Khamis, 9 Ogos 2012

Legoland Malaysia jemput media cuba empat permainan

Tags





NUSAJAYA – Legoland Malaysia yang bakal dibuka secara rasmi kepada awam pada 15 September ini, kelmarin menjemput 50 pengamal media mencuba empat permainan yang disediakan di taman tema berkenaan.

Empat jenis permainan berkenaan ialah Dragon’s Apprentice, Aquazone Wave Racers, Techinc Twister dan Kids Power Tower iaitu antara 40 tarikan yang bakal ditawarkan kepada pengunjung taman tema Legoland keenam di dunia itu selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan hampir 90 peratus siap dan ia berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, sekali gus yakin ia dapat memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung.

“Kerja-kerja pembinaan struktur yang besar telah pun siap dan buat masa ini kita sedang melengkapkan perincian kecil sejajar usaha memastikan perkhidmatan kami terbaik dan menepati ciri-ciri keselamatan.

“Buat masa ini sudah lebih 50,000 pas tahunan telah dijual dan jumlah tersebut menunjukkan apa yang kita sasarkan pada tahun pertama mampu dicapai. Kami tidak sabar menunggu 15 September ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, malam kelmarin.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon