Selasa, 14 Ogos 2012

Kempen STOP 114A

Tags


Kempen STOP 114A dalam web Malaysiakini

Awal tahun ini, pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan oleh Parlimen, secara radikal telah mengubah bagaimana pengguna atau pembekal perkhidmatan internet boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang atau fitnah jenayah.

Secara ringkasnya, pakar undang-undang percaya bahawa pindaan kepada Seksyen 114A akan bermakna sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, boleh memulakan tindakan undang-undang atau fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik lamanweb, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian WiFi berkaitan dengan kandungan yang disiarkan oleh individu lain.

NONEDalam lain perkataan, jika seseorang itu menyiarkan komen fitnah di blog, pemilik blog mungkin disaman atau didakwa melakukan fitnah jenayah.

Malaysiakini percaya bahawa undang-undang ini adalah tidak adil dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan.

"Perubahan-perubahan kepada undang-undang ini adalah satu penghinaan kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Kami percaya bahawa kerajaan menggunakan perubahan secara halus ini untuk menghakis kebebasan bersuara di talian.

"Malaysiakini 
menyeru kepada semua pengguna internet untuk bangun menentang pindaan-pindaan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini menyertai Hari Tegah Siar browser pop-up anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) untuk menghebahkan mengenai undang-undang zalim ini kepada pembaca dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb rasmi kempen tersebut.

FAQ mengenai 114A


Adakah ini satu undang-undang baru?

Tidak, ia adalah satu pindaan yang dibuat awal tahun ini dalam Akta Keterangan. Sebelum ini, apabila seseorang dituduh dengan hasutan berkaitan posting di blog, pendakwa raya perlu membuktikan bahawa Encik/Cik X sebenarnya menulis posting terbabit di  blognya. Sekarang, jika Encik /Cik X mendakwa dia tidak memuat naik posting tersebut, dia dikehendaki membuktikannya.

Adalah tidak jelas bagaimana seseorang itu hendak membuktikan bahawa dia tidak meletakkan posting terbabit. walaupun jika kita katakan bahawa orang lain telah menggodam lamanweb tersebut dan memuat naik posting terbabit, memang tidak ada cara untuk membuktikannya.

Perkara yang sama juga membabitkan rangkaian WiFi. Jika seseorang di dalam rumah anda menggunakan WiFi anda yang didaftarkan di bawah nama anda untuk membuat posting, maka anda akan didakwa, melainkan anda boleh membuktikan bahawa orang lain di rumah anda yang melakukannya.

Adakah ia juga memberi kesan kepada pemilik lamanweb dan blog?

Ya, pemilik lamanweb kini bertanggungjawab ke atas semua komen yang dibuat di lamanwebnya.

Tetapi bukankah itu baik? Kita tidak harus membiarkan fitnah dalam talian.

Malaysiakini tidak akan membiarkan perbuatan memfitnah. Ambil forum awam kami sebagai analogi. Jika seseorang membuat  sesuatu fitnah semasa Debatkini, patutkah Malaysiakini bertanggungjawab, atau orang yang membuat kenyataan terbabit bertanggungjawab terhadapnya?

Seharusnya orang yang membuat komen itu yang perlu bertanggungjawab, bukan pemilik lamanweb.

Apakah kesan pindaan tersebut?

Semua lamanweb, hotspot WiFi, rumah dan pejabat akan terpaksa menghentikan orang daripada menggunakan internet untuk menghantar komen. Orang ramai akan menjadi lebih takut untuk bersuara. Jika bilangan orang yang bersuara dalam talian berkurangan, maka ia lebih mudah untuk mendakwa dan mempenjarakan yang lain.

Mereka yang menyokong kempen tegah siar


Sehingga ini, 57 lamanweb di Malaysia - termasuk portal berita, lamanweb komersil, NGO dan blog terkemuka - mengambil bahagian dalam kempen ini.

Portal/laman berita


    Free Malaysia Today
    Malaysiakini
    Digital News Asia
    The Nut Graph
    Harakah Daily
    Keadilan Daily
    BFM Radio
    Mobile World
    Tranungkite
    MalaysianWireless
    NegaraKita

Penulis blog dan tokoh masyarakat

    Marina Mahathir
    Lim Kit Siang
    Tukar Tiub
    Uppercaise
    Nat Tan
    Niki Cheong
    myAsylum
    Anil Netto
    juanajaafar
    NTGravity Zone
    Sarawak Bloggers
    Sivin Kit
    Fahmi Fadzil
    Cyril Dason
    2dayblogger
    Kaki Sakat
    Lucia Lai

Laman komersil dan keusahawanan


    lelong.com.my
    entrepreneurs.my
    nexusmediaworks
    MOL
    MudahAlih.my

Sumber dalam talian dan lamanweb komuniti

    cari.com.my
    anixekai.com
    LoyarBurok
    mobile88
    jbtalks
    edu.joshuatly.com
    Xela City

Laman persatuan/pertubuhan sivil/NGO 


    Malaysian Bar Council
    Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
    Aliran
    Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling  Analysis (REFSA)
    Sinar Project
    Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
    SEACeM
    Tindak Malaysia
    Islamic Renaissance Front (IRF)
    Lawyers for Liberty
    Perak Women for Women
    Empower
    Women's Centre For Change
    All Women's Action Society (Awam)
    Sisters in Islam (SIS)
    Women's Aid Organisation (WAO)
    Voice of the Children

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon