Khamis, 9 Mei 2013

Penolong Pegawai Tadbir N27

Puan isteri pula dapat panggilan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Jabatan Perkhimatan Awam), ada sesiapa yang tahu mengenai skop kerja atau apa-apa yang berkaitan dengan jawatan ini??





Email dari SPA

NOR MIMI SUZITA BINTI SAPIAE 
No. KP : 

Tuan/Puan, 

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM) 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut: 

TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
10/06/2013
10:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27PUSAT TEMU DUGA SPA KOTA BHARU, KELANTAN
LOT 1211, TINGKAT G & 1 JALAN PENGKALAN CHEPA,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN 


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut: 

a.Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat. 

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya. 

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. 

7.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti. 

8.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini. 

Sekian,terima kasih. 

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI” 

Urus Setia Bahagian Pengambilan 
b.p Setiausaha 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, 
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan, 
62520 PUTRAJAYA. 
Tel : 603 8885 6000 
Faks : 603 8888 5036 






Deskripsi Tugas / Gaji Pemulaan
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan 
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,361.14RM4,427.94RM145.00
Syarat Lantikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,737.15 ]
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a)i.mempunyai kelayakan di atas; atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan
b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Sumber : Laman Web SPA
Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Artikel Terkait

148 comments

dapat jgk .. pg2 tadi dh dpt email. tarikh temuduga 06.06.13 ... gudluck utk puan isteri ^^

dapat di mana???puan isteri dapat di kota bharu

Bukan ke ini surat panggilan anda???Hihihi

dapat gak 13/6 di putrajaya...tgh survey2 gak ape yang perlu distudy..kalo ade info share2 ye :D

Sama la..masih mencari-cari informasi yang boleh digunakan..

dapat juga 28/05 ni... Tengah prepare ni... Sapa yang Ada maklumat mintak share, risau juga... Harap lah Ada rezeki kita semua.. Amin..

sy di putrajaya 12Jun... ade sape2 same date? meh la kawan2 ngan sy..hihi

Saya dapat jugak 16/5 ni di putrajaya. Ada sapa-sapa lagi?

saya 27mei di jln cenderasari...

saya 12/8 di lep 4, seri kembangan

Saya 13/mei di putrajaya.. sape sama dgn saya???

ape yang no berapa?

saya 16 mei di bangunan SPA cenderasari KL
ape nk prepare eaaa..

sy 6 Jun di putrajaya... =)
Gud luck kwn2..cuma nk tny...y dpt ni kbykn dh mmg sdg kje gov?

saya 14 mei di komtar :)
mmg tgh keje gov.gred w.

saya dapat kt tempat yg same~tp 6/6 kol 11pagi~owh god~nebes sesangat!

same ngan saya gak

sye pun same la...
nervous sgt..xtawu na study ap..adooiiii

Same goes 2 me..hope sape2 yg ade info blh kongsi ape yg kena study nie..nervous huhu...

Same goes 2 me..hope sape2 yg ade info blh kongsi ape yg kena study nie..nervous huhu...

same la..saya 13 june..nak study ape pun blur je..

dpt gak... 21/5/13..kat ipoh.. nerveos nie

same tmpt temuduga tapi lain date

saya baru lepas temuduga.....panggilan pada 07 Mei 2013...di SPA Cenderasari, KL.

salam......
nk tanya....apa jew soalan dia.....
TQ

saya harini..tp sy xpt pergi..so, xpelah..redha..
cmne?ok x..apa dorg tanya..

saya pon di putrajaya 12 jun tapi jam 11 pagi...
huhuhuhu

saya dah inteview 10 mei aritu..ok la tp kebanyakan yg tanya pasal perlembagaan kerajaan dan polisi kerajaan..tp ikut pada penemuduga anda..dont worry..saya terima je apa keputusan...huhu

soklan ape yg ditanya???sal perlembagaan dan polisi kerajaan jgk ke????

InsyaAllah ada rezeki ada la..doa byk2...

soalam please

Sy 29/5...di cenderasari...tktnye:(

saya pon dapat kat cenderasari.... 14/6/2013....

saya interview 14/6/2013 ni di cenderasari...kalo tak silap hari last interview untuk PPT N27.... berdebarnyer.... kasik la tahu sape yg dah interview....

saya dah pergi interview neh mggu lepas..first..kite kena perkenalkan diri..lepas tue soalan berkaitan dgn pngalaman kerja kite skrg, kenapa kite minta jawatan pen.pegawai tadbir,last sekali isu2x semasa..kena bnyk baca paper laa..kalau sesiapa yg ada ijazah,ada juga soalan berkaitan dgn subjek yg diambil masa dekat universiti dulu..itu jer pengalaman yg dpt dikongsi bersama..soalan semua dalam bahasa melayu tp bergantung juga kpd si penemuduga.. :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

thanks 4 sharing da info..membantu la jgk nk study apa ni.. :)

btol ke masa interview tuh ade interview secara berkumpulan? atau berseorangan? saya dpt gak pada 4.6 ni. adoiii nebesss laaa. kenape la perlu tanyer pasal perlembangaan.. dh tua2 nie otak tepu dh nak baca. huhuhuhuhu

Asyiqin.. nampaknya.. kita mungkin akan bersaing.. i di wisma negeri . n9 .. 16/5 ni..

betulke kena ckp dalam bahasa inggeris.... lagi satu bentuk resume yg kiter nak present tu, better buat dalam bentuk buku ke atau just cam biasa, jer.

sy dpt jugak 4/6 di Jb.. first time dpt tmduga ni.. share2 la info ye.. =) msh mcari2 pe y ptut study. berdebar2 nk kne tmuduga nt

Salam
tumpang tanya..ada sesiapa x tahu di mana PUSAT TEMU DUGA SPA KOTA BHARU, KELANTAN
LOT 1211, TINGKAT G & 1 JALAN PENGKALAN CHEPA,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN

yang saya tahu ada seorang rakan yang telah lepas di interview di putrajaya..soalan yang ditanya adalah intergriti.....then soalan tugas anda sekiranya anda memegang jawatan ini.Siapa orang yang terpenting di JPA...saya pon dapat interview ni 11.6.2013 selepas tiga hari majlis nikah saya...gud luck semua

Saya pun dapat jugak 10Jun di putrajaya nanti , kalau sama tarikh dan tempat jom la sama2 .. Hee , masa interview tu brpe lama yea ambil masa dok lam bilik tu ? Hee

17/05/2013 9.00am, Putrajaya

Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat mengandungi maklumat berikut:
a. Nama;
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Sumbangan; dan
d. Kebolehan istimewa

SUMBANGAN DAN KEBOLEHAN ISTIMEWA ???

Sy pun 6jun di putrajaya... Dup dap dup dap rasa...

Sy pun 6jun di putrajaya... Dup dap dup dap rasa...

ehhh ,saya pon dapat kat ipoh :) .haaa ,boleh la share2 ye ^^

Saya pon dpt gak 10 june nanti kat kl sesi pagi berdebar nyaaas huh mesti kena tanya kaw kaw kan sebab saya bekerja di bank international bank dh 8 tahun tetiba nak masuk gov lak huhuhu sapa yg dh pergi tu tlg ah kasi info sebyk mungkin....tq...lg saty resume tu in english ke dalam bm pon blh?

saya dpt kat melaka ... rasanya siapa yg isi jwtn nie kat SPA semua dpt paggilan temuduga kot .... adik sy pon dpt tp lain tarikh ^^

Sapa kt cni dpt interbiu ppt 28.5 di peng?

saya pn dapat panggilan temuduga dekat jln cenderasari pd 27 mei...

saya pun dapat. temuduga kat kedah . 30/5 nih

ni cth soalan. ada seorang akk tu interview 15/5 kat mana saya tak pasti. tapi dia ni dah kerja pembantu tadbir kewangan.)
1) Latar belakang
2) Tugas yang dilakukan sekarang
3) Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir
4) Jika dapat N27 sanggup ke tidak bertugas di luar kawasan sekarang
5) Dokumen yang diperlukan semasa buat tuntutan.
6) Apa itu tanggung kerja?
7) Apa itu kenaikan pangkat?
8) Kew PA ada berapa jenis...
9) Apa itu Kew PA 7?
10) Kerusi dan meja kategori aset apa?
11) Pekeliling berkaitan perolehan harta kerajaan?
12) Apa itu Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja?
13) Apa yang dimaksudkan dengan perolehan...

semoga semua berjaya.

sy pun dpt..kt kdah 21.5 nii..

sy pun dpt..kt kdah 21.5 nii..

sy dpt kt jln cenderasari 29/5 ni....neves nye lah_sue

saya dah settle 10/6 lepas...kena speaking dari a-z.....panel 2-2 melayu

Saya interbiu 22/5, SPA Sabah.. ada sesiapa yg sama dgn saya..? Huhu!

ape soalan yg die tanye

saya temuduga 18/5....di spa sabah.

Knape ea spa minta fakskan sijil?

sy 21 d spa sabah minta2 dipermudahkan

saya pun dpt, ari selasa nie dh,21/5 kat kota bharu,dekat dgn new pacific hotel pusat tmuduga nye...

aku dapat gak di Aloq Setaq 22/5/2013 ni...huhuhuhuhu

Slm, klu ibu hamil ni peluang cerah x nak dapat? atau soalan senang ke atau ade excused ke. Sbb isteri sy dpt panggilan interview bulan 6 tp kesian sbb tgh mengandung. mohon share- thanx Zul (enhubby@yahoo.com)

Tak sure la bro..kalau dah rezeki Insyallah dapat..

just sharing pengalaman.dun wori, xde bias kot. sy da kj kj gov 4 tahun kt pjya. 1st time dpt intvw,kt jb pulk tu.intvw 4.6 mse tu da sarat 36 minggu. tp sy doa mudahn belum deliver. usaha, doa & tawakal. ade rezeki xkemane.:) cayok2 untuk semua
yg dipngil intvw 49000, yg die nk 67, calon simpnn 1000

saya di spa ipoh..
040613 jam 9 pagi
ada sesiapa di sana
leh kawan2....

Sama la kita....jumpa d sana

Sy pn dpt interview ni 27/5/2013...tpi dimaklumkan oleh pengarah SPA nk pakai ramai dlm 100 orang lebih tpi yang dpt panggilan tmuduga 40 ribu orang...tgk jelah siapa yang bernasib baik...kalau ade rezeki adelah...

me also...at jln cenderasari..31 may..

ade sesape yg dh lepas interview? share2 la..hehe..me at jln cenderasari 31 may..

same date la ngan saya..tempat same..:-)

same tarikh n tempat ngan saya la...nti pegi pagi2

kita jumpa nnt. sy pun 29/5 jam 8.00 pg. mmg sgt takott.

saya pun 10 june jugak, KL.nebesss...xtau nk study ape

sama..jumpa disna..hehe..gudluck semua

sy pn di jb jgk,, kt menera ansar 27/5 ni

saya pown dapat interview jwtn neh 28/5 neh...nmpknya ramai yg dapat..sya ppown tgah pregnant...xmenaruh hrpn yg tinggi...insyaALLAH ada rezeki dapatla

sye pun dapat kt cenderasari 7/6/2013

jena dapat 23.5.13 esok....kat spa Ipoh..nebes gler..
kwn2 bg info, sape yg dh keje mmg byak tnya psl keje, bab2 sumber n kew..hopefully bo la jawab apa yg trmampu..amin

salam..sy dpt kt ktn phg 29/5/13 nie...ade sape2 yg dpt sama dgn sy??he2

sy pun sama 6 jun.. kul9 pg.. nervous..!!

wah2...ramai yg dpt panggilan. saya pon same kt cenderasari 6 jun nie...nebes gak. tp usaha jer laa...ade rezki, alhamdulillah. andai kata bukan rezki saya, teruskan bkeje sbg ptpo n17 ni sampai pencen. takpon sampai dpt post n27 tu dgn syarat kna ulang2 mintak pasni...

papepon..GOOD LUCK to everybody tmasuk myself. teruskan berdoa kpd Allah s.w.t, bykkan bersedekah. mudah2an murah rezki kite sumer. Amin....

sy pon dpt dktn pd 29.5. kul 8.00 pg..awk mmg keje gov n dr mne yee??

Aslmkm..alhamdulillah, Puan isteri, sy mmg tgh search info utk tahu soalan2 yg ape yg mungkin ditanya mse temuduga Penolong Pgawai Tadbir N27 nnt. Taip2 keluar blog nie. sekurg2nye blh kongsi info..hehe. Sy pun same, dpt panggilan temuduga 13/06..hrp dpt lebih byk info lagi sebelum temuduga nanti..:)

sy pun spa ipoh tp pkul 10 pg :)
tp sy akn dt awl..

sy x keje mne2 pun lg...sy kul 11pg...

x kuar pun link yg awk bg???

Salam.. guana interbiu? share sikit soalan bos.. tq

Saya first time interview govt..jwtan ni utk diploma tapi sy ada degree..betul ker..kelulusan degree jgn letak dlm tu..lagi stu ramai yg dh kerja govt dpt betul ker peluang diorg lebih cerah berbanding yang kerja swasta ni?

sm dgn sy dpt kat jb 4/6 ni.. first time p temuduga spa.. xthu nk bc pe.. huhu.. hope smuanye bjln lncar, doakn ye.

sy nk share satu perkara... buatlah persediaan lebey ckit cth baca buku ttg perintah am.. sy mmg kene tanya bab dlm buku tu cthnye brapa cuti kerajaan entitle n ttg bab ingkar perintah.. sy pekerja swasta mmg tk prepare langsung bab cmni.. sedey tk dpt jawab..huhu..

awak, xde pun error ade laa..
cmne ek?

farhana riduan smla, kte pn 4/6 nt kat jb, mnara ansar..
jmp di sana.. =)

salam..sy 6 Jun juga..di putrajaya

as salam... saya pun dapat panggilan tuk interview ni di putrajaya 30mei iaitu besok pukul 8pagi!seram dia tuhan je tawu...xtawu nk baca pasal ape dah...pape pun gud luck semua!!

saya pown spa ipoh 4.6 11pgi.. :)

PUSAT TEMU DUGA SPA KOTA BHARU, KELANTAN
LOT 1211, TINGKAT G & 1 JALAN PENGKALAN CHEPA,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN.
* sebelah dgn pejabat kastam tu..bangunan die kecik jer..berdekatan dgn kedutaan Thailand..harap jmpe tmpt tu nnt..temuduga bila???sy pn kat sana..10/6..10pagi.. :)

good luck n selamat pengantin baru in advance.. :)

mkin byk baca komen2 kat cni mkin xtau nk study ape..huhu..stress2x...nebes2x...

saya esok interview PPT..semoga esok dipermudahkan seglanya..amin..=)

Klu xnk p xpe ker... 4 jun nie... Mmg xprepare n entah lar sbb dh lma x d interview...
:'(

sy dh g interview utk N27 nie.
solan ditnya,
-perkenalkan diri
-sgop x kalo di transfer jauh
- apa anda akn jadi dlm mase 5 tahun akn dtg, dlm kerjaya dan personal life
-apa yg anda fhm tntg integriti
-apa yg anda flm tntg kepimpinan melalui teladan
-ape ciri yg perlu ade bg setiap pekerja
interview secara berpasangan, 2 org utk 1 sesi

kwn sy dh pergi jugak interview nie
lg mencabar solan2nya
bnyk psl isu semasa
cth: general election baru2 nie, tsunami cina, perlembagaan, mcm mane kedudukan bendera2 negeri msia di susun, n etc.
plus, bnykkan stdy tntg ape yg govt implement utk pekerja2 awam.

better pegi, cari pengalaman..

sy bru je interview 3hb jun. sy ade letak kelulusan degree sy, tapi petugas pendaftaran keluarkan. dia ckp x perlu. tapi x slh klu nak bgtau ngan panel penemuduga awk ade degree coz dasar SPA skrg sdh membenarkan pemegang degree untuk memohon jawatan yang lebih rendah. lagipun sy ade tny ngan panel ttg kuota pemohon diploma dan degree untuk jawatan ni. panel tu jwb, peluangnya sama je.

sape interview 11 june di d putrajaya? Jumpe disaneee

semalam dah gi itvw...
anatara soalan yang ditanya...:-
1) apa itu gagasan satu malaysia
2) langkah2 belanjawan...

SAYA PUN DAPAT 13/6 NI DI PUTRAJAYA..SGT BERDEBAR..SAINGAN SGT SENGIT..

Saya iv 4/6/2013 kat cenderasari,KL bilik F. Bilik lain semua lelaki rasanya kecuali bilik sya perempuan..pergh kena kaw2 betul..rasanya bilik sya semua bdk degree sb member sebelah pn duk cite sal dia g exam PTD.Masa masuk pn dia tnya kamu da degree ni napa mintk jawatan nih? Tak mtk jdi PTD ker?
Dah kena explain semua..bla...bla g exam first tak lepas,second x dpt email SPA dan surat smpai lambat...bla...bla suh jdi PTD lagi..urmhh

3 soalan kena tanya dalam BI yang lain BM.

1.Perkenalkan diri (BM)
2.Berkaitan dengan pendidikan semasa di universti belaja apa,apa kamu faham bidang pengajian kamu explain (BI)
3.Tahun akhir wat projek/thesis apa?dimana - sya di Jabatan Tenaga Kerja, tesis Pendatang Asing , apa pendapat kamu,bagaimana cr mengatasi sb mereka ni byk bwk masalah sosial (BI)--->Terslah jwb implement the law and septutnya ckp "enforcement".Panel dah bengang dia ckp Malaysia ini undang2 semua dh bagus,xyah nak ubah apa..dia ckp jawapan kamu tak melambangkan mentaliti seorg graduan universiti..huhu (ingat ayat ni smpai mati)
4.Tugasan PPT,kes study-dia letak sya bawah jabatan kementerian luar negara nak anjurkan bilateral meeting apa nak buat (BM)..terlepas item paling penting..sy cuma jwb tugasan asas dan diplomasi..panel ckp paling penting "PROTOKOL",besday agong kalau nak tahu protokol rujuk bahagian mana?--->tobat tak tahu nih!!!
4.Menteri2 Kabinet,Jabatan ni bwh kementerian apa dan apa? - Kementerian bru merge apa? (BM)---> saya???Air,Tenaga dan sumber Asli ker? dia kata x kan x tahu penting nih berkaitan dgn kamu...kerut2 kening--->Kementerian Pendidikan dan pengajian tinggi dan jadi kementerian pendidikan jek..sorry :(
5.Fail meja dan Manual prosedur kerja...terangkan apa kamu faham (BI)
6.dah nyer boleh ker kerja jdi PPT ni dah sedia,boleh pikul tangjwab,apa perlu ada pada seorg PPT (BI)

habis..senyum ckp terima kasih ambik fail..salam2 ucp terima kasih lagi..keluar hembus nafas kuat2..muka dh lain mcm..aduh susahnya..diorg pn ckp lama giler dekat 30-40 minit..bdk laki ada sowg jek sblom tu dia ckp senang jek kust cite tugasan PPT ngn pengalaman kerja..sya hampeh resume pn cm x tgk jek..penat karang kot Bm sb diorg kata dh govt resume kena Bm x leh BI..

skang berdoa+tawakal+redha..YA ALLAH semoga kau permudahkan urusan ku ini dan berjaya menjadi kakitgn awam sb sy asyik duk kontrak jek keja 6 bln..6 bulan...mohon sgt da rezeki nih..as for that panel "Jawapan tidak melambangkan pemikiran graduan universiti" sy simpan sbgai pemangkin semangat menjdi insan yg lebih matang dan bijak.AMIN

As salam semua...sy dh selesai interview semlm..10/6
solan ditnya,
-perkenalkan diri
-sgop x kalo di transfer jauh
-kelebihan anda berbanding calon lain
-bidang tugas N27
-pengalaman kerja
itu jer,,lain2 xde..santai jer interview tu..hehe
good luck semua.. :)

sy pn da..6.6.kt kl.cnderasari
-perkenalkn dri
-pengalaman kerja
-tgas2 ppt
-sgup x klu dpt di sbh n srwk
-ngundi dmana time pru13
-parlimen ad bpe(yg ne xsure.sy bntai.h0h0.len yg dhafal,s0kln ne yg kuar.ad0i..0rg 2 ciap ckp..ne bru tnye prlimen,blm yg len2..h0h0.sy hnya mpu trsym je)
-suami keje pe

2 jela..yg len blh jwb.prlimen 2 gagap cket.ad0i.ad rzki,adla.xmghrap sgt.cz cl0n rmai.em..pnantian 1 pyeksaan!

saya 14.6 hari tu... heee

saya soklan pertama die tanya... sebutkan 4 digit terakhir kad pengenalan anda.. heeee... last word yang pengintview tnya... all the best...

bile kputusan n27 ni kuar eyh?

keputusan paling awal minggu ni...tapi yg pasti sebelum raya...good luck suma

Keputusan akan di UMUMkan pada 1 Ogos 2013 pada jam 5 petang..HARAP MAKLUM..Maklumat lanjut sila layari laman web SPA

yeaaah...aku dpt gak jawatan ni...syukur...

Salam,result da kuar 6august lalu..jd sy nak tanya,andai kita bjaya,dalam tempoh brapa lama akan terima surat n lapor diri?

alhamdulillah.. sy juga berjaya dn sedang menunggu surat tawaran.. ada x sesiapa yg dah dpt surat tawaran...

boleh x beri saya facebook awk... mana tahu lapor diri sesama nanti...

yg dpt blm terima srt lg ke...simpanan lambt lglah..huhu

masih menanti surat tawaran hehehehe

resume kene dalam bm ke bi ek?

resume sy wat dlm bm.. alhamdulillah sy dpt.. br jer bes kursus last week n posting.. sape calon simpanan tahniah.. anda juga akan dpanggil secara bperingkat. simpanan skang seumur hidup valid..

Sy actually calon simpanan,but till today tak terima apa2 surat from SPA

Sy actually calon simpanan,but till today tak terima apa2 surat from SPA

Reserve candidates,unfortunately till today no letter receive from SPA

Anyone from SPA? need clarification


EmoticonEmoticon