Selasa, 30 April 2013

PRU 13 : Isu Tanah RM10 juta Didakwa Milik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tags

GEMPAK.. Datuk Ibrahim Ali mendakwa YAB TGNA ada tanah bernilai RM 10 juta sekitar Kota Bharu, Kau peduli apa si katak??? Kau punya harta pun banyak juga kan...




Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).
Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. 




Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.
Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 30 April 2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

Tags
Jom baca mengenai perkara-perkara yang perlu di jaga oleh kaum wanita semua..



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening 
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau 
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya 
pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka 
itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya 
hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-
dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan 
dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


MasterChef Selebriti 2 : Zain Saidin Dipergunakan???

Zain Saidin dipergunakan dalam rancangan MasterChef Selebriti 2? Anda percaya ke atau ini sekdar menaikkan rating penonton untuk rancangan di Astro Prima ini???




BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.


Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.



Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Isnin, 29 April 2013

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan

Tags
10 perkara yang perlu diketahui apabila bergaduh dengan pasangan anda nanti..baca sekarang..




1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam


Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil


Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti


Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa


Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!


Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat


Perbalahan/pertelingkahan d
alam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan


Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

Abdullah Saamah Pengasas Pondok Geting Kena Strok Ke???

Tags
Abdullah Saamah pengasas pondok genting kena strok betul ke?Jom baca di bawah ni



Abdullah Saamah pengasas Pondok Geting Tumpat, dikhabarkan kini diserangi penyakit strok sehingga mulutnya menjadi kaku.Beberapa bulan yang lalu, Abdullah pernah mengeluarkan fatwa sendiri "Haram Undi PAS" dengan alasan yang dangkal dan emosional. "Fatwa"nya itu telah digembar-gemburkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan dipromosikan pula oleh parti UMNO yang kini sedang nazak melalui billboard-billboard sepanjang tempoh kempen PRU13 ini.



Pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya semua pihak jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. (sila rujuk berita dibawah).

Berikut ialah maklumat dari laman sosial fb:

Harap sahabat berdoa kepada Tuan Guru Abdullah Saamah pondok geting, kerana dia telah mengalami strok dan mulutnya menjadi kaku tidak boleh bercakap.

Segala tomahan beliau kepada individu yg bergelar ulamak serta memperjuangkan agama jangan kita pandang remah kerana Allah MAHA berkuasa! Harap beliau Tok Guru ABDULLAH Saamah sedar apa yang beliau telah lakukan dan tomahkan!

Sumber daripada cucu tok guru Pondok Berangan Tumpat.

Polis: Jangan sewenang-wenang keluar fatwa mengelirukan


KOTA BHARU - Semua pihak dinasihat agar jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika ada pihak yang tidak mempedulikan nasihat itu, polis mempunyai cara untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melampau itu.

"Ini kerana fatwa berkenaan akan dibincangkan di kedai-kedai kopi dan akan menyebabkan perbalahan yang diikuti dengan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menghadapi PRU13 ini, di sini hari ini.

Khalid turut menasihatkan calon yang bertanding dan penyokong mereka supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa khususnya sepanjang 15 hari tempoh berkempen.

"Kami akan beri kerjasama kepada pihak yang memohon permit untuk mengadakan kempen yang teratur, kami tidak mahu berlaku pertindihan kawasan ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan pihak-pihak yang bertanding," katanya.

Beliau berkata 2,000 anggota polis ditambah di negeri ini dan polis mengesan 80 kawasan panas di 32 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.

Sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas, polis Kelantan menerima 39 laporan polis berkaitan pilihan raya termasuk merosakan bendera parti, bertengkar, mengugut dan mencederakan dengan senjata tajam, katanya.

Mengenai siasatan polis terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Khalid berkata polis menjalankan siasatan berkaitan kesalahan pengedaran dan memiliki video lucah.

"Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang memiliki video lucah sama ada ia disimpan dalam telefon bimbit atau facebook, jika polis dapat mengesan, kami akan ambil tindakan," katanya sambil meminta sesiapa yang memiliki video lucah supaya segera menyerahkannya kepada polis. 
- Bernama


Sumber : sedakasejahtera.blogspot.com 

10 INFO TENTANG BAYI. JOM KITA AMBIL TAHU

Tags
10 info dan tips mtentang bayi yang mungkin kita terlepas pandang..jom terjah dan kita ambil tahu mengenainya..




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.. alololooo comelnya diaaaa!!

Ahad, 28 April 2013

Potianak Vs Orang Minyak Full Movies

Tags
Cerita movies Potianak Vs Orang Minyak 2012 yang telah di tayangkan kini berada disini...




Sabtu, 27 April 2013

10 TIPS PENJAGAAN HANDPHONE (HP), SMARTPHONE, TABLET

Tags
Jom baca tips-tips mengenai penjagaan smart phone, tablet yang menjadi kegilaan anak muda masa kini.





KETAHUI 10 TIPS PENJAGAAN HANDPHONE (HP), SMARTPHONE, TABLET DAN SEANGKATAN DENGANNYA..

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang...

SELAMAT MENCUBA.. :)
Dipersilakan SHARE...


Khamis, 25 April 2013

Perempuan Bahasa Terbalik, Lelaki Dengar Macam Pelik

Tags




PEREMPUAN BAHASA TERBALIK, LELAKI DENGAR MACAM PELIK!

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan.

Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”.

Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.

Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.

Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya.

Kepada isteri pula :


1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Renung dan fikir kembali situasi ini dalam kehidupan rumahtangga kita seharian.InsyaAllah,yang mana kurang boleh diperbaiki. Fahami pasangan dan hargai mereka. Jika anda mengharapkan kesempurnaan,anda akan jumpa banyak kelemahan pada dirinya. Tetapi jika anda merima kekurangan seadanya, ada sedang membina kesempurnaan di mata pasangan anda. Selamat Mencuba ♥

Rabu, 24 April 2013

Wanita Disembelih..Dimana Dunia ISLAM???

Tags
Wanita di syiah di sembelih dan di bunuh lagi teruk mereka juga dibakar hidup-hidup oleh rejim Basyar. Persoalannya dimana negara islam yang memperjuangkan ISLAM selama ini??Kenapa harus kita membisu dan memekakkan telinga??


Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.


Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.
Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.
Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.
Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”.


RUJUKAN http://www.fj-p.com/article.php?id=56987

Credit: FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Sumber : Harian Metro Online 

Selasa, 23 April 2013

Taubat Dan Doa..Jangan Menangis

Petikan dari kuliah daripada Dr. Asri Zainal Abidin yang bertajuk Taubat dan Doa..Cukup menyentuh hati dan kalbu walaupun hanya sedutan sahaja. Taubat la kita selagi nyawa masih di badan dan ALLAH menerima manusia yang bertaubat kepadaNya..Semoga menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua..Aminnn


Pinjaman Perumahan Hanya 10 Minit Sahaja..Terbaikk!!!

Tags
Hanya 10 minit sahaja untuk kelulusan pinjaman perumahan sekarang. Perkhimatan semakin cepat dan pantas dah macam pinjaman peribadi pulak. Tak ada alasan lagi pinjaman perumahan nie lambat ke apa lagi.


CITIBANK Bhd (Citibank) memperkenalkan kelulusan pinjaman perumahan baru hanya dalam tempoh 10 minit, iaitu yang pertama di negara ini dalam usaha bank itu untuk menguasai segmen mewah bagi perniagaan pinjaman perumahan di Malaysia.

Pengarah Perniagaan Gadai Janji Citibank Lum Choong Yu berkata, penyelidikan pengguna yang dijalankan syarikat itu mendapati antara pertimbangan utama pengguna untuk membuat pinjaman perumahan adalah kelulusan cepat dan proses permohonan mudah.

"Bagi menampung keperluan pinjaman perumahan dalam segmen mewah, Citibank melancarkan kelulusan pinjaman perumahan 10 minit ini," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan berasaskan teknologi itu membolehkan Citibank menawarkan keputusan pinjaman perumahan dalam 10 minit berbanding kebiasaan selama lima hingga tujuh hari.





"Sejak dilancarkan sebagai projek perintis Januari lalu, ribuan pelanggan telah mencuba dan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

“Sebagai pemberi pinjaman bertanggungjawab, tumpuan kami adalah memberi pilihan pembiayaan fleksibel kepada pelanggan untuk memiliki kediaman sendiri sambil menikmati penjimatan," katanya.
Perkhidmatan itu disediakan di mana-mana cawangan Citibank seluruh negara.

Sumber : Sinar Harian 

Isnin, 22 April 2013

Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Umum 13 di Kelantan

Tags
Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Umum 13 di Kelantan . Semoga menjadi pemimpin rakyat yang terbaik di kalangan yang terbaik deh belako..Tak kiro la siapa yang menang pun nanti, berbakti la kepada rakyat yang memilih anda..




SENARAI NAMA CALON BAGI  PALIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KELANTAN  SETAKAT INI :-



P.19 TUMPAT
PR/PAS : Datuk Kamaruddin Jaafar
BN : Mansor Salleh

N1. PENGKALAN KUBUR
PR/PKR : Shahrom Ibrahim
BN : Noor Zahidi Omar

N.2 KELABORAN
PR/PAS : Mohd Zaki Ibrahim
BN : Wan Hanapi Wan Yaacob

N.3 PASIR PEKAN
PR/PAS : Datuk Ahmad Yacob
BN : Nik Noriza Nik Salleh

N.4 WAKAF BARU
PR/PAS : Abdullah Mat Nawi
BN : Mohd Rosdi Abdul Aziz
P.20 PENGKALAN CEPA
PR/PAS : Ezani Hussin
BN : Dali Hussin

N.5 KIJANG
PR/PAS : Wan Ubaidah Omar
BN : Zaluzi Sulaiman

N.6 CHEMPAKA
PR/PAS : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
BN : Wan Razman Wan Abd Razak

N.7 PANCHOR
PR/PAS : Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah
BN : Che Rosli Hassan
P.21 KOTA BAHRU
PR/PAS : Datuk Takiyuddin Hassan
BN : Mohd Fatmi Che Salleh

N.8 TANJONG MAS
PR/PAS : Wan Rohani Ibrahim
BN : Kanidy Omar

N.9 KOTA LAMA
PR/PAS : Datuk Anwar tan
BN : Tan Ken Ten

N.10 BUNUT PAYONG
PR/PAS : Dr Ramli Mamat
BN : Mohd Fakhurazi
P.22 PASIR MAS
PR/PAS : Nik Abduh Nik Aziz
BN : Che Johan Che Pa
BEBAS : Datuk Ibrahim Ali AL-KATAKI
N.11 TENDONG
PR/PAS : Rozi Mamat
BN : Hanafi Mamat

N.12 PENGKALAN PASIR
PR/PAS : Hanifah Ahmad
BN : Tuan Anuwa Tuan Mat

N.13 CHETOK
PR/PAS : Abdul Rahim Abdul Rahman
BN : Aimi Jusoh
P.23 RANTAU PANJANG
PR/PAS : Zailah Mohd Yusoff
BN : Ghazali Ismail

N.14 MERANTI
PR/PAS : Datuk Nasuruddin Daud
BN : Mohd Afandi Yusoff

N.15 GUAL PERIOK
PR/PAS : Muhammad Awang
BN : Shaari Mat Hussain

N.16 BUKIT TUKU
PR/PAS : Rasul Muhammad
BN : Mohd Zain Ismail
P.24 KUBANG KERIAN
PR/PAS : Ahmad Baihaqi Atiqullah
BN : Anuar Safian

N.17 SALOR
PR/PAS : Datuk Husam Musa
BN : Mohamad Nordin Awang

N.18 PASIR TUMBOH
PR/PAS : Abdul Rahman Yunus
BN : Mohd Shamsul Mohd Yusoff

N.19 DEMIT
PR/PAS : Mumtaz Nawi
BN : Wan Mohd Nazi Wan Hamat
P.025 BACHOK
PR/PAS : Ahmad Marzukh Shaari
BN : Awang Adek Husin

N.20 TAWANG
PR/PAS : Hassan Mahmud
BN : Mohd Zain Yasim

N.21 PERUPOK
PR/PAS : Ruzaimi Hussin
BN : Mohammad Zaidi Sidek

N.22 JELAWAT
PR/PAS : Abdul Aziz Fadli
BN : Ilias Husain
P.26 KETEREH
PR/PKR : Abdul Aziz Abdul Kadir
BN : Annuar Musa

N.23 MELOR
PR/PAS : Dr Yusman Yusuf
BN : Mohd Othman Omar

N.24 KADOK
PR/PAS : Azami Mohd Noor
BN : Mohamad Basri Awang

N.25 KOK LANAS
PR/PAS : Nik Mahadi Nik Mahmud
BN : Md Alwi Che Ahmad
P.27 TANAH MERAH
PR/PKR : Nik Mahmood Nik Hassan
BN : Ikmal Hisham Abdul Aziz

N.26 BUKIT PANAU
PR/PAS : Datuk Abdul Fattah Mahmud
BN : Baharudin Yusof

N.27 GUAL IPOH
PR/PAS : Wan Yusof Wan Mustapha
BN : Mohd Bakri Mustapha
N.28 KKEMAHANG
PR/PAS : Mejar (B) Datuk Anizam Abdul Rahman
BN : Dayang Saniah Awang Hamid
P.28 PASIR PUTIH
PR/PAS : Nik Mazian Nik Muhammad
BN : Tuan Mustaffa Tuan Mat

N.29 SELISING
PR/PAS : Saiful Bahri Mohamad
BN : Zulkifli Ali

N.30 LIMBONGAN
PR/PAS : Mazlan Hasbullah
BN : Mohd Rujhan Salleh

N.31 SEMERAK
PR/PAS : Wan Hassan Wan Ibrahim
BN : Zawawi Othman

N.32 GAAL
PR/PAS : Tuan Mazlan Tuan Mat
BN : Redzuan Stapha
P.29 MACHANG
PR/PKR : Wan Zawawi Wan Ismail
BN : Ahmad Jazlan Yaakub

N.33 PULAI CHONDONG
PR/PAS : Zulkifli Mamat
BN : Ab Halim Ismail

N.34 TEMANGAN
PR/PAS : Fadhli Hassan
BN : Azemi Mat Zin

N.35 KEMUNING
PR/PAS : Rosli Hassan
BN : Eriandi Ismail
P.30 JELI
PR/PAS : Afendi Muhammad
Mustapa Mohamed

N.36 BUKIT BUNGA
PR/PAS : Sufli Razak
BN : Mohd Adhan Kechik

N.37 AIR LANAS
PR/PAS : Abdullah Yaacob
BN : Mustapa Mohamed

N.38 KUALA BALAH
PR/PAS : Ramlan Mat
BN : Abdul Aziz Derashid
P.31 KUALA KERAI
PR/PAS : Dr Muhammad Hatta Ramli
BN : Tuan Aziz Tuan Hamat

N.39 MENGKEBANG
PR/PAS : Abdul Latiff Abdul Rahman
BN : Azizzuddin Hussein

N.40 GUCHIL
PR/PKR : ?
BN : Nik Sapeia Nik Yusof

N.41 MANEK URAI
PR/PAS : Fauzi Abdullah
BN : Che Jalal Muda
N.42 DABONG
PR/PAS : Ku Zaki Ku Hussin
BN : Ramzi Ab Rahman
P.32 GUA MUSANG
PR/PAS : Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah
BN : Tengku Razaleigh Hamzah

N.43 NENGGIRI
PR/PKR : Azihan Che Seman
BN : Mat Yusoff Ghani

N.44 PALOH
PR/PKR : ?
BN : Nozula Mat Diah

N.45 GALAS
PR/PAS : Abdullah Hussin
BN : Ab Aziz Yusoff

PRU13 : PM nak DIET..Betul Ke Nie?

Tags
Dalam sejarah beb, PM Malaysia cakap nak diet. Makan pun sedikit sahaja..SENYUM tak perlu kata apa2..Ini kali lah !!!



KUALA LUMPUR - "Saya nak diet". Itu ungkapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersarapan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dekat sini, selepas selesai mengadakan tinjauan mesra.

Pemilik Restoran Rumpun Selera, Safnida Afiza Sanusi berkata perdana menteri hanya makan sedikit sahaja nasi lemak kukus yang dihidangkan bersama burung puyuh goreng.

"PM (Perdana Menteri) minta kepada saya cuma bahagian paha sahaja sebab nak diet, itu pun beliau makan sedikit sahaja," kata Safnida Afiza yang bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada Najib.

Selain itu, perdana menteri turut memesan minuman 'teh o ais' kurang manis.

Najib bersarapan di restoran itu selepas memulakan lawatan turun padang di Selangor sempena Pilihan Raya Umum ke-13 dengan mengadakan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang yang terletak dalam kawasan Parlimen Selayang.

Safnida Afiza yang pertama kali bertemu Najib, menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang yang mesra dan mudah didampingi "PM mesra, tak ada protokol untuk rakyat jumpa...sangat prihatin selain cepat bagi respons apa sahaja orang cakap. Itulah yang saya perhatikan," katanya kepada pemberita selepas perdana menteri selesai bersarapan.

Perebutan tiga penjuru bakal berlaku bagi kerusi Parlimen Selayang yang mempunyai 105,895 pengundi.

BN yang diwakili Datuk Ir Donald Lim Siang Chai akan dicabar William Leong Jee Keen (PKR) dan Mohd Hazizi Ab Rahman (Berjasa). - Bernama

Sumber : Sinar Harian

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

Tags



Cara mengesan jin dalm badan kita, semoga menjadi teladan kepada kita semua..


CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Khamis, 18 April 2013

Kuliah Jumaat 12 April 2013

Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu Kelantan. Semoga menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua....

Kuliah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Asri Daud


Video streaming by Ustream




Kuliah Jumaat Oleh Ustaz Nassurudin Daud



Video streaming by Ustream

Gadis 13 tahun dirogol lapan lelaki.. Apa Nak Jadi??

Tags
Oh malaysiaku sejahtera..Gadis yang berumur 13 tahun pulak menjadi mangsa rogol oleh 8 lelaki..Hebat sungguh Malaysia Kini...



KUANTAN - Kerisauan ibu bapa gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 5 April lalu berakhir apabila anaknya itu pulang ke rumah 10 hari kemudian.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapat tahu anak mereka dirogol lapan lelaki. Susulan pendedahan gadis tersebut, keluarga terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam 15 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, berdasarkan keterangan pelajar itu, dia keluar rumah pada 5 April lalu kerana mengikut kawan.

Menurutnya, sepanjang ‘bebas’ dari kawalan keluarga, gadis itu memberitahu dia hanya berada di sekitar bandar Kuantan dan berkenalan dengan beberapa lelaki.

“Kita agak terkejut apabila gadis itu mendedahkan dia melakukan hubungan seks dengan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an itu pada tarikh, masa dan lokasi berbeza.

“Gadis itu memaklumkan dia baru mengenali semua lelaki tersebut dan tiada maklumat lanjut tentang mereka kecuali nama panggilan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Ahad, 14 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Dan Tempat Mengundi PRU 13

Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi bagi Pilihanraya Umum ke 13 nanti yang dijangka pada 5 Mei 2013. Adakah anda telah menyemak di mana anda akan mengundi nanti? 



untuk mengetahui tempat mengundi anda.


Jangan lupa membawa Kad Pengenalan anda pada Hari Mengundi dan jangan memberi kad pengenalan anda kepada orang yang tidak dikenali.

Mengundi adalah tanggungjawap anda dan anda berhak memilih mana-mana parti politik yang bertanding nanti...

INGAT !!!
Undi anda adalah RAHSIA sanggaaatttt......


untuk mengetahui tempat mengundi anda..

Rabu, 10 April 2013

Rogol : Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

Tags
GILA punya manusia...Budak baru 19 tahun sanggup rogol bergilir-gilir..Inikah keamanan yang kita kecapi??Anak2 kita sudah tidak selamat lagi..Memang aman sungguh MALAYSIA..Oh tidakkkkk



SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan.


Sumber : Sinar Harian

Warga emas maut dilanggar lori.. Depan Mata Sendiri

Tags
Kejadian ini terjadi 2 hari lepas, warga emas maut di langgar lori dan saya adalah salah seorang yang sempat melihat mangsa yang meninggal masih di bawah lori yang melanggarnya. Ingatkan ada sekatan jalan oleh polis atau JPJ rupa-rupanya kemalangan maut. Semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aminnn


KOTA BHARU - Seorang warga emas maut apabila basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Panji di Jalan Raja Perempuan Zainab II di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian yang berlaku pada jam 4.55 petang tersebut menyebabkan mangsa, Hamzah Abu Bakar, 69, mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.




“Mangsa yang menunggang basikal dari arah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) itu dikatakan cuba menyeberang ke kanan jalan dan membuat pusingan U.

“Ketika mangsa berbuat demikian sebuah lori dari arah lampu isyarat Panji menghala ke arah Pengkalan Chepa merempuhnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun di JPJ Panji itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Kampung Beris Pauh Sembilan, Tawang, Bachok.

Sementara itu, seorang penduduk, Jayaraman Karappan, 63, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berehat di dalam kedainya dan dikejutkan dengan bunyi geseran.

“Saya keluar dari kedai dan terkejut melihat tayar di sebelah kanan lori tersebut berada di atas separuh badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama kemalangan maut berlaku di kawasan tersebut semenjak dia berniaga di sini 30 tahun lalu.

“Sebelum ini kalau ada kemalangan pun hanyalah yang ringan sahaja,” katanya.

Jayaraman menunjukkan tempat kejadian di mana Hamzah maut apabila basikal ditungganginya dilanggar lori kecil.


Sumber : Sinar Harian