Isnin, 5 November 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 05.11.2012

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati





Oleh : maddi jane BAB 1 Hidup kalau dibayangkan memang indah, maka indahlah ia. Tapi realitinya ia tidak seindah apa yang dibayangkan. Apa yang kita impikan selama ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Itu adalah kenyataan. Bukan rekaan semata-mata. Harap maklum. Hmm. Sebelum aku mulakan kisah aku yang penuh dengan bibit-bibit manisnya hidup, aku nak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : mya aryssa BAB 1 “Aku takkan sentuh kau. Lepas ni, aku akan akhiri semua ni.” Lelaki yang masih lengkap berbaju melayu ungu terang itu berkata-kata. Wan Madina Aisya diam tanpa sebarang riak. Kain net yang menghiasi kepalanya cuba ditanggalkan. Tapi gagal. Kepalanya diteleng ke kanan dan ke kiri. Manakala kedua belah tangannya merayap-rayap [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Rhaim BAB 1 Kelihatan sebuah rumah usang. Rumah itu sunyi dan kelihatan seperti sudah lama terbiar. Di halaman rumah, terdapat semak-samun. Barangkali rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Di dalam ruang tamu rumah tersebut, seorang gadis diikat pada kerusi di sebuah ruang tamu. Ruang tamu itu kelihatan kosong. Yang kelihatan hanyalah gadis itu, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Yumika Prolog DANISYA mencelikkan mata secara tiba-tiba. Peluh dingin terasa merenik di sekitar dahi dan lehernya. Keadaan sekeliling yang gelap-gelita benar-benar menakutkan dirinya. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya dihalakan ke arah Rusdi yang duduk agak jauh daripadanya. Tangan dan kaki abangnya itu terikat, sama seperti keadaan dirinya kini. “Abang…” panggil Danisya perlahan. Rusdi menoleh ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Lyka Akisya Bab 1 Qistina Emira mengerling ke arah jam dinding yang terletak di dalam pejabatnya sudah menunjukkan tepat jam 5 petang . Dia mengemas barangnya di meja dan juga membawa begnya lalu melangkah keluar dari pejabat . Setelah itu , dia menekan butang lif untuk menggunakan lif . Kelihatan Fakri berada di [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : lunalina 1 Adriana leka menikmati hidangannya iaitu nasi ayam penyet dan milo ais. Yum! Yum! Hatinya berlagu riang. Seseorang duduk di hadapannya. Dia melihat orang tersebut lalu menjelingnya. “Kau lagi? Apa yang kau nak?” “Ada gossip tentang Fareez.” Terbeliak mata Adriana. Hish! Dahlah mata bulat, dibulatkan lagi macam patung mukanya. Harraz menganggukkan kepalanya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Sirrun Abdullah 1 ‘Bodoh betul mamat ni’ bentak hati Zahra Zulaikha. Hatinya masih sakit dengan sikap abangnya yang pandai masak tapi tak pandai nak kemas tu.Kalau Zahra berkeras tidak mahu mengemasnya, pasti dia diluku kepala.Abangnya ni memang sukar difahami. Adakalanya berbaik-baik dan adakalanya berkasar.Mana satu perwatakan abangnya yang sebenar dia pun tak tahu. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : eniey suryani Bab 1 Nur Nadrisa merapikan penampilannya. T-shirt lengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan seluar jean longgar yang turut bewarna hitam. Cuma tudungnya sahaja bewarna purple. Spek mata hitam yang bersaiz agak besar dipakai dan terletak elok diatas hidungnya yang tak berapa nak mancung. Ahh, janji ada hidung. Ciptaan Allah sudah cukup [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Lya Zara Bab 1 “OPS! Sorry!” Hasif mengangkat tapak tangannya ke arah pemuda India yang baru sahaja ditolaknya sebentar tadi. Anggukan dari pemuda itu membuatkan Hasif mengukir segaris senyuman. Rakyat Malaysia memang bertimbang-rasa dan berbudi-pekerti. Pastinya pemuda itu memahami keadaannya ketika ini yang sedang berkejaran masa. Hasif pantas menyelitkan tubuhnya di saat pintu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FAJILAH AZIZ BAB 1 Danial tidak dapat melelapkan matanya. Sudah berkali-kali air kopi dihirupnya. Dia rasa sesuatu sedang berlaku dalam dirinya. Jiwanya tiba-tiba sahaja menjadi kacau dan dia sendiri pun tidak tahu mengapa itu perasan itu hadir dalam dirinya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya dan ia sudah menunjukkan tepat pukul tiga pagi. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : RAFINA MIMI ABDULLAH BAB 1 “EXCUSE me. Orang tak berdiri tengah-tengah jalan macam ni. Kami nak lalu pun susah. Tolong ke tepi sikit.” Tegur seorang waiter. Aku bergerak sedikit ke tepi. Bengang apabila ditegur begitu. Pelanggan lain yang sedang berada berhampiran, mula menjeling pelik. “Eleh, baru je kerja waiter kat restoran biasa, dah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Lela Vanila [part 1] “Risya mak panggil kau!” Wirdani Farisya yang sedang leka menulis sesuatu dibuku cacatannya menoleh ke pintu biliknya selepas dipanggil kakak sulungnya, Arisa yang sedang berdiri dimuka pintu. “ibu nak apa kak?” “manalah aku tahu, pergilah tanya ibu sendiri” Arisa keluar dari bilik Farisya. Malas dia nak tunggu lama disitu, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh :asyura syuhaidah BAB 1 “Woi, perempuan!”teriak Airil lantang. Habis seluruh manusia yang ada di kedai makan itu menoleh ke arahnya. Badannya yang sudah basah dijirus air tidak dipedulikan lagi. Yang pasti amarahnya terhadap ‘waiter’ perempuan itu harus dihamburkan, dah la moodnya sememang tengah tak elok ni. Pelayan perempuan itu kelihatan amat terkejut dengan peristiwa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aya Sofea Perkahwinan yang berlaku bukan diatas keinginanku mampukah akan bertahan. Mampukah aku untuk mengubah hatiku dan menerima jodohku bukan dengan kekasih hatiku yang kini telah terbang jauh ke negara orang semata mata tidak mahu aku menjadi anak yang derhaka. Peristiwa yang berlaku sebulan yang lepas masih utuh di benak fikiranku. Kini aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aifaa Menginjak umur 23 tahun ini mengajar aku tentang kehidupan sebenar. Kehidupan yang sementara diatas muka bumi ini. Disebalik tingkap bilik kolej ku ini aku jauh termenung memikirkan betapa masa begitu pantas berlalu dan tidak dapat dikejar balik. Aku mengimbau kembali kisah zaman kanak-kanak ku dan zaman alam persekolahan dulu. Banyak memberi aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : SH Nana Bab 1 Tom Cruise memeluk pinggang Rasha Maria dengan lebih erat. Daripada tangan lelaki itu memegang bahu, kini beralih ke pinggangnya pula. Mesra dan kemas. Rasha Maria terkesima namun dia tersenyum di sebalik topi keledarnya. Bahagia menyelubungi ruang hatinya saat diperlakukan begitu oleh kekasih hati. Sekejap, dia memandang tangan lelaki itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Princess EagLe .1. NAFAS DIHELA PERLAHAN.Pandangan ditebar ke tengah laut lepas yang membiru. Bayu damai yang menyapa kulit sedikit sebanyak mententeramkan jiwa yang tengah kacau. Carrera Champion yang tersangkut di batang hidung dibetulkan letak duduknya. Fikiran berpusing mengingat semula berita yang hampir buat dia meletup tiga hari lepas. “Tok Wan Mat punya permintaan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Alam RYANA memandang kosong telefon bimbitnya yang berkelip-kelip minta diangkat apabila panggilan masuk. Lalu, otaknya segera mengarahkan supaya dia menjawab panggilan itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Punat hijau ditekan lalu Nokia C7 dilekapkan ke telinga. “Yes, dear. I datang sekuat ribut, sekencang angin.” “I promise. Memang dah dekat sangat-sangat ni. On the way.” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Double U PROLOG “LIESHA tendang dia punya …,” Hamizi memberi arahan kepada Aliesha yang sedang berhadapan dengan Fauzan. Jika dibandingkan tubuh Fauzan dengan Aliesha, memang tiada daya Aliesha untuk menentangnya kecuali jika gadis genit itu bijak mengatur serangan. Hamizi dan Ikhwan tidak dapat membantu. Pegangan dua orang pelajar sekolah menengah itu terlalu kuat. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Oleh : UMMU UMAIRA’ BAB 1 Suasana malam yang dingin membuatkan badan yang penat lelah bekerja seharian dapat direhatkan dengan sebaiknya, minda dikosongkan dari macam masalah yang menghantui sepanjang hari. Sungguh malam penuh dengan kedamaian. Tiadalah Allah mencipta malam tanpa kebaikannya untuk manusia dan makhluk seisi alam. Dalam surah Al-Qashash ayat 73 yang berbunyi, “dan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Noor Azihan Sulaiman BAB 1 Matahari pagi masih bersembunyi di balik bukit sewaktu aku melangkahkan kaki keluar dari rumah . Hanya sedikit sinar cerahnya yang terpancar menjalur di celah dedaunan rimbun lalu memanah ke bumi. Masih malu-malu untuk menguak selimut pagi. Gerimis tipis waktu pagi seakan telah sebati dengan diriku sejak dua tiga [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : aishah salehudin Bab 1 “My heart’s a stero It beats for you, so listen close Hear my thoughts in every no-o-o-te Make me your radio And turn me up when you feel low This melody was meant for you Just sing along to my stereo Gym Class Heroes baby!” Bait-bait lagu dari Gym [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : MONALITA MANSOR “ZAW…! Tempikan kali kedua yang mengegar seluruh maya membangunkan Zaweeya keseluruhannya. Tiada terpisat-pisat. Tiada terpinga-pinga. Bangun dan duduk di atas katil. Dalam kiraan tiga, mama yang disayanginya itu muncul di muka pintu. Wajahnya manis biarpun sebentar tadi tempikan naga dari susur galur naga Tasik Bera menggegar seluruh isi rumah dua tingkat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Inaaya S.R. Bab 1 Kini aku kembali ke Malaysia selepas hampir lima tahun membawa diri ke UK sambil menyambung pengajianku. Jika dulu aku sendirian ke sana, namun kepulangan kali ini berdua. Ya, berdua dengan anak gadis, Atiya Zahra yang kini berusia hampir empat tahun. Sudah lama tidak menjejak kaki bumi Malaysia. Dan sudah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Amanie Namaku Syarifah hanissa binti Syed Hisyamuddin Al hadi, biasa nya orang panggil ku Hani.. Aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga Dr Hisyamuddin nie.. Ermm.. Aku juga mempunyai seorang abang yang sangat perihatin.. Im glad to have you Syed Harith al hadi.. The last but not lease is Ibu, the gorgeous women [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon