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.

PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebagai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.

Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.

Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.

101 ke Putrajaya

Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.

Saya melihat ini sama seperti apa yang pernah berlaku ke atas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.

Biar saya jelaskan di sini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil hasil mahsul.

Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.

Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dari segi strategi perjuangan - pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan' dan 'perbalahan'.

Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama.

Nota : Pandangan peribadi penulis artikel ini dan saya hanya menyalin untuk dikongsi bersama. Bak kata pepatah lama Manusia yang lupa sejarah pasti akan mengulanginya semula..Adakah sejarah lama pasti berulang kini?Renung2kan seketika..
read more
read more
read more

Tuesday, 28 August 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 28.09.2012


Oleh : anabella BAB 1 “Aku bagi kau orang RM 5000 setiap seorang. Aku nak kau orang berenam pastikan yang salah seorang daripada kau orang berenam dapat mencabul kehormatan budak tu!” Suara wanita bangsawan yang dikenali ramai itu memetir memberi arahan ke arah enam orang anak buahnya yang semua berpakaian hitam.Mereka semua tunduk memandang lantai,tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Hanna Aleeya Aku memandang sayu seekor anak kucing yang sedang mengiau kesakitan. Hatiku bagaikan ditusuk sembilu. Air mata yang bergenang di tubir mata aku kesat dengan hujung jari manisku. Hujung tudungku yang mengikut alunan angin aku biarkan saja. “Kucing, kenapa manusia kejam?” Aku menjeling Toyota Prius berwarna putih metalik yang berhenti tidak jauh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Oleh : Nur Husna Muhajir BAB 1 “Kahwin dengan aku.” Arahnya yang berdiri di hadapan aku. Aku lihat dia berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di meja kerja. Amboi…tiada ayat pengenalan, tiada ayat bunga-bunga, tiada feeling yang macam nak menari kat taman seperti dalam filem hindi Kuch Kuch Hota Hai tu, terus saja Afiq Khairul arah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : AnneDeanne Bab 1 Mata Iris mencerun melihat makhluk di hadapannya. Dia memandang perlakuan susuk tubuh itu memasukki bilik KD6 dengan selamba. Susuk tubuh itu meletakkan sebuah beg bagasi sederhana besar,sekotak bersaiz kotak tv LCD dan beg sandang. Itu aje??ek?Pergh,selamba je minah ni. Matanya masih memandang susuk tubuh itu yang masih tidak menyedari dirinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Athirah Nisrina ‘Esok sudah masuk bulan Ramadhan. Malam ini hendak ajak Azlin pergi solat terawih la. Harap-harap dia pun mahu,’ detik hati Nasuha. Nasuha yang berada di tingkat atas terus turun mendapatkan Azlin yang sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil makan Koko Krunchy. “Lin, kau nak pergi solat terawih malam ni?” Nasuha [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Oleh : Basyi Bean Penatnya ! kenapa la si Randy tu boleh terfikir nak pergi tempat umum macam tu . Aku dah boleh agak sebenarnya yang dia nak buat kerja gila tapi tak kan la sampai nak propose macam tu sekali ? the best thing is , aku dah tahu isi hati dia . Tak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Oleh : Ayumi Syafiqah PROLOG KIRANA PUTUS TUNANG? Baru-baru ini, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu pengakuan berani daripada seorang gadis yang mengaku kekasih kepada tunang Illsya Kirana, Edryzal. Kata gadis yang hanya mahu dikenali sebagai ‘H’ itu, kemunculan Kirana dalam hidup Edryzal telah mengalih kasih lelaki itu daripadanya. Atau dalam erti lainnya, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Oleh : Syania Rahmat Prolog Ain Syuhada berjalan dengan pantas melewati blok-blok rumah pangsa di Wangsa Maju Seksyen 1 untuk ke perhentian bas. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan ke angka 6.50 pagi. Ramai orang sudah bersesak di perhentian bas untuk menuju ke destinasi masing-masing. Sesampai saja di perhentian bas, Ain Syuhada mengucap syukur kerana [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mizna NAMA aku Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif. Walaupun ayah aku ni Tan Sri, aku suka hidup secara bersederhana. Ibu dan ayah aku pun mengajar aku cara hidup tidak terlalu mewah. Aku ni hidup macam orang biasa je. Tak ramai yang tahu aku ni anak kepada Tan Sri Khalif. Orang hanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aish Amina Mariana sudah puas menahan sabar. Wajahnya sudah merah padam sejak tadi lagi meskipun berada di dalam pasaraya yang berhawa dingin bahkan di bahagian makanan sejuk beku lagi. Hatinya juga panas dek kerana mendengar suara – suara sumbang yang sedang mengganggunya itu. Bibirnya terkumat – kamit menyumpah seranah gerangan yang bersuara sumbang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : iraria BAB 1 “Okay students… I’ve to announce something. Seminggu lagi kita akan mengadakan pertukaran pelajar dengan university Seoul. Lima students dah pun dipilih. Sila check nama anda di ruang maklumat. Semua boleh bersurai.” Selesai sahaja perbicaraan Puan Rozita, pensyarah dalam bidang perfileman Lim Kok Wing, semua penuntut berduyun-duyun keluar mencari hala tuju [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ADRIANA ARISSA PROLOG Keperitan dan kepahitan cinta mengajar kita agar lebih tabah dan berani dalam menghadapi percintaan yang seterusnya. Cinta yang berlandaskan kejujuran dan kesetiaan akan membawa kebahagiaan yang sejati. Cinta pertamanya dengan seorang jejaka kacak bernama Shahrul akhirnya kecundang di tengah jalan. Kemunculan jejaka kedua bernama Faizal yang sering menagih cinta darinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Eliza AB PROLOG “Kau perempuan tak guna! Pembunuh! Pergi kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Kau bunuh anak aku! Kau bunuh dia!” tengking Datin Salina meninggi. Matanya merenung tajam ke muka Nur Ain Zafira. “Sabar Sal, bawa mengucap. Awak tahu tak kita ni kat mana sekarang, kat kubur. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cahaya Ainn BAB 1 “ Kamu tak keluar ke hari ni?” “ Hmm…tak….” Puan Aida menjeling sekilas ke arah anak gadisnya itu sebelum meneruskan kerja membasuh pinggan mangkuk. “ Kamu bergaduh dengan Wafi lagi ke ?” Puan Aida bertanya sambil berjalan menghampiri Afrina, satu-satunya permata hati yang hadir dalam hidup dia dan suaminya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Yun Nadhirah Bab 1 Akhirnya tamat juga majlis perpisahan untuk pelajar tingkatan lima. Nampaknya selepas ini aku tidak akan dapat berjumpa dengan senior Amri dekat sekolah lagi. Ish, apa aku ni. Senior Amri kan sekarang couple dengan Shila. Shila tu kawan baik aku. Aku tak boleh simpan perasaan ini lagi. Aku tak mahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : NumoSyaiza PROLOG Dari jauh kelihatan seorang wanita yang asyik mengelamun di tepian pantai.Desiran ombak yang mengganas dan angin yang kencang menampar tubuh kecilnya tidak sama sekali mengganggu.Sesekali terlihat wanita itu menyapu air mata yang bercucuran di pipi menggunakan lengan baju kurung kedah birunya. “Zara!!” Sayup-sayup kedengaran laungan yang akhirnya berjaya mencantas segala lamunannya.Dengan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 
Oleh : shaz lina Setelah 5 tahun dia meninggalkan bumi Malaysia kini dia kembalikan dengan semangat dan azam baru. Luka yang begitu dalam membuat di membawa diri ke bumi London adalah satu tindakan yang dia sendiri tidak menjangkakan. Disanalah di merawat segala luka zahir dan batinya. Adakah dia mampu untuk menghadapinya sekali lagi. Dia sendiri [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Alwanie Roslela “Baby, look here” Dara menoleh dan reaksinya dirakam oleh kamera Polaroid berwarna merah jambu milik mama. “Mom” D Najwa tersenyum. “Beauty. My proud baby” Dia terjaga dan semuanya kembali nyata. Mimpi yang terasa sangat betul. Dara memandang sekeliling. Gelap. Seperti hatinya. “Can I help you miss?” Pramugari menyoal setelah menghampiri. “Nope. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ariman Nur Amirah binti Mohd Farid nama si gadis berkulit putih,berwajah bujur terserlah kecantikannya tanpa memakai sebarang make up.Aku anak kelahiran kuala lumpur yang kini menetap di Shah Alam.Ibu dan ayahku En Farid seorang kakitangan kerajaan manakala Pn Azila seorang suri rumah.Merekalah raja permaisuri hatiku,tempat aku meluah nasib dan bergantung hidup.Walaupun aku golongan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Violet Sofia BAB 1 DERU BUNYI ombak menghempas pantai diikuti bunyi pecahan buih-buih di gigi air ketika air masin itu turun semula ke laut kedengaran jelas mencecah telinga. Dia melabuhkan duduk di atas batu besar yang jauh dari tempat orang ramai bermain air itu. Pandangannya dilontarkan ke laut lepas. Suasana di Pantai Kemasik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
  

Oleh : NumoSyaiza Bab1 “Will you marry me..Gia Darleena?” “Oh..Adib Amar what can I say..now? Yes..yes..of course I will!” Tiada apa yang dapat digambarkan perasaannya waktu ini.Gembira..terharu..bercampur baur menjadi satu.Gia Darleena merelakan air matanya bercucuran jatuh membasahi pipi gebunya.Mengalir melalui setiap lengkuk wajahnya.Inilah saat yang paling ditunggukan setelah bertahun lamanya menjalinkan hubungan bersama lelaki itu. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Inan Naurah BAB 1 KAU TEMAN KAU SAHABAT AKU tidak keseorangan, aku ada mereka. Merekalah teman, merekalah sahabat, kami bersusah senang bersama, menggalas setiap yang terjadi berbekalkan rintihan dan sokongan sesama sendiri. kami memikul tanggungjawab berlima dengan cekal dan azam, agar yang melihatnya teguh memberi kepercayaan. Ku pujuk diri dengan kalimat-kalimat itu agar [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
  

Oleh : Ayumi Syafiqah BAB 1 “PSSSTT… psssttt…” Bunyi suara yang seakan berbisik itu menarik Nur Iris Zenia untuk mendongakkan kepalanya. Melihat Kak Milah sedang berdiri tegak di depan mejanya, pantas dahi dikerutkan. Isyarat bertanya apa kemahuan Kak Milah datang dekat padanya. “Nia nak tahu satu cerita tak?” Kak Milah mengangkat-angkat keningnya. “Cerita apa, kak?” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Sera_Nasuha Bab 1 Aku memandang sebuah kereta Mercedes-Benz Series 5 berwarna hitam yang sedang memasuki pintu pagar Kolej Tinggi Tunas Elita.Aku segera mendapatkan pemandu yang memandu kereta yang diparkir di tempat letak kereta pelajar.Itu Nada!Salah satu geng GTJ,aku yang suka meroyan 24/7 sehari.Hehe Di sisi aku Raja,Syafa,Wanie dan Nadiah yang juga geng GTJ [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cik NieSa zSafrina membantu ibunya membungkus nasi lemak. tidak lama lagi, dia bakal menyusul ibunya ke gerai di tepi jalan kampung itu untuk menjual nasi lemak itu. selain nasi lemak itu, dijual juga mi siput yang sering dibeli oleh remaja-remaja yang baru pulang dari sekolah. sudah menjadi kebiasaannya membantu ibunya menguruskan semua ini [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
read more
read more
read more

Isu Rohingya: Myanmar penjara 3 pekerja misi bantuan



HONG KONG - Sebuah mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun ke atas tiga pekerja misi bantuan kemanusiaan termasuk dua kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap PBB di Myanmar, Aye Win berkata, mahkamah di bandar Maungdaw, di negeri Rakhine, menjatuhkan hukuman itu Jumaat lalu.

Ketiga-tiga mereka terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan yang menganggotai agensi pelarian, seorang dari agensi pelarian PBB sendiri manakala yang ketiga merupakan kakitangan Program Makanan Sedunia PBB.

Aye berkata, dia tidak diberikan maklumat berkenaan tempoh hukuman penjara yang dikenakan dan butiran tuduhan sebab PBB tiada akses ke mahkamah.

Bagaimanapun laporan memetik AFP berkata, kakitangan Program Makanan Sedunia dikenakan hukuman penjara dua tahun manakala dua yang lain antara tiga hingga enam tahun.

PBB juga tidak dapat bertemu dengan ketiga-tiga mereka sejak diletakkan di bawah kawalan.

Bulan lalu, PBB memaklumkan bahawa 10 pekerja misi bantuan ditahan untuk "disoal siasat" oleh pihak berkuasa di Rakhine, wilayah yang menyaksikan konflik antara komuniti Buddha dan Muslim.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada kakitangan PBB dan juga anggota kumpulan Doctors Without Borders.

Beberapa orang yang ditahan itu telah dibebaskan, demikian menurut PBB minggu lalu.

Pegawai komuniksi agensi pelarian di Myanmar, Babar Baloch pula berkata, "kami sangat kecewa dengan kes ini khususnya selepas perkembangan positif sebelum ini."

read more
read more
read more

Monday, 27 August 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 27.08.2012



Oleh : Melur Jelita Part 4 Masuk saja ke lobi Hotel JW Marriot, kami disambut oleh manager bertugas. Dia menunjukkan meja yang telah ditempah. “ Cik Iris…seperti biasa ya? “ “ Tak Mr Chee, saya nak ambil buffet je. Kenalkan …Farina Azlan , Violet Bradford dan Lara Leela Chandran” “ Selamat berkenalan pretty ladies.…silakan menjamu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : LISA MUHAMAD BAB 14 “Erm……emak kenal tak dengan doktor nenek yang namanya Saifulah?” Soal Sara Cempaka. Dia singgah ke rumah Pn. Syuhadah terus dari pejabat. Kebetulan hari ini emaknya tidak ke butik. Merehatkan diri di rumah. ” Kenal. Tapi tak adalah kenal sangat. Kenapa Sara tanya?” Pn. Syuhadah pelik. Sejak bila anaknya ini [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : SHILA ALISH BAB 11 Zureen bergegas masuk ke dalam banglo mewah itu. Langkahnya sama laju dengan degupan jantungnya. Dia ingin segera masuk ke biliknya untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu sebelum menyambung kembali tugasnya. Mudah-mudahan dia beroleh ketenangan sebelum berhadapan dengan satu lagi situasi yang pasti lebih sukar nanti. Berpegang pada kata-kata abang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Royal Keoss ————BAB 48———— “Betul ke sayang tak nak ikut Abang sekali..?” Tanya Fazri sambil menggenggam erat jemari isterinya. Fazira ketawa kecil sambil menggeleng. Entah berapa kali Fazri asyik bertanyakan soalan yang sama. “Abang… Abang dah lupa janji Abang pada mama?” Fazira membalas dengan jelingan manja. Fazri tersenyum manis. Seronok hatinya melihat jelingan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dr.rock Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pantun dua kerat itu jadi motivasiku berpantang. Dengan perangai sengalku yang tak pernah hilang, aku tukar pepatah tersebut dalam bahasa rockku sendiri. Berpantang-pantang dahulu, makan sepuasnya kemudian. “ Baguslah kalau Along fikir macam tu. Senang hati mama dengar. Tak payah susah-susah nak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : AIN SABRINA Bab 40 Kami bertolak dari rumah sejurus selepas maghrib. Abah dan Umi akan menyusul keesokkannya. “Semua barang dah ambil ke, bang?” Soalku semasa hendak masuk ke dalam kereta. Suamiku itu mengangguk sambil berkata. “Dah…tuan puteri.” Dia tersengih memandangku. Aku menolak lembut mukanya. “Mengada.” Kataku. Sahel Haqimy ketawa. “Ok.. jom. Dah pukul [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ma asma BAB 34 ZARRYN merenung wajah Ryan yang sedang termenung memandang kosong speghati yang ada di hadapan mata. Wajah lelaki itu kelihatan murung dan tidak bermaya. Sepatah ditanya sepatah yang dijawab. Speghati yang terhidang di hadapan mata juga tidak dijamah. “ Sayang kenapa ni? Kenapa tak makan? Awak tak sihat ke?” Soal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mrs.Yie PART 27 Di sebabkan ingin menebus kesalahan yang aku dah buat pada Izudin, Aku menawarkan diri untuk menumpangkan dia pergi kerja. Untunglah dia terima. Kalau tidak, sampai ke matilah aku akan merasa bersalah. Bila di fikirkan balik, kenapa aku selalu menunjukkan sikap tidak matang di depan Izudin. Dia selalu menolong aku tapi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nour Hany Episod 26 Adam Raqyal semakin gelisah dan rimas kerana masih belum berkesempatan untuk bersendirian dan berbicara dengan Nur Jannah. Gadis itu terlalu sibuk sejak dari semalam sehingga tidak mengendahkan dirinya. Sudah puas lelaki itu cuba mencuri Nur Jannah buat seketika. Namun belum berhasil. Adam Raqyal terpaksa bertahan dan bersabar menunggu saat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Qaseh Farina BAB 23 Perlahan-lahan rambut Sheikh Mustaza yang basah Zarin Elina lap menggunakan tuala. Dia memperlakukan lelaki berumur lebih separuh abad itu seperti kanak-kanak berusia enam tahun. Rambut Sheikh Mustaza yang memutih disisir rapi. Kemudian wajah Sheikh Mustaza dicalit pula dengan sedikit bedak lalu diratakan ke seluruh muka. Lelaki itu tersenyum bahagia. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Virtual Writer Bab 19 – Exchange (bahagian 1) Ryuu bersandar dengan tenang di atas kerusi di sebuah bilik khas di rumah agam tiga tingkat itu. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu kerana Ryuu ingin berbicara dengan Ren sendirian. Matanya memandang tajam wajah Ren yang juga sedang duduk bersilang kaki di hadapannya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Noratika Ramlan ? PAGI itu Aliya Syakira begitu bersemangat sekali mengemas meja kerjanya. Fail-fail yang sudah bertimbun meminta untuk dia menyemak sebelum menyerahkan kepada bos besar disusun rapi. Satu per satu fail di hadapannya disemak. Matanya hanya fokus terhadap tugasnya di meja yang minta untuk diberi perhatian. Sedang Aliya Syakira memberi sepenuh perhatian [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Shiroe Sherry Telefon di tangan aku renung. Sudah berapa lama aku ulang baca sebaris nama yang tertera di skrin telefon itu. Panggilannya langsung aku tak jawab. Bila difikirkan balik, malu pula bertindak terburu-buru tempoh hari. Kalau aku jadi Tuan Ray pun aku dah boleh agak kenapa aku bertindak begitu. Hei, malu! Malu! Malu! [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ayu Azahari Bab 17: Di Penghujung Cintaku..Adelia Hari ini Adelia cuma berkereta ke tempat kerja. Relaks saja tiada hati nak terkejar-kejar waktu. Berpakaian santai bukan beruniform. Adelia ditugaskan oleh Sister untuk mengemaskini fail peribadi ke semua staf yang bekerja di dalam wadnya. Ini pasal akreditasi punya pasallah ni.. Adelia bergerak malas ke wad. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dinie_Dania BAB 17 Sehari sudah peristiwa itu berlalu. Pagi itu Dinie masih mengurungkan diri dibilik. Sambil duduk berteleku di hujung katil, dia mula berkira – kira untuk menelefon mamanya dirumah. Suruh mama datang jemput aku..ok tak kalau buat macam tu? Dia mula berfikir sendiri. Kelibat Najla yang lalu lalang dihadapannya juga tidak diendahkan. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syiqin Hanie BAB 15 Qaireena Airysha mengatur langkahnya tanpa mengetahui arah tujunya sambil berpegangan tangan dengan Tengku Danial. Matanya tidak lepas – lepas dari memandang deretan kedai yang berjenama di Suria KLCC. Dirinya tidak ubah seperti rusa masuk kampung. He…. he….. he….. Aku nak kenakan Tengku Danial. Tapi macam mana ye? Hmmm….. yes! [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Wild Cherry RANIA membasuh mukanya berakali-kali mahu menyejukkan hatinya yang masih lagi panas. Tangan kirinya yang sakit tidak dihiraukan. Hatinya lagi bertambah sakit dari tangannya. Dia merenung tajam wajahnya di cermin bilik mandi itu. Bagaikan pita rakaman, terbayang semula segala perilaku Adeeba yang cuba merapatinya sejak dua bulan perkenalan mereka. Bermula dengan Adeeba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cik Pipi Tembam Part 15 Aiman yang sedang leka bermain gitar dikejutkan dengan kehadiran Adam… Adam yang menghempas pintu bilik persembahan terus menerjah Aiman.. Aiman membeliakkan matanya… ” Kau kan jantan busuk yang cuba nak rampas Aliya dari aku ? ” kata Adam yang sudah tidak dapat menahan marah… Marah yang dipendam dari [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Csya_Aiesya BAB 14 Pagi itu Aleeya terbangun daripada tidurnya yang panjang, masih terasa perit dipipi kanannya saat itu. Seperti terasa sangat pedih apabila ingin membuka mulutnya, dilihatnya suasana disekeliling rumahnya masih seperti mana dia ditinggalkan oleh Danish, disaat hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada Danish. Namun hampa tiada tanda-tanda pun Danish pulang ke rumah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : CYDA YUSOF BAB 14 JODOH itu rahsia Allah, lambat atau cepat juga rahsia Allah, bila cinta itu tiba-tiba datang, beri ianya peluang dan ruang untuk bersemi, jangan sesekali lari dari kenyataan, jangan sesekali buang perasaan yang berputik itu. Ingat, rasa cinta itu juga adalah anugerah dari Allah.. bila Allah dah hantar seseorang itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : shuklin ‘ailin Bab 14 Tiba-tiba tangan Johan mencapai patung kecil ultraman dan membalingnya ke kepala Mak Long. Terus Mak Long mengaduh kesakitan. Terjegil mata Mak Long ke arah Johan yang sedang gelak ketawa. “Ketawalah kau. Nanti kakak kau balik siap dia aku kejekan tau.” Terus Mak Long pulang ke rumahnya. Tersentak Julia bila [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nutirra Rullya Bab 14=Perselisihan fahaman Aku bersinggah ke butik pengantin Husna karna aku kepuasan di rumah gara-gara aku cuti pada hari ini. Pada masa itu,Husna sedang melayani pelanggannya mengenai pakej yang dipromosikan. Kebetulan,tunang Husna, Darma juga berada disitu. Dia sibuk mengawal pemunggahan barang di bahagian stok. Aku pula berehat di ruang tamu,sambil itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Anjell Homosapien BAB 12 Aku ikut Aunty Fatmah sekeluarga ke KLIA. Hari ni merupakan hari kepulangan anak bongsu Aunty Fatmah. Anak bongsu Aunty Fatmah akhirnya berjaya pulang dengan segulung ijazah ke Malaysia. Semestinya yang paling gembira adalah Aunty Fatmah. Yalah.. anak bongsunya dah pulang ke tanah air. Pasti lepas ni Aunty Fatmah berasa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Lyka Akisya Bab 11 Keesokan paginya , Shahila pergi ke kuliah seperti biasa tetapi kali ini dia mula merasa kekok bersama Tengku Rifqi kerana hal semalam masih belum diselesaikan . Setiap kali Shahila ingin berbicara soal itu pasti Rifqi sendiri akan beralih ke topik lain . “Rifqi … saya nak minta maaf pasal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Azfeen A.G Bab 12 Selesai memasukkan surat-surat yang telah diminit ke dalam fail, Nurul Ain mengendong tiga buah fail ke kabinet untuk disusun dan disimpan. Pada waktu yang sama, tanpa sedarnya Ikhwan Iman melangkah masuk. Bilik pejabat P.A merupakan perantaraan di antara kawasan operasi pejabat di luar dan pejabat pengarah Besar Urusan. Kelekaan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Shaniza Bab 12 Jasmin menikmati makan malam bersama-sama Alina, Azimah dan Hajjah Rahimah. Walaupun hanya mereka berempat di situ, tetapi mereka tetap makan di dalam talam. Kalau dahulu Jasmin terasa agak jijik bila makan begitu, tetapi perasaan itu tidak ada sama sekali sekarang. Malah dia paling suka makan begitu kerana secara tidak langsung [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : sufi jamal Bab 11 Orang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu didalam pujuk. Tengahari tadi, tergerak hati Puan Sharifah untuk menghubungi anaknya Loqman, kerana sudah agak lama mereka tidak pulang kePort Dikson. Pada perkiraannya kandungan Amirah sudah masuk 9 bulan. Mereka harus diingatkan supaya bersiap [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
read more
read more
read more