Khamis, 30 Mei 2013

FAM mahu salahkan siapa? Salahkan kucing !!!

Tags
FAM nak salahkan siapa lagi sekarang? Sila salahkan KUCING yang BERAK di padang la ya. Badan FAM pun dah tak terlus mahupun adil dah lagi...


SUDAH terang lagi bersuluh. Itulah perumpamaan mudah yang mampu diungkapkan kepada pengurusan FAM atas kemelut yang melanda badan induk bola sepak negara itu susulan insiden kekecohan hingga membawa pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang dan  Johor Darul Takzim (Johor DT), kelmarin.

Ketika arena bola sepak negara sudah mula menampakkan tanda-tanda positif ke arah kebangkitan, ianya  terencat seketika disebabkan kelemahan ketara yang menceritakan kisah sebenar betapa memang wujud masalah dalaman  FAM yang bertanggungjawab menguruskan sukan nombor satu di Malaysia itu.

Insiden itu berlaku ketika isu bookie yang baru muncul semula belum pun reda. Bookie sememangnya menjadi masalah hingga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terpaksa campur tangan bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas beberapa hari, timbul pula isu pasukan Harimau Malaya membatalkan pertemuan bertemu Singapura dan lebih memilih Australia sebagai destinasi latihan dan perlawanan persahabatan meskipun sesetengah pihak melihat apa yang dilakukan itu sebagai membazir.

Kini, timbul pula kekecohan di Stadium Darul Makmur hingga perlawanan terpaksa dibatalkan akibat limpahan penonton.

Persoalannya, bagaimana Stadium tersebut yang hanya boleh memuatkan kapasiti hanya 40,000 tempat duduk penonton melebihi dari  had yang ditetapkan?

Kedua, jika ia berpunca dari ulat-ulat tiket yang menjual di luar pintu Stadium, di manakah penguatkuasaan  serta sistem Keselamatan pada tiket yang dicetak oleh FAM mampu lolos ketika melalui pintu pemeriksaan tiket di pintu masuk?

Seterusnya, FAM mendakwa kekecohan yang berlaku adalah akibat dari tindakan penyokong Pahang merobohkan pintu Stadium yang tidak sesuai lagi digunakan. Namun mengikut rekod, Stadium Darul Makmur baharu sahaja melalui proses pengubahsuaian bagi penganjuran Sukma pada tahun lalu.

FAM harus menjawab dengan  sejujurnya  persoalan-persoalan tersebut  kerana apa yang berlaku di Kuantan kelmarin amat memalukan. Lebih menyedihkan lagi, akibat daripada kecuaian tersebut mengakibatkan beberapa penyokong cedera.

Tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sebilangan penyokong apabila skuad Harima Selatan enggan meneruskan perlawanan walaupun polis memaklumkan keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Perlawanan yang sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam ditangguhkan apabila penonton melimpahi hingga kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.   

Walau apa pun alasan FAM, badan induk itu harus bertanggungjawab.

Sumber : Sinar Harian Online

Selasa, 28 Mei 2013

Anggota kabinet mungkin perlu ulang angkat sumpah - pakar

Tags
Apa cerita pulak kali ini? 5 menteri dan timbalan menteri yang baru di lantik tidak sah di sisi undang-undang malaysia..Adakah undang-undang dah boleh di abaikan oleh seorang Perdanan Menteri atau pakar undang-undang sedang tidur semua???



KUALA LUMPUR: Seseorang tidak boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri tanpa terlebih dahulu dilantik menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara, mengikut seorang pakar undang-undang perlembagaan.

Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi menjelaskan, jika keadaan seperti itu berlaku, individu itu perlu mengulangi proses mengangkat sumpah sebagai menteri selepas menjadi ahli Senat atau Parlimen.

Shad Saleem mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan kesahihan lima wakil dilantik yang telah dimasukkan ke dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim, yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah, mendakwa bahawa pelantikan lima tidak mengikut perlembagaan kerana mereka sepatutnya terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara sebelum memegang peranan menteri dan timbalan menteri.

Lima individu tersebut ialah bekas presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar (menteri); ketua Hindraf P. Waythamoorthy, Dr J. Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (timbalan menteri).

Lim mendakwa, kerana tiada seorang pun daripada mereka telah dilantik ke Dewan Negara sebelum mereka mengangkat sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 16 Mei, sumpah tersebut "batal dan tidak sah".

Walau bagaimanapun, Shad Saleem berkata beliau berpendapat bahawa mereka "mungkin telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong."

"Mungkin isu kini ialah sama ada ia adalah persetujuan lisan atau sama ada surat pelantikan telah betul-betul dihantar," katanya.

Beliau berkata Senator perlu melalui dua proses sebelum mempunyai kuasa penuh untuk duduk dalam Dewan Negara: iaitu penerimaan pelantikan oleh Agong, dan mengangkat sumpah di hadapan presiden Senat.

"Jika mereka tidak dilantik (sebagai senator), ini bermakna mereka bukan menteri atau timbalan menteri kabinet. Mereka sama seperti anda dan saya. Proses ini (angkat sumpah) perlu dilakukan sekali lagi. Ia terkandung dalam perlembagaan, "katanya.

Shad Saleem juga berkata bahawa terdapat "hujah-hujah yang bertentangan" dengan keperluan asas perlembagaan pada masa lalu.

"Pada tahun 1997, Tan Sri Abu Hassan Omar ialah seorang menteri kabinet di peringkat persekutuan tetapi telah dibawa oleh Dr Mahathir Mohamed dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor walaupun beliau bukan seorang ahli Dewan Undangan Negeri," katanya.

Selepas itu, satu pilihan raya kecil diadakan dan Abu Hassan Omar memenangi kerusi negeri itu, katanya.

"Dengan itu, pelantikan yang tidak mengikut perlembagaan telah dinormalisasikan. Tetapi bagi saya, saya tidak fikir ia satu kaedah yang sesuai. "


Sumber : Awani Online

Ahad, 26 Mei 2013

Program Walk With me 2013 di Kelantan

Tags

Program Walk With Me 2013 kembali lagi dan akan berlangsung pada 13 jun sehingga 15 jun 2013, sudah tidak lama lagi untuk kita sama-sama berjalan dengan Sultan Muhammad ke-5 yang kita sayangi...


Karnival Walk With Me 2013 yang ditangguhkan bagi memberi laluan Pilihanraya Umum baru-baru ini akan diadakan semula pada 13 Jun – 15 Jun 2013(Khamis hingga Sabtu).
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai karnival tahunan yang paling meriah di Kelantan ini.
Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat baju serta sijil penyertaan.
Pendaftaran dibuka sehingga 15 Jun 2013. Bayaran penyertaan sebanyak RM20.00 untuk baju beserta sijil pendaftaran.
Untuk pendaftaran, sila ke Pejabat Urusetia WALK WITH ME 2013 di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu Kelantan seperti peta di bawah.
Untuk maklumat lanjut mengenai program walk With me 2013 boleh melawat laman web ini http://royalkelantanwalkathon.com/

Isnin, 20 Mei 2013

Bantah GST, Selar Keborosan Kerajaan BN - Dewan Pemuda PAS

Tags

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menolak cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang sebelum ini telah menerima bantahan di Parlimen dan seluruh negara sejak 2011. Amat dikesali kerana dengan mandat undi popular sebanyak 46% BN begitu angkuh untuk menghukum rakyat yang majoriti tidak mengundi mereka.

2. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura amatlah mengejutkan kerana pada 2011 Senator BN ini mencadangkan GST pada kadar 4 peratus sahaja. Dengan kenyataannya baru-baru ini menunjukan Kerajaan BN yang baru ini begitu tamak dan terdesak mengurangkan kadar defisit dengan menaikkan cadangan asal dari 4 peratus kepada 7 peratus iaitu hampir sekali ganda. Malah kadar itu dilihat lebih tinggi dari kadar cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada sebanyak 6 peratus sahaja. 

3. Kerajaan BN juga sehingga kini masih gagal menyenaraikan bekalan makanan, barangan komoditi dan perkhidmatan dikatakan mahu dikecualikan dari GST atau sifar cukai. Apa yang pasti apabila cukai ini dikenakan, rakyat sebagai pengguna akhir sebenarnya akan membayar GST sebanyak 28 peratus bagi menampung GST yang ditanggung oleh Pengeluar atau pengilang (7 peratus), Pemborong (7 Peratus), Peruncit (7 peratus) dan GST Pengguna sendiri (7 peratus). Pengguna tidak sedar kerana dalam resit hanya ditunjukkan bil GST 7 peratus sedangkan 21 peratus GST yang dikenakan kepada Pengeluar, pemborong dan peruncit sudah dimasukkan dalam kos kenaikkan harga barang.

4. Alasan bahawa pengenalan GST diimbangi dengan penurunan cukai pendapatan juga tidak relevan kerana kelompok yang membayar cukai pendapatan di negara ini hanya sekitar 10%. Jika dilaksanakan juga, rakyat yang berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk kerana mereka terpaksa membayar GST sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Ini menyebabkan jurang antara golongan miskin dan kaya dinegara ini semakin besar yang akhirnya akan melonjakkan kadar inflasi negara lebih dari 3.5 peratus dimasa hadapan.

5. DPPM mengesa Kerajaan BN membatalkan hasrat melaksanakan GST dan juga mengurangkan kadar cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada dari 6 peratus kepada kurang dari 4 peratus. 



6. Sebagai langkah meningkatkan kadar pendapatan negara, penguatkuasaan kutipan Cukai Pendapatan perlu dibuat secara telus. Begitu juga kutipan hutang kepada sektor swasta dan korporat khususnya dari kroni-kroni BN wajib dibuat secara jujur. Kita tidak mahu hutang korporat dihapuskan begitu sahaja atas faktor menjaga kepentingan kroni seperti yang Kerajaan BN berikan kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, dimana hutang korporat MAS berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja sedangkan peminjam PTPTN dikejar sampai ada yang disekat ke luar negara dan dibawa ke Mahkamah kerana gagal membayar hutang. 

7. Sehingga kini, Kementerian Kewangan juga mengesahkan yang Kerajaan BN masih gagal mengutip hutang korporat dari Kumpulan YTL sebanyak RM53.1 bilion, Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar sebanyak RM 34.3 bilion, UEM Khazanah RM 19 bilion, Kumpulan Genting RM 16.4 bilion, Kumpulan Berjaya RM 8.8 bilion, Axiata Khazanah RM 11.5 bilion dan banyak lagi. Jika hutang-hutang ini dikutip, kerajaan bukan sahaja mendapat RM 27 bilion setahun, malah lebih dari itu dan tidak perlu membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan GST.

8. Kerajaan BN juga haruslah mengamalkan dasar perbelanjaan berjimat cermat dan tidak berbelanja sesuka hati demi meraih sokongan rakyat. Pendedahan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen sebelum ini, bahawa delegasi Perdana Menteri yang melawat London, New York dan Washington tahun lepas sahaja sudah mencecah RM 3 juta! amat mengejutkan rakyat sedangkan anggaran sebenar bagi lawatan di tiga tempat ini hanyalah RM 400 ribu. Jika pembaziran seperti ini di teruskan oleh pemimpin BN, sampai bila pun negara akan terus mengalami belanjawan defisit.

9. DPPM menyeru rakyat dan NGO-NGO bangkit bersatu menolak GST ini bagi menjaga kepentingan semua. Negara kita tidak miskin, tetapi yang memiskinkan negara adalah pemimpin BN yang boros dalam berbelanja dan mengawal kewangan negara. 

10. Negara akan bangkrap jika BN terus mengamalkan dasar perbelanjaan sebegini dan dalam masa yang sama hutang kroni tidak dikutip dan rakyat pula dibebankan dengan pelbagai cukai baru dan kenaikkan harga barang.

Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Sumber : Page Nasrudin Hassan

Rabu, 15 Mei 2013

SENARAI AHLI KABINET BARU 2013

Tags



Barisan Kabinet baru Najib Razak dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari Rabu, 15 Mei 2013. Jabatan Pengarang Sinar Harian telah mengetengahkan senarai anggota kabinet yang difikirkan layak. Siapapun yang dilantik, Kabinet baru ini seharusnya mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan ciri-ciri keseimbangan yang boleh diterima oleh semua pihak.


SENARAI MENTERI KABINET BARU 2013 (PILIHAN SINAR HARIAN)


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak


Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan


Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed


Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Idris Jusoh


Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin


Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Liow Tiong Lai


Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman


Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel


Menteri Kesihatan 
Datuk Wee Ka Siong


Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek


Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar


Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal


Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof


Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui


Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid


Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum


Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Ong Ka Chuan


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon


Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin


Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani 


Sumber : Blog Persendirian

Selasa, 14 Mei 2013

Tanah Untuk Dijual Di Kota Jembal @ kedai Lalat

Tags
Sekeping tanah nak jual nak let go nak lepas tangan di Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan. Tuan tanah nak jual sebab nak buat rumah tak cukup duit sahaja..Siapa cepat dia yang dapat...







Tanah di Kota Jembal utk dijual..
Lokasi: Depan SMK Raja Sakti..
Harga: RM135, 000
Berminat sila pm or call 017-294 5851

Lot 2334
Keluasan Tanah : 629m2 atau 6770.5 ft

Lokasi : Tepi jalan utama..
1. 10 meter dari SMK Raja Sakti
2. 50 meter dari pasar pagi jumaat dan pasar malam ahad & selasa
3. 80 meter dari Klinik Kesihatan Kedai Lalat
4. 100 meter dari SK kota Jembal
5. 100 meter dari 7 Eleven, kedai makan, kedai cuci kereta

Iklan : Mudah .my

Berminat???

Call 0172945851 - Along Misuari

Boleh tengok tanah bila-bila masa sahaja selepas waktu kerja rasmi

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Tags

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.


Sumber : Page Facebook

Kafir Tanpa SEDAR

Tags



Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:


1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

Isnin, 13 Mei 2013

6 Khasiat Tauge Yang Tidak Diketahui Umum

Tags



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak. haha, tapi tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya

1. Cegah Kanser Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda

Doa Pendinding Bagi Wanita

Tags



Doa ini bagus diamalkan oleh kaum wanita samada dewasa atau kanak-kanak untuk mengelak dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan..

Amalkan ayat penggerak 3kali setiap kali selepas solat subuh dan 3kali setiap kali selepas maghrib..Baca juga 3 kali setiap kali nak keluar rumah..

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE ,WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Doa di atas(ayat penggerak) bersumberkan dari hadis Nabi s.a.w bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Abu Daud,4/323,At-Tirmidizi,5/465 dan Ahmad)

Amalkan juga doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri..

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA,WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu,dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku,maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"

(Riwayat Al-Bukhari)

Harap kaum wanita semuanya dapat hafaz dan amalkan doa ini selepas solat dan setiap kali nak keluar rumah..Tapi jagan amalkan doa ni saja sedangkan anda berpakaian menjolok mata..

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Tags



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..

Sumber : Facebook