Rabu, 17 Julai 2013

Mudahnya Untuk Menjadi SUPERDAD !!!

Tags

Apakah SUPERDAD?? Dan BAGAIMANA untuk menjadi seorang SUPERDAD yang di sayangi oleh ANAK-ANAK...Jom baca dibawah



1. Prihatin pada keluarga

Lazimnya, golongan lelaki lebih mementingkan diri berbanding orang di sekelilingnya. Akibatnya, keperluan keluarga kurang diberi perhatian terutamanya bagi anda yang pertama kali bergelar bapa. Untuk menjadi bapa yang cemerlang, belajar lah menghargai keluarga yang anda bina ini.

2. Sayang dan sokong

Sifat-sifat ini wajib diterapkan dalam jiwa setiap bapa. Keluarga yang kaya dengan kasih sayang lebih jauh bahagia berbanding dengan keluarga yang dengan harta benda dan wang ringgit.

3. Sabar, sabar dan sabar

Menjadi seorang bapa memerlukan anda memiliki tahap kesabaran yang sangat tinggi. Hal ini kerana kerenah anak-anak akan sentiasa menguji tahap kesabaran dan keimanan yang anda miliki.

4. Pendengar yang baik

Bapa yang baik ialah bapa yang sering dan sentiasa bersedia mendengar luahan hati anak tanpa jemu. Namun, itu tidak bermakna anda perlu mengikut apa sahaja yang mereka mahukan. Beri peluang kepada si anak untuk bercakap kemudian baru lah anda beri pandangan mengenainya.

5. Jujur

Walaupun anak anda masih kecil, anda tetap perlu bersikap jujur dan sentiasa berterus terang dengannya. Jangan sesekali menipu kerana dia akan ingat perbuatan anda itu sehingga usianya menginjak dewasa. Akibatnya, ia dikhuatiri akan menjejaskan hubungan baik antara anda berdua.



Sumber : Pa&Ma

Artikel Terkait

2 comments

memang mudah. mahu dengan x mahu jek melaksanakannya

Islam mengajar kita perkara yang mudah sahaja..TETAPI sifat manusia yang suka kepada kesukaran...


EmoticonEmoticon