Ahad, 25 November 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 25.11.2012

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati.





Oleh : NOORAIHAS “Siti Sahira!” jerit opah dari dapur. Aku hanya mampu menekupkan bantal ke mukaku. Malasnya nak bangun. Selimut ku tarik menutupi muka. “ Siti Sahira bangun!” kejut opah betul-betul di tepi telingaku. Aik, sejak bila pulak opah masuk nih? Tak dengar bunyi pintu pun? Selimutku opah tarik dengan kejam! Huh, apalah opah ni! [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Isha Idiaz ***** Memetik gitar menyanyi syair yang tulus Persembahan kalbuku Nantikan dikau ditidur lelapku Pujaanku… ***** DAHIKU berkerut-kerut apabila mendengar satu-persatu ayat yang dituturkan oleh Farid. “Siapa?” soalku sebaik sahaja Farid menghabiskan ayat terakhirnya. “Na… nama dia Shekal,” ujar Farid tergagap-gagap. Gugup barangkali dek kerana sergahan aku tadi. Siapa yang tidak tahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : RIA NATSUMI Farid membetulkan cermin matanya. Tali leher dibetulkan supaya lebih kemas. Bersungguh-sungguh dia mengejar gadis yang pantas berjalan itu. ‘Minah ni tak pandai letih ke?’ detik hati Farid. “Nur Syafiqah Alia Rashid!” panggil Farid. Alia berpaling. Akhirnya dia mengeluh. ‘Mamat skema ni lagi.’ Naik jemu Alia melihat wajah itu. “Ada apa mamat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ana Sofiya 1 Kalau aku boleh menyorok, ingin aku sembunyikan diriku daripada Azura yang tak habis-habis mahu mengganggu. Rimas betul aku dengan sikapnya. Tak tahu langsung nak mengaku kalah. Aku kunci pintu, dia cari kunci pendua dan masuk dalam bilik aku ni. Datang tayang muka monyok dia depan aku yang sedang enak baca [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : MIYAZAKI ELISYA “Aku terima nikahnya, Haifa Dania binti Hassan dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Laju saja ungkapan itu diucapkan lelaki tersebut. Setelah mendapat pengesahan daripada saksi- saksi di pihakku, aku kini telah sah menjadi isteri kepada Fitri Asyraf bin Zakaria, seorang doktor pelatih di bawah seliaan ayahku. Dia merupakan anak kepada salah seorang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ardastra BUNYI kicauan burung-burung tidak sedikit pun memberi ketenangan kepada Stella. Baginya bunyi itu begitu mengganggu. Sementelah hatinya kini sedang keresahan kerana semua perancangannya tidak seperti yang dia harapkan. Dia duduk kaku di kerusi batu yang berada di tepi padang itu. “Aduh! Gilalah budak-budak ni. Takkanlah saat akhir baru nak tarik diri. Hari [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : izlita Seekor kuda berwarna putih datang menghampiriku. aku tersenyum melihat jejaka yang duduk elok di atas kuda tersebut. Perlahan-lahan jejaka tersebut turun dari kuda lalu berjalan mendekati tubuhku. Jemariku dielus lembut. Jejaka itu melutut di hadapanku dan menghulurkan bunga ros merah kepadaku. Aku tersenyum senang. Menitis air mataku. Akhirnya! Kisah aku dan si [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : SAFIYA ALMIRA “ Abang dah balik? Sayang rindu dekat abang.” Kaisara mencium lembut tangan suaminya. Imran tersenyum melihat perlakuan isterinya. Begitulah rutin sehariannya. Apabila pulang daripada kerja, isterinya setia menunggunya di pintu rumah untuk menyambut kepulangannya. “ Abang duduk dulu ye.Sayang nak ambil air untuk abang.” Kaisara mengambil briefcase di tangan Imran lalu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Anessa Shahila Aku membuang pandang ke arah jalan raya.Apa agaknya aku nak buat ni? Sejak dipecat daripada kilang membuat biskut tiga bulan yang lepas aku kini telah menyandang gelaran penganggur sepenuh masa.Rutin harianku hanyalah melepak di sekitar KL dan usha-usha kalau ada pakwe hensem lalu hehehe.Bukan aku tidak mencari kerja,aku cari tapi malangnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nursyakirah Adenan Suasana bising menyambut kedatangan Puteri Arquna Asyrah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke perpustakaan. Perasaan hairan bercambah dalam hatinya. Masakan perpustakaan boleh menjadi ribut. Kalau macam ni bukan perpustakaan namanya tapi pasar ikan. “Asyrah!! yang kau tercongok depan pintu ni kenapa. Nak jadi mak guard ke?” jerit Kezina Yuha. “Kau Kezi, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syu Ariani “FARISYA!” Langkah Farisya terhenti semerta. Dia berpaling, mencari arah suara tersebut. Namun tiada satu kelibat pun yang kelihatan. Farisya mengatur langkahnya semula. Sesekali matanya melirik ke jam tangan yang dipakainya. Dua petang! Dia harus pulang dengan segera! Langkah Farisya dipercepatkan. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri tepat di hadapannya, lantas membuatkan Farisya terkejut. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : hunnybunny Salam, cerpen ini merupakan sambungan bagi cerpen bertajuk ‘Aku Bukan Untukmu’, karya HunnyBunny…Maaf jika ada kekurangan dan terima ksih kerana membaca ? Detik, demi detik. Saat, demi saat. Lebih 2628000 minit telah aku lalui tanpanya di sisi. Kalau itu yang terbaik, akan ku korbankan hatiku, biar perit untuk aku terima. Sakitnya hanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : amka_ahsahs Aku duduk menikmati keindahan suasana kampung yang telah sekian lama tidak aku rasakan. Menghirup udara segar, tenang dan nyaman. Ya Allah, bersyukur dengan segala nikmatmu. Kalau duduk dekat bandar mustahil untuk merasakan udara yang segar, tiap-tiap hari dengan udara yang tercemar, biasalah pusat pembangunan. Aku memejamkan mata merasakan tiupan lembut bayu yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E.A Bayangan itu datang lagi, menghantui ceruk jiwaku. Tanganku yang tadinya leka menyemak kertas peperiksaan terhenti. Mataku memerhati kertas peperiksaan tapi tumpuanku hilang. Aku membaca kertas yang berada ditanganku lagi. Kali ini dengan lebih focus. Mataku besarkan sedikit, sekarang lebih besar. Tapi apa gunanya kertas dipandang dengan mata tapi fikiran entah ke mana. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Lavender&Mickey Prraaannngggg!!!! Pecah berderai kristal itu.The one and only hand made kristal burung jinjang yang hanya boleh didapati di kedai emas di Paris.Tuan punya kedai emas itu mengatakan yang kristal burung jinjang itu adalah sepasang.Jika kita beri satu kepada pasangan kita,akan panjang jodohnya.Itu hanyalah sekadar kata-kata semata dan bukanlah sesuatu yang ingin aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Puteri Aisya menghirup lagi ice-blended kappuccino yang baru sahaja dibelinya tadi. Ahh.. enaknya tidak terkata. Itulah minuman kegemarannya sejak azali lagi. Dia leka menyedut airnya sambil langkahnya dicepatkan menuju keretayang tidak jauh dari situ. Bupp!! Badannya seperti dilanggar seseorang. Dia terjatuh terjelepok. Punggungnya bagaikann kebas. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. ‘Siapalah hamba Allah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISQ ADDIANA “AHHH….geram!!!” Beberapa hentakan tangan dilagakan di atas meja. Putih tapak tangannya sudah berpijar kemerahan. Sepatutnya berasa sangat sakit tetapi amarah yang bergelora di dalam dada mengatasi kesakitan itu. Satu keluhan nafas diluahkan kasar. “Sampai bila kau nak mengamuk macam ni, Izz?” Izzara membeliakkan mata memandang Alia yang sudah terkulat-kulat. Renungan mata [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : sheshu “Ika aku nak minta kebenaran kat kau ni. Kau la satu-satunya sahabat yang aku ada. Parents aku nak balik Australia minggu depan. Bapak aku ada running business kat sana. 2 3 bulan juga la. Aku tak nak ikut la wei. Aku rimas la dengan nenek aku yang fussy tu. Lagipun kan kita [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Orkid Putih “Hello sis! Lajunya jalan. Nak ke mana tu em?” Aish! Kacau betullah mamat ni. “Hello bro! Assalamualaikum wbt.” Mikail tersenyum sumbing. Ha kan dah kena. Padanla dengan muka kau Mikail. Bisik hati Mikail sementara itu Marissa terus melangkah laju meninggalkan Mikail. “Waalaikummussalam wbt. Hehehehe… Sis janganlah laju sangat. Kau nak lunch [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Green Tea Untuk pertama kalinya, keindahan pantai pada petang itu tidak berjaya menarik minatku untuk menikmatinya. Aku keliru. Kaki kananku menguis nguis pasir halus yang melekat dikaki kiri. Tidak terasa aku berada disitu. Mindaku terbang bersama camar, bebas terbang entah kemana. Hari ini genap setahun setelah peristiwa itu berlalu. Dan lelaki yang berada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Naufal Tarmizi Kayu Sugi. Jam tangan casio. Tasbih kayu kokka. Plushhh! Bunyi percikan air kolah. Alias, 26 tahun, gempal dan seorang imam di surau ini. Surau al-Islah, tempat persinggahan musafir dunia. Hijau, warna cat yang menghiasi dinding surau, binaan bata hasil sumbangan penduduk setempat. Usai Alias ambil wudhu’, dicapai segera kelengkapan yang diletakkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : nurwateeqa Langkah di atur kemas namun perlahan menuruni anak tangga Masjid. Dilabuhkan duduknya ke anak tangga. Stokin di dalam kasut dicapai untuk dipakai, namun pandangannya entah hanyut ke mana. Suara tangisan itu sekali lagi mengganggu fikirannya. Bukan sekali, namun hari ini sudah masuk kali ke empat suara tangisan itu singgah ke telinganya sejak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dya Ezlia “Akira!!!” laungan Puan Azizah memecah keheningan pagi. Aku yang sedang nyenyak tidur serta merta jatuh dari katil. “Aduh, sakitnya punggung aku! Mama ni pun pagi-pagi dah memetir. Tak memasal je aku terjatuh daripada katil ni,” aku merungut. “Dzatul Akira Binti Sharifudin, bangun cepat! Dah lupa ke hari ini kamu ada temuduga?” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cahaya Kesabaran “Diana! Cepat bangun! Sekolah sayang” kata Encik Fazli sambil menggoyangkan tubuh anaknya dengan agak kasar. Bukannya dia ingin mendera,tapi anak bongsunya itu kalau sudah tidur,bom meletup sebelah pun dia tak akan bangun. Melihat Diana tidak memberikan riaksi,dia keluar dari bilik anaknya tapi tidak sampai seminit selepas itu,dia kembali dengan tangan yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : DNae Pulang dari tempat kerja, Misha singgah di warung Mak Siti. Kelihatan Mak Siti sudah tersenyum melihat kedatangannya. Hanya ada beberapa orang pelanggan Mak Siti petang itu. “Mak Siti.. Macam mana jualan kuih hari ini?” soal Misha sebaik saja dia tiba di warung Mak Siti. Setiap pagi dia menghantar kuih ke warung Mak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : SHILA ALISH BAB 31 Datin Raja Fatimah merasa amat pelik hari ini kerana seharian dia tidak nampak kelibat Zureen. Bermula dari waktu sarapan pagi lagi, gadis itu langsung tidak kelihatan tetapi Datin Raja Fatimah membiarkan sahaja kerana menyangkakan Zureen mungkin masih penat akibat mengikutnya balik ke kampung semalam. Bila ditanya dengan Syed Redza, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : LC Bab 63 Ketika sampai di rumah aku terkejut melihat kereta suamiku sudah terdampar di halaman rumah. Kakak tersenyum-senyum memandangku. Aku membuka pagar yang menghubungkan rumahku dan rumah kakak. “Awak cik abang awak tu balik..” usik kakak dengan senyuman nakal. Kakak tergelak melihat cebikanku. “Okeylah kak… alang masuk dulu. Assalammualaikum..” ucapku. “Waalaikumsalam..” Aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon