Ahad, 12 Ogos 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 12.08.2012



Oleh : FARISHA IMANI STRTA EDISI RAYA Deringan jam loceng yang kedengaran cukup nyaring membangkitkan Nura Alia dari tidur nyenyaknya.Teraba-raba tangannya cuba mencapai jam loceng yang terletak di bucu meja.Berjaya saja mencapainya,terus dimatikan jam loceng itu.Dalam keadaan masih mamai,Nura Alia kembali melelapkan mata. Beberapa minit berselang,jam loceng berbunyi lagi.Kali ini dibiarkan saja jam itu berdering [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Emma Rusdi “Allahuakhbar!!” Melelong motosikal yang dibawa Uzma. Tangannya menggenggam kuat pemegang seraya cuba mengawal motosikal dari melanggar sebuah kereta jenama tempatan yang terpakir di tepi jalan. ”Ya Allah!!” Wajahnya sudah bertukar pucat apabila dia tergeser badan kereta itu sehingga meninggalkan bekas goresan di badan kereta itu. Uzma memberhentikan motosikalnya. Alamak! Mampus! Bibirnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : auzairi Jam menunjukkan 3petang tetapi auzairi masih lagi berada di Hentian Rehat Sungai Buloh. Dia termenung teringatkan kata-kata ibunya yang ingin kan dia memilih seseorang calon untuk dijadikan menantu ibunya. “zairi, ibu rasa sudah tiba masanya kamu kenalkan calon menantu kepada ibu, umur kamu bukan nya muda lagi zairi”. kata-kata ibunya yang sedang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : nunupan Pasif!!.. itulah sifat aku sekarang ini setelah hampir setahun dia pergi. Dari seorang insan yang ceria, seorang yang kelakar, aku akhirnya menjadi seorang yang pendiam, murung dan berduka. Aku bukan menyalahkan takdir, tapi aku sedih, sedih sebab isteri kesayangan aku telah pergi buat selama-lamanya. Begitu juga anak kecil yang aku dambakan untuk [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : anis farzana 29 Syaaban tahun 1415 hijrah. – 31 Januari 1995 Fattah tersenyum lebar, dekat sini rupanya budak tembun ni bermain. Puas aku cari dia! “Hoi, Temah Tembun… mesti kau sedihkan? Esok dah nak puasa… mesti kau tak boleh makan banyak-banyak.” Muka Fatinah bertukar kepada riak masam. Dia tak suka dengan Fattah. Anak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : domi nisa “AF, papa nak kamu ikut serta sukarelawan di Sudan nanti!” “Tak nak! AF tak suka pergi sana. Cuacanya panas terik. Tak suka! “Habis, kamu fikir papa mahu tinggalkan kamu sorang-sorang kat rumah ni? Jangan nak berangan.” “Papa ajak pergi umrah sekali, kamu tak mahu. Tak bersedia nak pakai tudunglah, belum tiba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nuran Mirza “lisa, pleaselaaa, engkau datang untuk makan je. Bukannya buat kerja berat-beratpun.” Lisa mencebik masam. “apa pasal pula aku nak makan dekat rumah engkau. Dah nama pun dinner dengan family, kenapa mesti engkau ajak aku? “Bukannya aku yang ajak.Mummy aku yang beriya sejak dia kenal engkau masa kenduri Anis hari tu. Engkau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : faqih abuya Aku dilanda kesejukan yang menguji . Setebal iman dan Islam. Hatiku juga turut terkena bayu-bayu yang menghembus, yang memisahkan aku dengan Pencipta. Aku terasa berdosa, dikala berhubungan dengannya, seakan-akan dicalari tona-tona yang mengguris imanku pada setiap masa. Ya Allah, ampunkanlah aku, sekiranya aku menggunakan wasilah melaksanakan ‘amanah’ untuk mengingkarimu. Aku tahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : asya danisya Malam ini terasa sunyi sepi bagi Aiesya Aryana. Sudah jemu dia memikirkan alasan untuk menolak pelawaan ayahnya agar tidak didaftarkan ke sekolah berasrama. Maklumlah, dia sekarang akan menjadi pelajar sekolah menengah. Semakin difikirkan tentang hal itu, akan menyebabkan kepalanya berdenyut-denyut.Otaknya bagaikan memberi arahan untuk tidak memerah otak lagi. Berbagai-bagai pujukan yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syahzamee “weh , pi tarik target tu 70m !! dr td warming up j ! pemalas punye archer ..” Jerit Wafi dr hujung padang kpd sgrombolan pemanah muda di tgh padang . “mcm sengal j senior . bajedd pakar la ? haktuiii , takat SUKMA aku tk pndg la wehh !” Ngumpat Mela [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : @tiekah_94 PEKARANGAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di pandang dengan senyuman lebar oleh Nur Hanina Damia.Sudah beberapa tahun dia berada diperantauan untuk menuntut ilmu.Kini dia telah pulang ke tanah air tercinta.Matanya dilarikan ke ruang menunggu mencari seseorang yang sememangnya telah dihubungi untuk mengambilnya.Kepulangannya dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga.Dia mempunyai agendanya yang tersendiri,hehe.Kelibat seseorang yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : mia kaftiya Sejak seminggu yang lepas aku rasa macam aku dah kehilangan kehidupan sosial bila setiap hari, setiap masa tak kira siang ataupun malam aku asyik menghadap kain, benang, gunting, tali tape, dan mesin jahit. Ini semua disebabkan tempahan baju-baju pengantin yang aku terima dari Lina, si mak andam yang baru membuka butik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nia Kirana Mataku mencari kelibat Aishah teman baikku. Sudah semua tempat aku menjenguk namun hampa kerana orang yang dicari masih juga tidak ku jumpa. Tiba-tiba aku teringat hanya satu tempat sahaja lagi belum ku pergi. Ku atur laju kakiku menuju ke sana. Akhirnya bibirku tersenyum apabila tarpandang tulisan PERPUSTAKAAN di hadapan tangga utama [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : AIMY NURADELIA Jarum jam di atas meja tepat menunjukkan pukul 7 pagi.Namun seorang hamba Allah masih enak dibuai mimpi di atas katil yang empuk itu sehingga tersenyum-senyum dalam tidur.Sudah tentu sedang bermimpi berada di kayangan bersama putera raja yang kacak lagi bergaya lah tu.Sehingga lupa bahawa hari itu ialah hari Ahad.Hari pertama dalam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syiqin Hanie Sekejap lagi aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang jejaka yang aku sendiri tidak tahu – menahu namanya. Yang aku tahu hanyalah mama dan papa beria – ia mahu merahsiakan perkahwinan ini daripada pengetahuanku. Katanya, ini ialah hasrat pengantin lelaki. Hasrat apa gitu? Aku sebagai bakal isterinya berhak mengetahui bakal suamiku. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : pensilmekanikalpink DIA menimbang Sony Ericssonnya berkali-kali. Jam Astro masih menunjukkan 8.32 pagi. Perutnya masih belum lapar. Namun, ada sesuatu yang menganggu fikirannya. “Kau serius ke tak nak balik?” Dia menggeleng gaya macam adiknya ada di hadapannya. “Malas.” “Betul ke?” “Ye la.” “Okey lah kalau macam tu. Jangan menyesal pulak.” Dia melepaskan keluhannya lambat-lambat. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISME_ANA Sekeping kad jemputan di terima atas nama Irfan Faris dan isteri. Irfan Faris menyerahkan kad itu kepada isterinya. Irsya Natasya menerima dan membuka lantas membaca siapa gerangan pasangan pengantin yang mengundang mereka untuk meraikan hari bahagia sebuah perkahwinan.- Ain Marsha binti Tajul dan Akif Rayyan bin Kamal. Hoho…Betul ke ni. Irsya Natasya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : masyitah sharqowi HaZirah memegang erat jari jemari Wafiyyah sahabat baiknya. Dipandangnya wajah lembut di hadapannya, kelihatan wajah itu begitu runsing dan dalam keadaan dilema. Cuba ditEnangkan sahabat baiknya itu. “insyaALLAH Fiy..takkan ada apa-apalah.. pasti semua baik je tue kalau mak ayah yang aturkan. Mak ayah kan nak yang terbaik buat anaknya. Fikir yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : durian berduri Sedang aku asyik melayan lagu Jaclyn victor sebelah jiwaku, teringat aku kisah 10 tahun yang telah banyak merubah hidupku… Inilah dinamakan kehidupan, jika kisah 10 tahun dulu tidak terjadi, maka aku tidak akan menjadi seperti sekarang… Tetapi keadaan dan masa telah banyak menyedarkan aku tentang realiti kehidupan yang sebenar!! aku berubah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : fatin hasan YANA termenung di meja belajarnya. Dia benar-benar buntu saat ini. Kenapa derita tak pernah berhenti menjengah dirinya?Kenapa bahagia hanya seketika? Dia mengeluh. Namun, seketika kemudian, dia mula beristifar. Teringat pesanan seniornya suatu ketika dahulu; orang yang suka mengeluh adalah orang yang tak tahu bersyukur. Kenapa kita nak mengeluh sewaktu menghadapi ujian [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syu Ariani Cerpen Antara Dendam dan Cinta ni merupakan sambungan Harga Sebuah Persahabatan. Rentetan kisah Raisya dan Nizam saya lakarkan di sini. Maaf kalau pembaca kurang sukakan cerpen ini, tapi sebarang komen dari pembaca, amat saya hargai. Terimakasih ***** RAISYA berjalan mengelilingi Danga Bay sendirian. Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : MF Omar Pemerintah kanan Tentera Kesatuan, Leftenan Mejar Jeneral Imran, cedera parah di tembak oleh pembunuh upahan dari jarak yang tidak dapat di pastikan semasa memberikan ucapan alu-aluan meraikan kemenangan ke atas kekalahan Tentera Gabungan bersaksikan jutaan ahli persatuan di Dataran Kegemilangan. Keadaannya sungguh menyedihkan dan kini dia hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Pembaharuan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : CYDA YUSOF “Wah.. Cik Dania, agak-agak tak teringin ke nak jemput saya makan sekali?” Dania yang sedang menyuap kentang goreng ke mulut Iqram tiba-tiba terpaku. Aiman mengukir senyum sinis kepada pasangan itu. “Thanks Dania..!” Ucap Aiman, lalu berpaling mahu melangkah pergi. “Aiman!..I’m sorry..Ni semua tak seperti yang awak fikirkan..” Lalu Dania cuba memaut [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Najwa MF “Airisya Qaisarah!!” jerit Megat Firdaus dari balkoni. “Dik, lari dik… cepatlah. Abang Fir dah mengamuk tu.” Airisya menarik tangan Puteri Adriana. Lintang-pukang mereka. Megat Firdaus yang menyedari mereka ingin melepaskan diri, terus berlari turun. Dikejarnya mereka. Haih, laju jugak budak-budak ni lari. Aku dah tak larat ni. lari macam roket. Manalah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

 

Oleh : TIRA KIRANA Sang matahari tanpa segan silu menampakkan diri. Cuaca agak panas. Kulit terasa berbahang tapi bagi Hakimi ia bukanlah masalah sementelahan inilah sumber pencariannya selama ini. Pemilik kepada syarikat binaan ini termenung jauh. Bunyi bising di sekelilingnya tidak diendahkan. Dalam benaknya, memikirkan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan oleh orang lain. Tidak tahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : AYADAYANA KOTAK berwarna merah hati berbentuk hati di atas meja di pandang sepi. Dhuha memandang lelaki masih berada dihadapannya. Lelaki itu segak berpakaian pejabat, sekali pandang lelaki itu seperti mengharap sesuatu.Tangan kanan Dhuha mencapai kotak tersebut. Lantas kotak kecil itu dibuka. Sebentuk cincin bertahtakan berlian berada dalam kotak tersebut. Sememangnya cantik. Dia kembali [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon