Khamis, 20 September 2012

Tun M : Perubahan Kerajaan akan musnahkan kerajaan

Tags

Hebat tajuk kat atas Perubahan kerajaan akan musnahkan negara, cam mana Tun M boleh fikir cam tu?Bagi la dulu Pakatan Rakyat memerintah 1 penggal pun kira ok dah. Tun M tak tengok ke kerajaan selangor, pulau pinang dan kedah cam mana?rasanya lagi maju dari zaman BN memerintah. Apa-apa pun kita layan je la lagi pun Tun M kan dah keluar BN, sembang kemah pun tak guna juga..Kikikiki


Post Pic
KUALA LUMPUR: Tiada jaminan negara akan menjadi lebih baik daripada masa kini sekiranya Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, dengan dasar Pakatan yang tidak muktamad terutamanya dalam memperjuangkan hak rakyat di negara ini akan memberikan kesan yang buruk kepada negara.

“Sekarang mereka mahu menuju ke Putrajaya, apa yang akan terjadi kepada Putrajaya? Apa akan terjadi kepada negara? Adakah anda yakin ini akan menjadi lebih baik sekiranya mereka ini mentadbir negara atau ia akan menjadi lebih teruk berbanding pemerintahan sebelumnya,” kata Mahathir ketika membincangkan topik ‘What Can Malaysians Expect, Post GE-13?' dalam satu majlis Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2012 di sini semalam.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan rasa yakin hanya dengan Barisan Nasional (BN) dapat membela nasib rakyat berbanding Pakatan.

“Memang saya berat sebelah, walaupun saya sudah lepaskan jawatan dalam parti, saya masih memberi sokongan kepada BN,” katanya.

Beliau selain itu berkata, pemimpin pembangkang boleh menjadi Perdana Menteri, namun keyakinan rakyat terhadap penyampaian kerajaan pembangkang mungkin sukar mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam mengurus tadbir negara.

“Ya mereka boleh jadi Perdana Menteri, tetapi sama ada mereka berjaya menyampaikan sesuatu maklumat kepada rakyat, itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh rakyat jangkakan,” katanya.

Kata Mahathir ini ekoran pembangkang sentiasa menabur janji tetapi belum tentu janji tersebut dapat memberi kesejahteraan kepada semua rakyat di negara ini.

“Perubahan pemimpin dalam negara akan merubah cara penyampaian kerajaan, kadang-kala memang ia akan memusnahkan negara, politik dan ekonomi. Untuk perkara ini, kita semua akan menanggung bebannya,” katanya.

Mahathir selain itu berkata nama Pakatan Rakyat yang dipilih oleh pembangkang itu turut membawa konotasi yang buruk daripada peringkat awal lagi.

“Apa akan terjadi sekiranya berlaku perubahan selepas PRU13? Apakah bentuk perubahan yang akan terjadi? Adalah menjadi kefahaman, perkataan Pakatan ‘pakatan’ mempunyai konotasi buruk kepada, bahawa ia digunakan untuk menunjukkan suatu perkongsian yang tidak baik.

"Oleh itu, ia akan menjadi bijak bagi rakyat untuk memilih mereka, jika Pakatan menang, tiada dasar muktamad malah mungkin perkara pertama adalah untuk mengepung pejabat perdana menteri,” katanya.

Beliau selain itu yakin BN akan terus mentadbir Putrajaya tetapi hanya dengan majoriti kecil.

“Hari ini sebuah kerajaan yang mempunyai melebihi 30 kerusi yang akan dianggap lemah tambahan jika terdapat lebih  daripada 16 Ahli Parlimen yang melompat, kerajaan BN akan lumpuh” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir turut sempat menyifatkan pergaduhan antara PAS dan DAP mengenai hudud akan berterusan dipolitikkan oleh kedua-dua parti tersebut.

Katanya pendirian PAS yang tidak muktamat bersabit hukum hudud itu turut mengesahkan parti itu belum cukup bersedia untuk melaksanakan hudud di negara ini.

“Jika dia (PAS) hendak laksanakan hudud, dia harus lakukan secara adil dan saksama kepada semua, tetapi mereka (PAS) kata tidak...tidak..tidak...hudud hanya akan dilaksanakan kepada mereka yang beragama Islam, dan mereka yang bukan Islam dikecualikan.

“Jadi kamu akan lihat tiada orang yang bukan Islam akan dipotong tangannya. Jadi tangan seorang Muslim yang dipotong kerana mencuri manakala bukan Islam melakukan jenayah yang sama mendapat dua bulan penjara? adilkah ini,” katanya yang mengambil pendirian bahawa undang-undang perlu adil kepada semua pihak.

Sementara itu, Mahathir menggesa rakyat memilih kerajaan yang boleh mendatangkan manfaat bersama sekiranya mahu memastikan hasil ekonomi dapat dinikmati bersama.

Dengan mengambil contoh China sebagai negara maju, Mahathir menegaskan rakyat Malaysia perlu melihat pertumbuhan ekonomi negara tersebut yang dipacu dengan baik oleh rakyatnya.

“Kita perlu ada kerajaan yang bagus, jadi rakyat ada perlu pilih kerajaan yang datangkan faedah.

 “Saya selalu lihat negara China,  China adalah sebuah negara yang menjadi rujukan kepada banyak negara terutamanya dalam penghasilan produk keluaran kilang-kilang di sana,” ujar belliau.

Mahathir dalam pada itu memuji China sebagai sebuah negara yang berjaya meningkatkan produktiviti ekonominya ke seluruh negara apabila berjaya mengimplimentasikan programnya dengan berkesan sehingga menciptakan ekonomi yang maju.

Katanya, pertumbuhan ekonomi China dilihat maju ekoran negara itu sentiasa mengkaji dan mengikut  kehendak serta keperluan pengguna di seluruh negara.

Justeru tidak menghairankan apabila China berjaya mencapai sasaran 1 juta pengunjung dalam masa yang singkat ke negara itu setiap tahun, jelas beliau lagi.

Untuk rekod, sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran diperkenalkan pada tahun 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia.

Malah pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Penginudustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53% pada tahun 1981 kepada 8% pada tahun 2001.

Malah China ialah sebuah negara yang mempunyai kuasa utama, merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia secara nominal dan kedua terbesar mengikut kuasa beli.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon