Khamis, 13 September 2012

FAM Haramkan Vuvuzela...Kakakaka

Kuala Lumpur : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengharamkan penggunaan vuvuzela di dalam stadium membabitkan semua perlawanan Liga dan Piala Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diambil Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada mesyuaratnya, petang semalam.

beliau berkata, surat arahan pengharaman penggunaan alat itu akan dihantar kepada semua ahli gabungan dalam masa terdekat.

"Pihak kami menerima banyak aduan daripada pasukan bertanding yang mendakwa jurulatih dan pemain sering terganggu ketika berkomunikasi dalam padang kerana bunyi bingit dan bising daripada vuvuzela.

Selepas berbincang, kami bersetuju yntuk mengharamkan terus penggunaan vuvuzela di semua stadium membabitkan perlawanan Liga dan Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi, semalam.

Fenomena penggunaan vuvuzela sejak ia dipopularkan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan ternyata mengganggu suasana di stadium kerana bunyinya yang kuat.

Nota : Memang patut di HARAM kan penggunaan VUVUZELA nie pun, sekarang dah menjadi trend di mana-mana ada program mesti ramai yang menjual vuvuzela dan ramai juga yang main..Sakit telinga boleh tahan lagi...Sakit Hati kan ada pulak yang sakit..kikiki


Artikel Terkait

2 comments

meriah ke bising bro???kalau xda vuvuzela pun xpe la..orang2 malaysia nie suara kuat2 semua..kikiki


EmoticonEmoticon