Sabtu, 1 September 2012

Manusia Terpantas Dunia

Tags



Bolt gemar makan nugget ayam, Mo Farah suka pasta

Sehari sebelum upacara penutup Sukan Olimpik 2012 di London, atlet Jamaica, Usain Bolt dan atlet Britain, Mo Farah berkongsi podium untuk dinobatkan sebagai pelari terhebat dunia.
Dalam temasya tersebut, Bolt memenangi pingat emas acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter. Dia dan rakansepasukan juga Berjaya memecahkan rekod acara 4x100 meter apabila mencatatkan masa larian 36.84 saat.

Mo Farah pula menyapu bersih pingat emas dalam dua acara lari jarak jauh yang disertainya iaitu 5000 meter dan 10 000 meter.
Ketika kedua-dua bintang larian itu berkongsi podium, Bolt sempat meminjam trademark Mo Farah iaitu melakukan formasi huruf M menggunakan tangan di atas kepalanya sebagai tanda kemenangan kedua-dua lelaki kulit hitam itu.

Formasi M

Formasi huruf M itu adalah untuk nama saya iaitu Mo. Saya terima idea itu dengan besar hati, bahkan menamakannya sebagai Mobot.
Usain Bolt seorang legenda. Tindakanya meminjam aksi Mobot saya ketika memecahkan rekod dunia adalah sesuatu yang sukar dipercayai, kata Mo Farah atau nama sebenarnya Mohamed Farah yang mengagumi kekuatan Bolt yang digelar Raja Pecut.
Bolt merupakan satu-satunya lelaki memegang rekod dunia dalam kedua-dua acara iaitu 100 meter dan 200 meter.

Biarpun dilihat menamatkan larianya pada kejohanan tersebut dengan bergaya, anak kelahiran Trelawny, Jamaica itu hakikatnya terpaksa menahan kesakitan akibat masalah tulang belakang yang teruk.
Kesakitan itu turut dirasai semasa dia menamatkan larian 200 meter dengan catatan masa 19.32 saat.
Saya tidak mahu masalah belakang saya menjadi halangan. Jadi saya tidak mengendahkannya, kata Bolt, 26
Lelaki yang berketinggian 1.95m dan memiliki berat badan 94kg itu pada masa kecilnya lebih meminati sukan kriket dan bola sepak berbanding larian.
Namun, apabila memasuki sekolah rendah Bolt mula menunjukan minat. Ketika berusia 12 tahun, anak kepada peniaga kedai runcit itu sudah bergelar pelari terbaik sekolah.
Ketika kecil saya tidak pernah memikirkan perkara lain selain sukan, kata Bolt yang  menyambut hari lahirnya pada 21 Ogos.
Bolt yang meminati pasukan kelab bola sepak Manchester United dan Real Madrid sebenarnya penggemar nugget ayam. Dia meminati makanan tersebut dari dahulu hingga sekarang.  Nugget menjadi pembakar semangat sebelum dia memulakan larian.
Memang dari kecil lagi saya mengikuti latihan intensif. Saya lebih rela makan nugget di balapan kerana tidak sempat pergi ke kantin sekolah. Jurulatih sering membawa nugget ayam itu kerana dia tahu saya menyukainya.
Sebelum acara 100 meter Sukan Olimpik 2008 di Beijing bermula, saya sempat makan beberapa keeping nugget, katanya yang tidak mengikuti rejim diet yang ketat.
Walaupun bertaraf legenda pecut, Bolt menjangkan dia tidak lagi mampu mengungguli acara itu pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Dia berkata, pada usianya 30 tahun ketika itu, dia tidak akan mampu berlari sepantas kuda.
Jika dibandingkan antara fizikal Bolt dengan mo farah, pastinya Mo Farah kalah kerana tubuhnya yang kurus dan hanya diselaputi otot-otot nipis.

Mogadishu



Tetapi otot Mo Farah yang mempunyai berat badan 65kg itu cukup kuat untuk menamatkan larian jarak jauh dalam masa yang singkat.
Mo Farah yang memiliki ketinggian 1.75m itu Berjaya meningalkan peserta lain dalam acara 5000m sesingkat 13 minit 41.66 saat manakala 10 000m dalam masa 27 minit 30.42 saat.
Bagaimanapun lelaki yang dikategorikan kurus berusia 29 tahun itu boleh menamatkan larian jarak jauhnya dengan bergaya?
Mo Farah menjalani latihan rutin di Portland, Oregon, Amerika Syarikat dengan berlari sejauh 193km seminggu pada purata kelajuan 3.3m sesaat.
Seterusnya dalam sesi lain, dia menjalani latihan larian treadmill dalam air. Kaedah itu dikatakan kurang mendatangkan kecederaan berbanding dengan larian di atas trek.
Saya tidak mengamalkan diet khas. Tetapi saya makan lebih banyak protein selepas berlari. Saya juga penggemar pasta, kata Mo Farah.
Lelaki  Muslim itu sebenarnya merupakan anak kelahiran Mogadishu, Somalia. Mo Farah menjadi warganegara Britain selepas mengikuti bapanya berpindah ke London pada usia lapan tahun.

Nota : Bukan senang nak senang bro…..Nak jadi juara kena usaha yang luar biasa..Kepada kita jadikan pengalaman dan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita Berjaya juga

Artikel Terkait

2 comments

ingatkan Mo Farah tue perempuan rupanye Mohamad Farah... ape2 pun mereka adalah lelaki yg hebat...

Hehehehe..untuk menjadi hebat memerlukan pengorbanan yang banyak...


EmoticonEmoticon