Khamis, 30 Jun 2011

Kebijaksaan Orang Yahudi

Tags
Sudak lama ini berkongsi maklumat ini...Kesempatan dan fokus yang terlalu banyak sekarang membataskan perkongsian yang saya sendiri amalan sekarang...baca dan fahami la petikan dan karangan ini dengan hati yang terbuka..apa yang baik kita amalkan dan yang buruk kita jauhkan dari diri kita dan bangsa kita sendiri...sekadar berkongsi maklumat yang ada sahaja...

Kebijaksanaan Orang Yahudi

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Impian Umno punah, peniaga dapat kunci Bazar esok

Tags

KOTA BHARU, 29 Jun: Usaha Umno menjadikan isu Bazar Tok Guru sebagai modal besar menjelang pilihan raya umum ke-13 kini punah apabila hampir kesemua peniaga menandatangani perjanjian memiliki lot niaga di situ.

Hampir kesemua 336 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Arked Uda telah menandatangani perjanjian pembelian lot kedai dan dokumen berkaitan urusan peguam.

Program menandatangani perjanjian itu diadakan mulai 27 Jun lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, esok peniaga terbabit akan diserah kunci lot kedai bagi membolehkan mereka memindahkan barang.

“Sehingga hari ini sebahagian besar daripada 336 peniaga sudah menandatangani perjanjian dengan PMBK untuk memiliki lot kedai di Bazar Tok Guru.

“Dijangka pada Jumaat ini mereka boleh membawa masuk barangan jualan masing-masing,” katanya di sini.

Sebelum ini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Bazar Tok Guru.

Malah berdasar kepada laporan media persatuan itu juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kelantan termasuk pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli persatuan juga dilapor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan Pasar Lama MPKB, namun tiada sebarang penyelewengan ditemui.

Isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB dan peniaga Arked Uda juga dimuatkan dalam akhbar Umno, Khabar yang disebar secara percuma di kaki lima masjid April lepas.

Biar pun dikecam hebat persatuan, kerajaan negeri tetap berusaha menyelesaikan bagi kebajikan peniaga termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Daftar awal boleh pilih

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Selain itu PMBK memperluaskan lorong di bahagian belakang di mana 29 lot kedai diroboh.

Khalili berkata, 29 lot diroboh bagi memberi keselesaan kepada peniaga biar pun PMBK kehilangan pendapatan lebih RM2 juta, di mana setiap lot bernilai RM88,000 pada harga semasa.

“Jumlah RM2 juta yang dimaksudkan hanya kehilangan pendapatan ekoran 29 lot kedai diroboh,” katanya.

Beliau juga berkata, 96 peniaga yang mendaftar awal diberi peluang memilih sendiri lot tanpa perlu mengundi berdasarkan kepada polisi ditetapkan daftar dahulu dapat awal.

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim setinggi tiga tingkat mempunyai 860 lot. Lot di tingkat satu dan dua ditawar kepada orang ramai yang berminat berharga antara RM84,000 hingga RM92,000.

Lebih separuh lagi lot di tingkat satu dan dua dibuka tawaran kepada orang ramai yang berminat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Jualan PMBK di talian 747 4545 atau 013 907 3209 (Norin) atau 014 507 9001 (Izziani).

Tak wajar A Samad sertai perhimpunan

Tags
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini.

SN Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tindakan A Samad itu tidak wajar memandangkan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini.
“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah-belah.
“Perpecahan ini jika berterusan akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan dan kuasa luar campur tangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

A Samad sebelum ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini, pada 19 Jun lalu.

Rabu, 29 Jun 2011

Koleksi Novel Online (28Jun2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Mungkinkah 3

Posted:

Oleh : Hanni Ramsul BAB TIGA “Hai aunty…,” Puan Zahra tersenyum panjang. Wajah ceria gadis yang laju mendekatinya itu membuat dia senang hati. “Bella… kenapa lambat?,” Nabila mengerutkan kening. Tangan diangkat sambil mata memandang jam di pergelangan tangan. Dia tersengih. “Sepuluh minit aje,”dia bersuara sambil memeluk mesra tubuh yang santai bersandar di kerusi itu. Pelukannya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Di Penghujung Rindu 2

Posted:

Oleh : Azieana Bab 2 SAMPAI di rumah teres dua tingkat, Hafiz segera mematikan enjin kereta. Briefcase yang diletak di sebelah di capai sebelum keluar dari kereta Honda s2000 warna hitam yang berpintu dua. Hafiz terus masuk ke dalam rumah semi D yang didiaminya sejak lima tahun lalu selepas kepulangannya dari luar negara. Sengaja dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Benci Pengawas 2

Posted:

Oleh : Fazia Setelah beberapa minit mereka berjalan,akhirnya sampai sudah tempat yang ingin duitujui oleh mereka.Hati Aliya tiba-tiba diserang resah. Kalau diikutkan hatinya,mahu saja dia lari pecut pulang kerumahnya dan menyorok dibawah katil bibiknya.Sampai sahaja dimuka depan pintu bilik pengetua badan Aliya tiba-tiba mengggigil kencang sehingga dia mengeluarkan satu bunyi yang begitu kuat PRUUTTT PRUT [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : I Think I love You 2

Posted:

Oleh : Nur Faizah BAB 3 ” Ini namanya pasembur. Campuran daripada makanan laut yang telah di goreng dengan kuah kacang bersama hirisan sengkuang dan timun diatasnya. Makanan ni popular tau kat sini. Rugi kalau dah sampai penang tapi tak rasa.” Aina menghulurkan sepiring pasembur yang baru di belinya dari derai yang terdapat di sekitar [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kita Bersatu Apa Salahnya?? 2

Posted:

Oleh : Ara Likiasha Azif menjamah nasi goreng dengan begitu berselera. Sampai bertambah-tambah. Bukan selalu dia boleh makan sedap macam ni. Kalau berada di asrama UiTM dia hanya akan makan roti setiap pagi sekadar melapik perut dan menjimatkan wang sakunya. Puan Muhaini melihat anak terunanya itu sambil tersenyum. “Kamu ni Azif. Cuba makan slow-slow. Tercekik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : The Middle 2

Posted:

Oleh : AN GIG #2 Esoknya, Sabrina bangun daripada tidur sedikit lewat daripada biasa. Tidur juga lebih lewat daripada biasa. Semuanya gara-gara ingin menyiapkan assignment Prof. Naga kolej la. Tak fasal-fasal kena jadi ‘jaga’ sampai pukul 2 pagi. Ingat aku cuma ada kelas dia ke nak pergi, sampai nak kasi double assignment? Aku ada banyak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kerna Kamu 2

Posted:

Oleh : aku_dia 3 Khairul telefon aku bila bas dia dah nak keluar tol Simpang Pulai. Nasib baiklah bas sekarang turun dekat Medan Gopeng je. Kalau dekat Ipoh, satu kerja pulak aku nak masuk bandar waktu-waktu macam ni. Lepas aku park kereta depan kedai makan, aku mesej dia suruh datang sini. Tak sampai lima minit, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : 1 2 3…Cinta 2

Posted:

Oleh : amni insyirah BAB 2 ***** Hari pertama berkhidmat di Teraju Edar, secara tak sengaja Hanis antara orang terawal yang sampai. Tak sengaja, kerana setiap pagi dia akan ditumpangkan Haida yang bekerja agak jauh berbanding tempat kerjanya sekarang. Bermakna sepanjang berkhidmat di sini, Hanis bakal tersenarai sebagai pekerja contoh. Awal-awal dah berangan nak jadi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seindah Bicara Cinta 2

Posted:

Oleh : Zara Adhani Alisya mengikat kemas tali apron dibahagian belakang badannya. Dia bekerja secara sambilan di kedai kek yang berdekatan dengan rumahnya. Jadual masuk kerjanya bermula jam sepuluh pagi dan berakhir jam empat petang bermula hari Isnin hingga ke hari Jumaat. Pada mulanya dia hanya bekerja sebagai pembantu juruwang namun tidak berapa lama kemudian [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : DiaLah SonataKu 2

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 2 “Arlen, pastikan stok bahan yang sampai hari nie dicatat dengan betul. Hantar juga rekod yang minggu lepas ke ofis saya. Saya mahu semak hari nie” suara Encik Rizal kedengaran memberi arahan kepada Arlen supervisor Rozana Cupcake Conner. “Yes bos” balas Arlen tersenyum – semyum memandangku. “Nasib baik semalam aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kini dan selamanya 2

Posted:

Oleh : firas andika “ira.encik Abdullah memanggil awak kebiliknya”.Mendengar sahaja nama encik Abdullah,Adira ,sudah mula kecut perut.Setelah beberapa hari kerja disitu,dia belum pernah bertemu dengan pemilik syarikat itu.Namun dia yakin encik Abdullah seorang yang baik.Itupun menurut informasi yang diberikan oleh rakan sekerjanya dan juga kesempatan yang diberikan oleh encik Abdullah untuk dia bekerja disitu. “baik,nanti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta ODC 2

Posted:

Oleh : froggie_odc BAB 2 ~Dia Lagi?… Asyik dia je… Apa hal ni???~ Sudah seminggu semenjak peristiwa itu berlaku. Sejak peristiwa di café hari itu bermulalah babak seperti cerita “Coner With Love” best drama Taiwan ni try la tengok… best!!!… tapi takde la kena mengena dengan citer ni.. hihihi… Cuma contoh je… terserempak tak tentu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Kita 2

Posted:

Oleh : Azim Alwiz “Mak Mah !” jerit Shafiq Iqbal memanggil orang gajinya. Dan menghenyak tubuhnya di atas sofa buatan luar negara itu. Terkocoh-kocoh Mak Mah datang dari dapur. “Mana papa dan mama?” tanya Shafiq Iqbal. Suaranya mula mengedur namun wajahnya tetap bengis. “Papa dan mama pergi ke rumah Datin Sofea. Katanya ada majlis.” jawab [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sudu Karat 2

Posted:

Oleh : muTeq “Aiseymen,sejuknye la pagi ni. Macam dalam peti sejuk pon ade jugak,”Fateh memgumam sambil menggigil. Motor EX5nya diperlahankan. Suhu pada hari itu boleh dikatakan sudah mencapai tahap beku. Fateh terlihat ada anak-anak kecil sedang bermain bola ais di dalam taman permainan. Salji mula turun. Sedikit demi sedikit. Tiba-tiba Fateh memberhentikan motornya di tepi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Harimau ghairah

Tags
KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan
KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan

Kami sudah sedia kekang Taiwan: Safiq

"KAMI sudah bersedia dari segi mental dan fizikal!"
Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
“Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

Ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lian pula mengharapkan perlawanan nanti menjadi yang terbaik untuk mereka selepas gigih berlatih sekian lama.

“Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini,” kata bek kiri pasukan.
Safiq juga berharap beberapa pemain skuad Olimpik yang turut mengisi skuad senior untuk pusingan kelayakan ini dapat mengulangi persembahan cemerlang seperti ketika menewaskan Lubnan 23 Jun lalu.

“Saya dan rakan sepasukan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk terus meletak negara di landasan kemenangan,” kata Safiq.

“Semangat kami cukup tinggi terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

“Kemenangan esok (malam ini) pasti memberi nafas baru baru buat bola sepak negara, terutama selepas skuad Olimpik turut cemerlang melakar kejayaan ke peringkat kelayakan terakhir.

“Kami akan cuba mencari bekal selesa sebelum bertandang ke Taiwan untuk perlawanan kedua Ahad ini"

Selasa, 28 Jun 2011

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Tags
Lagi dan lagi....satu persatu terbongkar sekarang...sebagai rakyat yang prihatin ambil la pengajaran dan nilai la sebaik mungkin....Untuk masa depan anda dan anak2 anda juga...

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar

Tags
Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

Koleksi Novel Online (27Jun2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : GELORA 3, 4

Posted:

Oleh : MA LEE CHUSWAN Kemunculan Semula Penulis Tersohor MA LEE CHUSWAN setelah sekian lama menyepi. Antara novel beliau Selamat Tinggal Sayang, Lamaran Kedua, Permata Hati, Tirai Impian, Putik-Putik rindu BAB 3 KAMAR Mila masih tidak berusik. Tetap seperti dulu. Keadaannya seperti berpenghuni seolah-olah tidak pernah pula ditinggalkan olehnya. Patung Pink Panthernya masih tersusun rapi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 2, 3

Posted:

Oleh : AnneYusre “Mama. siapa yang hantar perempuan senget macam tu kat rumah kita. Aeman tak suka. Mama kena pecat dia sekarang jugak. Aeman boleh urus diri Aeman sendiri.” Aeman menyembur Puan Sri Aliya tanpa sempat ibunya membela diri. Badannya yang basah kuyup tak dihiraukan. Perkara yang paling penting adalah, menghalau Sakinah keluar dari rumah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Isteri Separuh Masa 1

Posted:

Oleh : Permaisuri / Suri Ryana Novel ke 3 dari penulis novel M.A.I.D dan KLIK Bab 1 Tahun 2007 Masuk tahun ini, sudah 12 tahun aku menjadi penghuni rumah agam ini. Maksudnya, sudah 12 tahun jugalah aku menjadi anak angkat kepada pasangan Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Ketika aku datang ke sini, aku baru berusia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : When You Least Expect It 1

Posted:

Oleh : Inawza SPM baru sahaja berlalu dan sekarang aku sedang sibuk mencari pekerjaan untuk mengisi masa lapangku yang dirasakan terlalu panjang. Sedikit risau aku dengan keputusan yang bakal aku perolehi nanti kerana sesungguhynya aku bukan tergolong di dalam golongan mereka yang bijak. Namun, aku rasa aku sudah melakukan sedaya upaya aku dan apa yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Drama King – prolog

Posted:

Oleh : Ilya.A PAPA aku orang berada. Ada harta yang memang tidak cukup dimakan. Tapi sayangnya papa aku lebih mementingkan anak lelaki dari anak perempuannya ini. Segala harta yang melimpah-ruah itu papa letak atas nama abang tiri aku, Adley yang bagi aku lembik tidak cukup makan. Aku tidak tahulah mengapa papa memandang tinggi pada abang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Benarkah Cinta 1

Posted:

Oleh : nufa shyairan Cahaya matahari yang menusuk masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Fidz Asran menggeliat. Matanya dibuka sedikit. Bibirnya tidak habis-habis mengomel. Dia kembali menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. ” Fidz, bangunlah.” Fidz Asran membuka matanya sambil merengus. Tidak suka diganggu pada waktu2 sebegini. Dia memandang lelaki dihadapannya. ” Apa?” soalnya geram. Saudara kembarnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Misi Lulu Vs Dr Armando 1

Posted:

Oleh : LadyZik Sudah genap seminggu Lulu berhijrah ke Selayang, Selangor. Selama itu dia seperti kera sumbang. Duduk sendirian dalam hostel membuatkannya separuh gila kerana dia masih lagi gagal menyesuaikan diri dengan tempat baru. Kawan-kawan sekerja juga sudah berkeluarga. Punya anak dan suami. Dia? Sudahlah bujang, tinggal sendirian dalam hostel. Satu bilik seorang. Hari-hari celik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 1

Posted:

Oleh : Isha Idiaz 1 PROTON Iswara bewarna merah itu memasuki pintu masuk Universiti Teknologi MARA, Kampus Jengka, Pahang Darul Makmur. Berderet-deret kereta mencari tempat parkir. Kelihatan banyak sekali ibu bapa mengiri anak mereka ke Dewan Serbaguna untuk pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi baru sesi Julai 2006. Faizah menelan air liur. Rasa gerun melihat begitu ramai [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cintai Aku Selamanya 1

Posted:

Oleh : fieda SINOPSIS: Nur Fatasha Najwa seorang wanita yang sempurna sekali tetapi sayang dia menyimpan sifatnya itu hanya untuk dia dan kenalan yang rapat sahaja mengetahuinya. Dengan kerjaya yang baik dia mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Kecantikan juga tidak dapat disorokkan dengan imej muslimah. Tanpa pengetahuan orang lain dia menanti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hati Si Pesakit Cinta 1

Posted:

Oleh : nana billa Prolog Ketika jasadnya masih ada, ketika rohnya masih berada di dunia ini dan ketika cintanya masih mekar untukku, aku terlepas beberapa peluang untuk mencintai dan melayaninya dengan baik.Aku sentiasa megah dengan keegoan yang tak pernah surut.Sentiasa mengharapkan kemenangan sedangkan sebagai seorang perempuan, aku sentiasa kalah.Sentiasa… sehinggakan aku dapat mengira setiap kemenanganku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku, Dia dan Takdir 1

Posted:

Oleh : Nia Rasid Bab 1 ” Hoi minah, engkau termenungkan apa tu? Ceritalah dengan aku ini asyik pendam sendiri jek. Cuba engkau kongsi cerita dengan aku. Apa kena dengan engkau jadi macam nie. Sakit aku tengok engkau macam nie. Please….cerita dengan aku” kata Puteri kepada aku yang asyik termenung tu. Aku terkejut sangat bila [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ragam Cinta 1

Posted:

Oleh : TimaHaziKal Fayqah berasa gementar. Hanya beberapa minit sahaja lagi, dia akan mengalami perubahan yang ketara. Tidak pernah sebelum ini berlaku dalam hidupnya. Tik tik tik. Bunyi jam semakin menghampiri pukul 8.30 pagi. Hati Fayqah tidak keruan. ‘ Nak pergi sekarang ke tidak ye…’ Fayqah ragu- ragu untuk keluar. ‘Ah.. Keluar je la.. Apa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Pisau Cinta 1

Posted:

Oleh : marrismia Bab 1 10 tahun dahulu… “adik, nanti adik dah besar,adik nak jadi apa?”soal abangnya “adik nak jadi tukang masak macam mama” “oh, nak jadi cheflah ni.” “chef tu apa?” tanya adik kebingungan “chef tu samalah macam macam tukang masak,tukang masak itu cheflah”terang seorang abang yang berumur 11 tahun kepada adiknya yang berumur [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : A Witch’s First Love 1

Posted:

Oleh : Aimie Hikaru [1] RUANG bilik yang luas dengan berlatarkan dinding berwarna putih krim itu diperhatikan dengan perasaan tidak keruan. Suasana ibu kota yang dapat dilihat melalui tingkap kaca yang agak besar itu menggamit perhatiannya. Dia bergerak ke arah tingkap kaca itu. Kedua tangannya disilangkan ke belakang. Lagaknya seolah-olah bilik itu kepunyaannya. Diperhatikan lama [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Love Mr Korea 1

Posted:

Oleh : AN “OH nickhun! comelnye!” Ainan terguling-guling atas sambil memeluk bantal busuk dia. Dia terangau sekejap melihat wajah model Korea berambut sedikit perang itu. “HOI minah! apa dok guling-guling, sengih-sengih sensorang!” tegur Eyja atau Azizah. “Biarlah. sibuk je.” “Apa yang syok sangat ni? ni mesti tak habis-habis tengok WE GOT MARRIED. sudah-sudahlah Cik Ainan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ku Mencari Cinta Mu 1

Posted:

Oleh : ZUBAIDAH IBRAHIM BAB1 Sofia meraba-raba meja sisi di tepi katilnya mencari jam loceng yang tak henti-henti berbunyi dari tadi.Hatinya bengkak apabila pagi-pagi begini tidurnya diganggu.Nada jam loceng yang berdering-dering betul-betul membingitkan telinganya.Ingin saja dia melempar jam loceng itu ke dinding. “Alamak,matilah aku!!” Alangkah terkejutnya Sofia tatkala melihat jam loceng di tangannya itu.Sudah hampir [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Benci Atau Cinta? 1

Posted:

Oleh : Iman Kyuhee “Mya? Are you okay?” suara Lisa memecah gegendang telingaku. Aku mengangkat kepala. Dahiku masih berkerut-kerut menahan kesakitan. “Aku call suami kau ya?” Lisa sudah mencapai handphonenya. “Ehh… tak payah, tak payah. I’m okay,” Aku cuba meyakinkannya. “Tapi…” Lisa masih ragu-ragu. “Jangan bagitahu dia. Please Lisa…” Aku merayu kepadanya. Lisa mengeluh. “Baiklah. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Siapa Dia?? 1

Posted:

Oleh : purple Prolog ‘Mamat sorang ni memang.. eee geram ye aku asal dia suka aku haa.. tak boleh ke dia suka orang lain.. nape aku jugak yang dia nak suke.. hai nak buat apa ni..Adeh!!’ Ana merungut seorang diri dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. ‘ Apa lagi cara yang boleh aku buat mamat tu jauh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tuan Muda Iman Harraz prolog

Posted:

Oleh : mia kaftiya hari ini ulangtahun aku yang ke tujuh. Ibu dan ayah berjanji akan bawa aku berjalan-jalan sebagai hadiah hari jadi aku. Dan kata mereka, hari ni aku akan dapat apa saja yang aku mahu. Aku teruja, tak sabar. Aku tak nak minta banyak hadiah, aku cuma nak main kat mesin yang ada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Untuk Cinta Ini 1

Posted:

Oleh : Frya Bab 1 Semua yang berada di taman permainan itu mendiamkan diri bila melihat kehadiran gadis itu. Ada yang mencebik, ada yang simpati dan tidak kurang juga yang tidak sabar menunggu aksi seterusnya. Cuaca panas petang itu tidak sedikit pun dipedulikan oleh mereka. Bagi mereka yang lebih menarik adalah ‘drama’ yang sedang berlangsung [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Serpihan Kasih 1

Posted:

Oleh : Nur Iman Pintu kayu yang sudah usang ditolak perlahan. Kriukkk….bunyi daun pintu apabila ditolak. Iman terhenti sejenak. Hatinya belum bersedia untuk meneruskan langkah kakinya masuk ke rumah usang itu. Tapi dia sudah tidak ada hala tuju lagi kecuali rumah usang yang hanya tinggal masa sahaja untuk rebah ke bumi. Kalaulah dulu dia tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Suamiku Songsang!!!?

Posted:

Oleh : zarith natasha “APA nak jadi dengan kau ni, Han?!” Suara garau bergema seluruh rumah. Sepasang mata merah tajam terarah ke arah lelaki yangberdiri betul-betul di hadapannya. Urat-urat leher sudah kelihatan. Itu tandanya lelaki berumur awal 50-an itu bukan tengah gembira. Tapi marah. Marah yang teramat sangat. “Sampai hati Han buat ibu macam ni.” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Nota Berwarkah Pilu

Posted:

Oleh : Nukilan Hati 14 November 2002 Hai hati! Gembiranya aku pada hari ini kerana Lan telah meluahkan segala perasaannya pada ku. Tidak sia-sia perkenalan kami selama tiga tahun ini. Rupanya Lan juga menyimpan perasaan sepertiku. Kiranya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Masihku ingat perkenalan pertama kami. Lan mengenaliku di dalam majalah sekolahku. Apa tidaknya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Aku Pasrah Jika ini Kesudahannya

Posted:

Oleh : fieda “Aku tak nak tengok muka kau lagi faham!!!!” jerit suara Encik Adham ke arah Umairah yang lengkap berpakaian pengantin di hadapannya. “Papa jangan buat Mairah macam ni, Mairah minta maaf tapi tolong jangan buang Mairah dalam hidup papa,” Umairah sudah merayu sambil melutut di kaki papanya. Mencerlung mata Encik Adham memandang wajah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Aku bukan boneka

Posted:

Oleh : elyna *1* Viviana tersandar lesu ke sofa kulit dari Itali. Wajahya pucat kepenatan. Dengan tudung tak dibuka, terus dipejamkan mata. Berehat sesaat dua. ” Vee dah balik ? Buatkan abang air. Hauslah,” pinta Danish seraya menuruni anak-anak tangga. Tanpa keluhan, terus Viviana bangun. Sebelah tangan menekan pinggang. Sedikit sakit dibahagian belakang. Perlahan, kakinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Sara Farzana

Posted:

Oleh : Dania Ibtisam Aiman aku amat merindui kasih sayangmu. Sekian lama kau pergi meninggalkan aku. Terasa seperti baru semalam kita bermadu asmara.Kenapa mesti aku yang kau tinggalkan?Tuhan begitu berat dugaan yang kau timpakan ke atas diri hambaMu yang kerdil ini.aku cuba pertahankan cinta yang utuh dihati ini namun permintaan ibu dan walid amat merunsingkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Cintanya Mungkin Di Kota Rom

Posted:

Oleh : EMMA AMIRAH Ena mengimpikan keindahan malam tersebut bersama Zul. Berjalan menyusuri taman berpohon lebat yang mengugurkan dedaun kering di malam yang bertiup angin dingin yang lembut. Biar sejuk mengigit tubuh yang berbalut baju panas yang tebal. Tapi dingin masih tetap dingin. Ena tidak peduli, kerana dia tak merasai kesejukan malam itu. Perasaannya pada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta

Tags

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

Jaket Jacko RM5.4j

Tags
JAKET   yang pernah dipakai  Michael Jackson dalam video ‘Thriller’   dilelong dengan harga AS$1.8 juta.
JAKET yang pernah dipakai Michael Jackson dalam video ‘Thriller’ dilelong dengan harga AS$1.8 juta.

Baju pencetus kegilaan fesyen pada 1980

LOS ANGELES: Satu jaket kulit merah dan hitam yang pernah dipakai Raja Pop, Michael Jackson dalam video Thriller dilaporkan dilelong dengan harga AS$1.8 juta (RM5.4 juta) semalam, sehari selepas peminatnya menyambut ulang tahun kedua kematian ikon seni terbabit.
Jaket itu yang dibeli pada harga beberapa kali lebih tinggi daripada nilai yang dianggarkan antara AS$200,000 (RM600,000) dan AS$400,000 (RM1.2 juta) mempunyai tulisan ‘Love Michael Jackson” di lengannya dan didedikasikan kepada pereka kostum.
Maklumat mengenai pembelinya tidak didedahkan selepas tawaran bidaan yang dimenangi itu dikirimkan melalui halaman web rumah lelongan Julien, Beverly Hills.

Pelelong menyifatkan jaket itu sebagai antara yang paling diingati dan terkenal pada abad ke 20, mencetuskan kegilaan fesyen pada 1980 apabila ia ditiru dan dijual kepada peminat Jackson atau Jacko di seluruh dunia.

“Jaket hitam dan merah menjadi identiti Jakcson apabila beliau terus menggunakan jaket dengan reka bentuk yang sama ketika mempersembahkan lagu ‘Thriller’ sepanjang karier beliau, katanya.

Jaket itu adalah satu daripada dua yang pernah digunakan Jackson ketika video ikon beliau manakala yang lain dipamerkan di muzium Rock and Roll Hall of Fame di Cleveland, Ohio.
Sebahagian daripada jualan itu akan diserahkan kepada Shambala Preserve di California, tempat Jackson mempunyai dua harimau Benggala bernama Thriller dan Sabu yang berada di situ sejak 2006 apabila penyanyi berkenaan meninggalkan Neverland Ranch, katanya.

Pada Sabtu lalu, peminatnya di seluruh dunia meraikan ulang tahun kedua kematian Jackson yang berusia 50 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat pengambilan ubat bius melebihi dos ketika sibuk membuat persiapan siri konsert kemunculan semula beliau di London.

Doktor peribadinya, Conrad Murray, dijangka akan menjalani perbicaraan atas dakwaan membunuh tanpa niat di Los Angeles pada September ini. – AFP