Rabu, 28 Januari 2015

Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktifkan Mykad


Alhamdulillah.. Contest SEO ada lagi iaitu Jom Aktifkan MyKad pula oleh Blog Coretan Anuar yang di taja oleh pihak aktifmykad.com

Menang atau kalag lain cerita. AM join untuk mendapat kawan dan sahabat dalam bidang blogger ini. Semoga berjaya kepada semua blogger-blogger yang menyertai Contes SEO ini.

Syarat dan terma penyertaan ada dibawah....


Aktifkan Mykad anda

Syarat-syarat untuk menyertai Contest ini ialah:

  1. Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi entri anda perlu fokus pada keyword Jom Aktifkan Mykad  
  2. Setiap bloggers boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tetapi penyertaan yang berjaya berada di Rank 1-10 google Malaysia untuk keyword "Jom Aktifkan Mykad" akan dipilih sebagai pemenang tempat pertama hingga kesepuluh.. Setiap blogger hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  3. Jangan lupa letakkan banner Pertandingan pada entri yang anda hasilkan. (Sekiranya tiada banner pertandingan, entri anda tidak akan dinilai)
  4. Letakkan link entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini.
  5. Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com
  6. Cabaran Contest ini akan berlangsung sehingga 2 Mac 2015. Walaubagaimanapun tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Februari 2015 (Ahad) iaitu seminggu sebelum contest ini berakhir.


Aktifkan Mykad


Kriteria Penilaian Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad

Penilaian Blog akan dilakukan terhadap SEO melalui kata kunci "Jom Aktifkan Mykad" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh 3 Mac 2015.

Blog yang berjaya mendapat Rank pertama melalui hasil carian Google bagi kata kunci tersebut akan memenangi tempat pertama Contest ini, Rank kedua memenangi tempat kedua, Rank ke tiga tempat ketiga dan seterusnya... 

Senarai Hadiah Pertandingan Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad

Hadiah terkumpul Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad, berjumlah RM1350.00.. Berikut merupakan senarai hadiah bagi Contest ini:
  • Tempat Pertama  : Wang Tunai RM500
  • Tempat Kedua     : Wang Tunai RM300
  • Tempat Ke Tiga   : Wang Tunai RM200
  • Hadiah Saguhati (Tempat Ke 4-10) : Wang Tunai RM50 bagi setiap pemenang

Sabtu, 24 Januari 2015

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Sekali lagi join GIVEAWAY tahun baru 2015 



Pemenang Top Comentator bakal memenangi  Sustained Released Vitamin C yang berharga RM 92.50 + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 January 2015 hingga 28 February 2015.





Selasa, 20 Januari 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Dimasukkan Ke HUSM

Sejak kebelakangan ini kuat menyatakan TGNA atau Tuan Guru Nik Abdul Aziz tenat dan sebagainya..



Sekarang TGNA sudah berumur dan sedikit penat..Kebanyakkan masa di habiskan di rumah untuk berehat dan meminta tidak dilawati oleh sesiapa..

Dibawah ini Whatsapp yang saya terima yang telah dikongsi di group KLIK oleh seorang sahabat daripada salah seorang anak TGNA iaitu Nik Mohamad Abduh



Semoga dengan kenyataan ini dapat menutup segala cakap-cakap dan tuduhan orang-orang yang memusuhi TGNA yang menyatakan TGNA tenag atau pun nazak sekarang...

Jika kita semakin uzur dan semakin tua pasti kita juga sentiasa akan berulang alik ke hospital dan anak-anak mahupun cucu-cucu pasti akan datang melawat kita nanti..

Sama-sama kita doakan TGNA akan sihat dan selamat. Perkongsian ini bukanlah satu kenyataan RASMI oleh pihak TGNA dan keluarga.


Isnin, 19 Januari 2015

AJL29 Dan Deman Selsema Pasca Banjir Kelantan

Ramai yang menlayan AJL29 TETAPI AM pula deman selsema pasca banjir kerana meziarah sedara mara di Kuala Krai...

Apa yang cukup menyentuh hati dan perasaan adalah keadaan selepas banjir yang tak pernah dilihat oleh AM selama 27 tahun AM hidup..

Dibawah antara beberapa gambar yang sempat AM snap dalam perjalanan ke Kuala Krai.


 Papan tanda sudah tumbang kerana arus yang kuat




 Sampah masih menimbun di sekitar bandar Kuala Krai



 Sampah yang tinggal pada talian elektrik


Ada sesiapa yang perasan??Pallet kayu dimana???


Ini sebahagian daripada khemah yang didirikan oleh penduduk yang kehilangan rumah


Jalan utama Kuala Krai menghala Gua Musang dalam proses baik pulih


Simpang 3 menuju RPT Sg. Sok


Keadaan rumah sedara AM di RPT Sg. Sok..


Paras air banjir pada pokok dan rumah yang telah menyembah bumi


Sukarelawan dari Kuala Lumpur...



Balik je ke Kota Bharu, Am terus terasa badan mula panas dan hari ini (18.1.2015) dengan rasminya AM deman dan esok (19.1.2015) cuti sakit...


Pesanan : Masih ramai yang memerlukan bantuan daripada kita semua TERUTAMANYA bantal dan tilam...

Ahad, 18 Januari 2015

Mini Giveaway by Syira Lokman.. 1st Join Tau

1st join contest daripada sahabat blogger..
Syarat dan peraturan yang cukup SIMPLE..
Hadiah memang SUPERRRRR....

syiralokman.blogspot.com



Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman"
3. Letak banner dekat entry. (klik banner,bawa banner ke entry anda & paste)
                    -bawa ke new tab pun boleh then copy je)
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

RM10 x3 [Eymasu]
RM10 x1 [Salahuddin]

Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]
Bookmarks LE x3[Amanina]
Novel x2 [Syahir]
Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]
Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]
Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]

Topup RM10 x1 [Puteri]
Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]
Topup celcom RM10 x1 [Syira]
Topup RM10 x3 [Aida]


1 TOP REFERRAL

RM20 x1 [Papaglamz]


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Mini Giveaway by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :16 Januari 2015
Tamat : 30 Januari 2015 jam 6:00 am

Khamis, 15 Januari 2015

Malaysia Best Blog 2015 ... Kali Pertama Join Contest SEO

Malaysia Best Blog 2015

Kali pertama join Contest SEO yang dianjurkan oleh Ohduit.com. Masih terlalu awal untuk menyatakan siapakah yang akan menjadi JUARA Malaysia best Blog 2015 kerana Contest ini baru sahaja bermula 15 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Untuk menghantar borang penyertaan sehingga 18 Februari 2015.

Disini kita akan lihat siapa yang akan pakar dalam SEO ini.. Antara syarat adalah menyenaraikan 10 Blog yang menjadi Best Blog saya sendiri, adalah :-

1. profhariz.com
 Blog yang membawa saya ke dalam bidang blog secara serius setelah 5 tahun dalam bidang ini. Seorang sahabat dan blogger yang TERBAIK pada pendapat saya kerana beliau sendiri banyak membantu saya dari segi teknikal dan ilmu SEO. Tajuk yang menjadi ingatan saya adalah Cabaran Mengumpul RM20k dalam masa 5bulan, cukup memberi motivasi dan semangat.



2. Denaihati.com
Blog yang banyak membantu saya dalam mempelajari SEO dan cara penyampaian yang santai dan berilmu

3.hasrulhassan.com
Insan yang cukup luar biasa yang begitu banyak ilmu dan tidak kedekut ilmu mengenai pelbagai bidang terutama teknik SEO dan pengalaman hidup.

4.kujie2.com
Cukup tertarik dengan pengalaman beliau yang banyak dikongsi dengan pembaca dan banyak juga teknik SEO yang dapat dipelajari.

5.ahmadfaizal.com
Insan yang cukup istimewa bagi saya kerana beliau merupakan pengarang Kitab SEO Merah Jambu yang cukup memberi kesan yang mendalam dalam kesan kepada saya untuk terus dan terus mempelajari dan mencari income melalui program affiliate.




6. Fatin Liyana
Menceritakan kisah kehidupan beliau semasa dari semasa. Walaupun sekadar penceritaan yang santai tapi banyak memberi motivasi dan teladan kepada sesiapa sahaja yang membaca.

7. Ohduit.com
Baru sahaja mengenali ohduit.com tetapi telah meninggalkan suatu kesan yang mendalam dengan perkongsian isu-isu semasa dan teknik SEO yang cukup simple.

8. tiffinbiru.com
Mencari resipi masakan?? Disini la rujukan saya dari bujang hingga ada isteri. Resipi yang simpan dan lengkap untuk bakal-bakal suami mahupun suami yang berminat membantu isteri di dapur.

9.nameeroslan.blogspot.com
Sebuah blog yang santai yang menrangkumi pelbagai aspek kehidupan. ada yang romantika dan keperluan kita seharian. cukup santai untuk membaca dan tersenyum tanpa kata.

10.abangensem.com
Blog rujukan saya dalam mengkaji dan menimba ilmu mengenai hartanah dan pinjaman. Banyak ilmu yang dikongsi yang cukup bermanfaat untuk di amalkan.


Cukup sudah 10 blog yang sentiasa saya lawat dan membaca. Banyk ilmu dan pengalaman para blogger di atas saya jadikan teladan dan pengajaran. Mungkin pilihan saya bukan pilihan blogger lain. Masing-masing ada pilihan tersendiri.

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com 

Selasa, 13 Januari 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah seterusnya memperkasa profesyen perguruan.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata PPPB memainkan peranan penting dalam membangun atribut dan kompetensi yang dihasratkan supaya guru serta pemimpin sekolah dapat menyampaikan perkhidmatan cemerlang secara berterusan.


Disini AM nak kongsikan Links yang menyediakan tempat untuk mendownload Buku Panduan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) kepada semua guru-guru sekolah.

Di atas adalah contoh untuk mendownload Buku Panduan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB).

Langkah untuk mendownload adalah

1. Taip pada URL : http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/index.cfm
2. Masukkan Kad Pengenalan dan klik Hantar
3. Sila update kan Status Jabatan.
4. Pengesahan Diri sila tick semua.
5. Klik Hantar


6. Boleh mendownload samaada pdf atau power point.

AM berharap  perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat semua..


Isnin, 12 Januari 2015

Pakej Fotografi Murah Di Kelantan..

Pakej Fotografi Murah di Kelantan kini kembali dengan pakej-pakej yang lebih menarik dan istimewa..

AM bukan la seorang yang pandai alam bidang ini TETAPI AM mempunyai sahabat yang menceburi dalam bidang fotografi PERKAHWINAN dan beliau juga mempunyai blog yang banyak menceritakan gambar-gambar perkahwinan pelanggang-pelanggan...

Di bawah ini antara contoh-contoh PAKEJ dan gambar pengantin...



Bukan sahaja sekadar mengambil gambar pengantin tetapi editing dan penyusunan gambar-gambar juga dilakukan dengan sendiri..

Lagi contoh-contoh gambar pengantin yang dirakam oleh beliau..




Dibawah ini AM sediakan sedikit antara pakej yang ditawarkan oleh beliau dan sahabat-sahabat juga boleh berkunjung blog beliau sendiri DISINI

OUTDOOR!!!

Harga Pakej Adalah Sebagaimana Berikut:

PAKEJ LIMITED SHOOT

Pakej 1 Sticky
Satu majlis RM 330
4R x 40 kpg
8RW x 1 berframe


Pakej 2 Sticky
Dua majlis RM 480
4R x 80 kpg
8R x 1 berframe
8RW x 1 berframe

Pakej 3 Sticky
Dua majlis + FREE Outdoor RM 580 (hari yang sama)
4R x 120 kpg
8R x 2 berframe
8RW x 1 berframe

Pakej 4 Sticky
Tiga majlis + FREE Outdoor RM 800 (hari yang sama)
Majlis akad, sanding dan bertandang.
4R x 140 kpg
8R x 2 berframe
8RW x 2 berframe

Pakej 5 Custom Album Crystal Cover RM 800.
Item sama dengan Pakej 3.

Pakej 6 Shoot N Burn
Foto tidak diprint tetapi diburn ke dalam DVD
1 Majlis RM250, 2 Majlis RM 350
2 Majlis + Outdoor RM350 (hari yang sama)

AM berharap dengan sedikit catatan ini para sahabat AM dapat sedikit ilmu dan menilai hasil kerja sahabat AM sorang ini....

Khas buat sahabat2 AM yang disayangi..Yang bakal bergelar suami dan isteri WAJIB memiliki Tips Rumahtangga ini

Ahad, 11 Januari 2015

Bertudung Cantik Tapi Dimana Maruah Adik?? Tips Menjadi Anak Soleh...

Bertudung labuh dan  adik cantik tapi sanggup menyerah untuk dipeluk dan dicium oleh artis Kpop...

Bagaimana mungkin ini terjadi jika bergelar Anak Solehah dan Solehah... Menjadi Viral dan Popular beberapa adik kita nie.. Kesian mak dan ayah mendapat nama dan MALU...


AM pun tak tahu waktu mana dan begitu suka suki adik2 apabila dapat dipeluk dan dicium..Mungkin adik2 lupa akan nasihat mak dan ayah dan cikgu2..

Adakah adik lupa bahawa bersentuh antara kulit dan kulit antara bukan MAHRAM adalah HARAM di dalam ISLAM...

Adakah pada IC sahaja ISLAM tetapi realiti adik2 bukan menganut agama ISLAM???

Dimana salah dan silap kita BANGSA MELAYU yang mengaku ISLAM???

Adakah ISLAM pada NAMA dan IC sahaja????

Sama2 kita berdoa semoga kejadian ini tidak berulang lagi.. Kepada adik yang TERPAKSA menjadi Viral semoga adik bertaubat dan kembali kepada ISLAM dan menjadi ANAK SOLEHAH..

Kepada IBUBAPA yang mencari Tips  Untuk Anak Soleh boleh dapat Tips DISINI


Jumaat, 9 Januari 2015

7 Tips Dan Doa Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri

7 Tips Dan Doa Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri yang HOT dan ramai yang terlepas pandang..

AM nak SHARE apa yang AM dan Isteri amalkan..Walaupun kami bukan lah pasangan yang 100% sempurna TAPI kami saling membantu untuk menyempurnakan antara kami..



7 Tips Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri

1. Solat Berjemaah
Solat adalah tiang agama. Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud." Solat tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya makaia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". (hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Solat berjemaah juga lebih afdal berbanding solat berseorangan. Solat la bersama isteri dan ajak la suami untuk solat bersama. Selepas solat berdoa la bersama-sama kerana doa suami yang diaminkan oleh isteri lagi baik dari berdoa dan aminkan sendiri..

Selepas berdoa salam la dengan suami, cium tanggannya dan memohon maaf jika ada yang tersalah atau terkurang kerana kita manusia bukan yang sempurna.



2. Masak dengan air tangan sendiri
Sebaik dan seeloknya isteri yang memasak untuk suami tersayang. Pesan orang tua, "Jika nak ikat suami, maka ikat la perut suami'. Sesibuk manapun isteri cuba dan try la masak kepada suami walaupun hanya masakan yang ringkas sahaja..Makan la bersama-sama suami..

3. Bagi Kejutan
Kepada suami yang prihatin buat la sedikit kejutan untuk menghargai isteri yang membantu anda bekerja dan masih setia bersama anda dirumah bukan itu sahaja, isteri apabila berada dirumah bukan sahaja balik sudah dapat melepak masih ada tugas yang harus diselesaikan pula. Kejutan tak perlu yang mahal atau romantik, cukup sekadar dengan hadiah yang kecil atau makan malam yang romantik.

4. Beri Perhatian dan Jadilah Pendergar Yang Setia
Setiap isteri cukup mengharapkan suami akan memberi perhatian dan menjadi pendergar yang baik dan setia. Isteri yang berkerja pasti ada cerita dan luahan yang perlu dikongsi dan suami adalah tempat yang terbaik untuk diluahkan. Suami yang prihatin pasti akan meluangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.



5. Sentuhan Mesra
Sentuhan merupakan cara yang paling simple yang boleh diamalkan.. Sentuhan yang mesra dan ikhlas akan membangkitkan satu perasaan cinta dan kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suami yang prihatin pasti akan peluk isteri sekurang-kurangnya 10 saat boleh memanjangkan umur.



6. Komunikasi Dua Hala
Sebuah perhubungan yang gagal rata-rata berpunca dari kegagalan komunikasi antara suami dan isteri. Masing-masing memendam rasa terutama mengenai permasalah rumah tanggan. Jadikan setiap permasalahan yang timbul bawa berbincang dengan keadaan tenang dan bukan dengan cara bermasam muka atau bertengkar.



7. Bercuti
Isteri pasti akan melupakan segala permasalahan ditempat kerja atau permasalahan bersama suami apabila suami mengajak pergi bercuti. Tidak perlu pergi jauh-jauh cukup sekadar diluar kawasan atau luar negeri sahaja..Hanya suami dan isteri tanpa gangguan dari orang lain. Alangkah bahagian pergi bercuti seperti pergi bermula madu selepas berkahwin dulu.. Sudah berapa lama kita tak bercuti?? Balik nanti isteri tanya suami dan suami tanya isteri nak bercuti dimana???




Doa Kebahagian Suami Isteri

Sebagai umat Rasulullah SAW dan mengaku beragama ISLAM, kita juga ada yang diajarkan dengan doa yang boleh mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Di bawah doa yang dimaksudkan : -




Masih mencari-cari TIPS menjadi SUAMI UNGGUL???