Khamis, 1 November 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 01.11.2012

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati





Oleh : SHILA ALISH BAB 25 Malam itu, Zureen diminta untuk makan malam bersama-sama dengan semua penghuni banglo mewah itu. Seperti untuk meraikan sesuatu tetapi Zureen tidak pasti untuk apa. Apataknya, cukup banyak makanan yang dihidangkan. Dato’ Syed Munawar meminta semua yang berada di banglo mewah itu termasuk pembantu-pembantu rumah dan juga Pak Din, pemandu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-la Adiey Dato’ Sharif mengurut-urut dahi. Kaca matanya dilurutkan. Villa Sharif sunyi-sepi. Tiada siapa berani berkutik. Rudy yang berdiri di satu tiang hanya mampu berpeluk tubuh. Dia tidak berani masuk campur urusan peribadi keluarga itu biarpun dia sepupu Farish. Farish duduk di sofa dan hanya tunduk memandang lantai manakala Datin Aliah hanya mampu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FifiNurina BAB 17 Bak kata orang, jika sudah ditentukan takdirnya, siapalah kita untuk mengubahnya. Begitulah putaran hidup manusia, kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Begitu juga dengan kisahnya dan lelaki yang bernama Syahmi itu. Nurin masih termenung di jendela rumah sewa yang disewa bersama dua lagi rakan sekuliahnya dulu sewaktu menuntut di [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISME_ANA Bab 17 “KAU tengok apa, Mai?” tanya Ibtisam. Matanya juga cuba mencari sasaran pandangan temannya itu. Maisarah tidak menjawab. Maisarah hanya mampu terdiam apabila melihat satu susuk tubuh yang sedang menyilang tangan ke dada sambil menyandar di salah sebuah dinding bangunan kedai di situ. Susuk tubuh itu nyatalah amat dikenali. “Owh, aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : eila iraiena EPISODE 17 Andrea terjaga dari tidurnya bila kedengaran bunyi ranting pokok menyapa tingkap kaca, dia bergerak kearah tingkap, menarik langsir menutupinya. Agak menyeramkan bila bayang-bayang ranting itu kelihatan seperti tangan seekor raksaksa yang cuba untuk menangkapnya. Andrea kembali berbaring diatas katil, tidak jadi melelapkan matanya. Angin kuat diluar menyebabkan bunyi geseran [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Eyla / Eyla Hime BAB 16 WAJAH Nazratul masam. Dia merenung Afham yang sedang berdiri di muka pintu pejabatnya dengan pandangan yang sinis. Afham kelihatan tenang, meskipun sedar kehadirannya tidak disenangi Nazratul. Dia tidak ada pilihan lain. Untuk menambat semula hati Nazratul, dia harus mencipta peluang yang akan membuatkan dia dapat berjumpa dengan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ezny Dyana BAB 16 “Hurmm, aku rasa kita kena bincang balik pasal kita” kata Dania sambil memandang kearah Faris . “Pasal tadi ke? Aku bergurau je tadi. Jangan la sebab tadi, kau nak minta cerai dengan aku” Faris bercanda sambil tersenyum comel, sedaya upaya untuk menutup gugup dihati. “Bergurau?” muka Dania serta merta [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Jenny Andrew Bab 16 H ari ini Hiego kecewa lagi. Tiada warkah diutus buatnya. Rasanya sudah tiga kali dia mengutus surat buat Julan dalam bulan ini. Tetapi tidak mendapat balasan dari gadis itu. Pelbagai persoalan mula menerjah dalam benaknya. Hiego yang baru habis mandi memeriksa telefon bimbitnya. Ada panggilan dari ibunya ketika dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : rehan nasnan 16 SETIBANYA mereka di rumah Suhaimi, Alya terus membawa Azfahea masuk ke dalam rumah manakala Suhaimi dan Harith terus ke tempat kerja dengan menaiki kereta Harith. “Baby mana, kak?” tanya Azfahea. kepada Alya yang sedang menyidai kain di ampaian. “Ada kat atas. Tengah tidur,” jawab Alya sambil memerah kain batik miliknya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 16 Wajah lelaki tua yang sedang berbual dengan Wafi dan Pak Aziz itu ditenung lama. Wajah lelaki itu nampak tenang. Setiap garis halus kedutan seolah-olah menyembunyikan rahsia. Meskipun gelaran papa yang disebut, dia belum benar-benar memahami isi hati Ridzuan. Entah mengapa hatinya seperti sayu mahu berpisah dengan Ridzuan, sedangkan dahulu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Maryam Qalyysa Bab 15 Lagi tiga hari, aku bakal bergelar tunangan kepada Ustaz Man. Jodoh aturan keluarga sebenarnya walaupun aku merelakan tanpa sedar. Tetapi hatiku masih lagi belum tenang. Belum lagi lapang. Seolah-olah masih ada yang belum sempurna. Dalam kesamaran hala hidup, aku tidak terus teraba-raba. Lewat sepertiga malam, aku masih sujud menagih [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syah Shah Bab 14 “Nah, ghaso. Ok tak ghaso dio?” aku hulurkan sudu berisi kuah kari kat mama. Mama hirup, lepas tu lama sikit baru dia telan. “Cukup dah ghaso dio ni. Asam, garam, manis, masin, sumo eh elok dah. Luluih lah ni kigho eh.” Lulus? Cheh, bukan aku tengah ambil ujian masak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mahira Ridzuan BAB 14 “KENAPA lama sangat?” Soal Wafa hairan. “Perut memulas.” Aku tersengih memberi alasan. “Sorry…” Rayunya. Amzir merenungku. “Dah okay ke ni?” Aku mengangguk senyum. Muka maintain ayu. Mesti dia pelik. Tadi elok je aku bertekak dengan Faruq. Sesekali mataku melilau. Tak nampak Faruq. Fuh! Mujur aku yang sampai dulu. “Korang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Reeani Annur BAB 13 HUSNA memanjangkan lehernya ke atas jalan raya mencari kelibat teksi. Sejak dia sampai di perhentian teksi itu kira-kira sepuluh minit yang lalu tidak ada sebuah teksi pun yang melintas. Akhirnya setelah penat berdiri, Husna kembali duduk di atas bangku. Sesekali, kucing yang berada di dalam bakul tertutup berwarna merah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : emirlya izumi Bab 12 Sudah beberapa hari aku pulang ke kampung halaman. Zarra pun ikut sekali, biasalah. Lepas dapat izin dari papanya iaitu Tan Sri Lukman dan mama dia mama Liyana dia dapat ikut aku. Dia banyak berbual dengan mak aku, aku pulak hanya berdiam diri je. Yelah kan akukan lain dari lain. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Virtual Writer Chapter 12 – Neighbours DJ Chocolate menutup mikrofon sebelum menguap luas. Dia menggosok-gosok matanya menandakan dia sudah tidak dapat menahan rasa kantuknya itu. Kalau diberi bantal sekarang, pasti dia akan tidur. Sememangnya rutin hariannya memang agak berlainan, berjaga pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Ini kerana dia perlu bekerja [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : HAS_1309 Bab 11 Aku tiba ditempat yang dijanjikan lebih awal setengah jam. Sengaja tidak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalulintas. Sebenarnya aku ingin lihat siapa lelaki itu sebelum dia datang pada waktu yang ditetapkan. Saat mataku melilau mencari siapakah gerangan lelaki itu, aku terpandang kelihat Fareez dihadapan restoran itu. Jangan-jangan lelaki itu Fareez kot, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ms lonely 11 Rya memandang Ila yang sedang gelisah mengalahkan cacing kepanasan. Mata Ila tak lepas dari memandang setiap penggunjung-penggujung Restoran Nasi Kandar Zubaidah yang sedang masuk ke dalam restoran itu. Rya menggaru-garu kepalanya. Pelik benar dengan sikap kawannya yang teramat ganjil hari ini. Kalau mengikut dari jadual kebiasaan rutin harian Ila, masuk [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nurulsham Saidin Bab 11 Jam tiga pagi. Bunyi lantai berkeriut dipijak. Anak muda yang memang telah terlatih tidur-tidur ayam itu serta merta terjaga. Matanya pantas meneliti lantai, mencari arah datangnya bunyi itu. Dalam samar-samar cahaya, pandangannya lekat pada kelibat tua Haji Salleh melangkah agak kalut, tidak setenang selalunya. Orang tua itu menolak daun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : DNae BAB 15 Beberapa hari ini Isabella berasa sakit hati terhadap Humaira. Mana tidaknya bukan sekali dia terserempak Tengku Elman dengan Humaira. Tapi sudah beberapa kali. Di tambahkan lagi gossip yang di dengarnya dari pekerjanya. Tengku Elman dengan Humaira macam rapat. Ini tak boleh jadi. Dia cemburu! Mana pernah selama ini Tengku Elman [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mia Myra 10 AINUR Batrisya sudah pun berada di pekarangan kediaman mewah Vila Rose sewaktu telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu dengan agak tergesa-gesa. Yang sebenarnya dia memang hendak cepat kerana telah terlewat hampir setengah jam. Kelam-kabutlah jadinya. Bimbang juga jika Daniel menunggu terlalu lama. Walaupun sepanjang dia menjadi tutor pada anak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Jill Naura 10 Fikhri meletakkan songkok sempit yang dipakainya tadi di atas meja. Kepalanya digaru-garu tanpa sebab. Lalu, dia memanjangkan leher dari tempat duduknya. Mama dan abahnya masih lagi sedang berbual dengan Tan Sri Rosman dan isterinya. Dari meja makan mereka bersembang, sampai berdiri di depan pintu dewan pun, perbualan mereka belum berakhir. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Miqael Arshad BAB 10 “Dengar sini baik-baik bhai! Kalau lu tak boleh buat kerja, lebih baik gua pancung je kepala lu.” Leher lelaki ketiga dicekik. Hampir lemas dibuatnya. “Kepala gua dah lama kena pancung bro.” “Lu jangan nak main samak dengan gua!” “Bro.. relaks bro…” lelaki kedua menghalang Mael Lambung dari terus melanyak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ROSE ALEYNA Sepuluh MASA begitu pantas berlalu tanpa menunggu sesiapa pun. Kerana masa yang berlalu dengan pantasnya itu, kita seringkali melupakan waktu. Padahal, waktu-waktu yang berlalu itu amatlah berharga dan waktu-waktu itu tidak akan sesekali berulang dan kembali kepada kita! Pejam celik, pejam celik, sudah dua minggu Hana menjadi isteri kepada Fazrul. Sejak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syafiqah Rosli BAB 10 Meniti kehidupan selama sebulan bersama Aris langsung tidak mengubah hidup Alisa.Mereka tetap seperti ‘machine gun’ yang tidak akan pernah habis pelurunya. Namun, Aris dan Alisa kini sudah boleh berbual sehingga salah seorang mengeluarkan senjata masing-masing. Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, Alisa terus membersihkan diri dan menunaikan solat Asar.Aktiviti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ainul Yaqin BAB 10 “I have surprise for you, Aisyah. Boleh datang ke Tesco tak? Just 15 minutes dari office Aisyah kan? Abang tunggu.” Serabut kepala Aisyah menatap mesej pesanan ringkas(SMS) yang baru menerjah masuk ke telefon bimbitnya. Sudahlah Fakrul langsung tidak dapat dihubungi, sekarang Samsudin pula mengada-ngada mahukan perhatian. Seandainya Samsudin berniat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ely Haryani Bab 10 Yusman berkeliling ke merata kilang mencari Asmidar. Tetapi tidak kelihatan kelibat nya di mana-mana. Sambil berkeliling itu dia mengambil kesempatan untuk memberikan arahan kepada penyelia yang berkenaan supaya memindahkan beberapa orang pekerja mahir untuk menguatkan dua production line yang bermasalah itu mulai esok. Setelah itu dia balik ke pejabatnya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon