Khamis, 20 September 2012

Tan Sri Abdul Taib Mahmud, AS$21 bilion : Sarawak memang kaya

Tags

AS$21 bilion empayar  Tan Sri Abdul Taib Mahmud  , Tajuk pun dah megambarkan jumlah kekayaan sarawak yang dibanggakan oleh PM Malaysia.kalau dapat bagi kat sarawak rasanya tak perlu tunggu 2015 untuk menjadikan 95% kemudahan yang lengkap untuk rakyat sarawak yang dijanjikan oleh PM kita. Tentu-tentu 110% dapat ditunaikan. Siapa sokong?



Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Sumber : Malaysiakini

Artikel Terkait

2 comments

kaya tok menteri tu kalah robert kuok..hahaha..kesian rakyat sarawak..

rakyat sarawak kena bangga la dengan kekayaan ketua menteri mereka.PM banyak kali puji dan cakap sarawak nie kaya, mang terbukti la sarawak nie teramat kaya..


EmoticonEmoticon