Sabtu, 15 September 2012

eTUKAR - Sistem Pertukaran Bukan Guru,KPM (e-Tukar Bukan Guru)



Semakan eTukar - Sistem Pertukaran Bukan Guru .Tahniah kepada yang dapat tukar untuk sesi Ogos 2012.

Semakan Status Pertukaran DISINI 

Dibawah nie Syarat untuk Pertukaran Bukan Guru bagi Staf Sokongan Kementerian pelajaran Malaysia (KPM)


Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)

Permohonan Pertukaran Atas Talian
Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.

Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon