Rabu, 15 Oktober 2014

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41


Siapa dapat panggilan Peperiksaan Online Bagi Memasuki Perkhimatan Awam Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada 1 November 2014.





Kepada Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik dapatkan 

contoh soalan di Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014 



Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM2,253.00RM8,731.00RM225.00
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Sumber : SPA Online


Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan PTD 2014

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon