Rabu, 26 September 2012

Permohonan Bagi Mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah

Permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-Qaf Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambil Tahun 2013 telah dibuka sekarang..Sila memohon melalui link yang disediakan dibawah...

Mohon Disini



Maklumat Penuh Permohonan

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Pengurusan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)
 AMBILAN TAHUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
1.KETERANGAN PROGRAM
Nama Program:Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan:Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian:18 BULAN
2.SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
2.1Warganegara Malaysia.
2.2Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3
Berumur   tidak  melebihi  35  tahun  pada     1  Januari 2013  iaitu   lahir   pada     atau     selepas   1 Januari 1978.
2.4
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau  Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yangsetaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA) atau  Institusi  Pengajian  Tinggi  Swasta  (IPTS)   tempatan atau  luar  negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5
Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisanatau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
3.KEUTAMAAN
3.1Calon yang memiliki  Ijazah  Sarjana  Muda  dengan  PNGK  2.75  ke atas.
3.2Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
3.3Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
3.4Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara
4.CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3Calon yang diisytihar bankrap.
4.4Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.6Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
5.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
5.1Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i)Bahasa Arab
(ii)Pendidikan Islam
(iii)Pendidikan Khas j-QAF
6.CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang  Kementerian  Pelajaran  Malaysia di alamat :  http://www.moe.gov.my  mulai 26 September 2012 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi.
6.1
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7.TARIKH TUTUP PERMOHONAN  : 3 OKTOBER 2012 (RABU),  JAM : 11.59 MALAM
8.Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon :             088-236804      
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon :             082-258045     




Mohon Disini 
Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Artikel Terkait

3 comments

Wow, this piece of writing is fastidious,
my sister is analyzing these kinds of things, therefore I am going to convey her.


my web page; women's stuhrling watches

It's an awesome post in favor of all the internet users; they will take benefit from it I am sure.

Feel free to visit my webpage; seo firm india

Hey very interesting blog!

Also visit my weblog :: akribos xxiv watches for women


EmoticonEmoticon