Khamis, 8 September 2011

Koleksi Novel Online (28 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Penulis Penulisan2u Memenangi Anugerah

Posted:

Keputusan dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011. Keputusan dan penyampaian hadiah di umumkan di Pesta Buku Popular di KLCC pada 27 Ogos 2011. Keputusan Anugerah : 1. Sepupuku Suamiku – Lynn Allyna ( Kaki Novel ) 2. 2 x 5 – Areila Sahimi ( Kaki Novel ) 3. Pergilah Air Mata – Hanni Ramsul [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Segalanya Mungkin 27

Posted:

Oleh : nieya Akibat kemarahan Mia sebentar tadi, Muaz langsung tidak dapat melelapkan mata. Apakah dosanya terhadap Mia kali ini. Sampai hati Mia menuduh dirinya sebegitu rupa. “Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena tahu jugak kenapa dia jadi macam ni. Tapi aku nak tanya dekat siapa ek?” bingung Muaz dibuatnya. Tetapi jika dia tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Iklil Hafiya 26

Posted:

Oleh : Hany Nafisya BAB 26 KAMARUL mundar-mandir di hadapan pintu bilik hotel Ameer Zafry. Sudah berkali-kali dia mengetuk namun, tiada sahutan. Sudah berkali-kali dia menelefon pemuda itu, juga tidak berjawab. Ke mana perginya lelaki tersebut? Ada sesuatu yang terjadi kepadanyakah? Dia mula risau. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Sepatutnya ketika itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tragedi Cinta 25

Posted:

Oleh : eila iraiena BAB 25 Atika dilanda kebosangan yang amat, sejak tadi dia asyik bergolek ke kiri dan ke kanan. Dia sudah tidak tahu aktiviti apa yang mahu dibuat. Sudah hampir seminggu Helmy pergi meninggalkannya, Aisyah pula sibuk dengan urusannya. Dia mengeluh, bosan. ” Bosannya…. ” ujar Atika sendirian. Dia tiada teman mahu diajak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta tak bersyarat 25

Posted:

Oleh : nufa shyairan Elisa memerhatikan Qyrina yang masih tidak sedarkan diri. Dia mengeluh. Jam di tangannya direnung. Sudah hampir sejam gadis itu pengsan. Dia memandang Aliya dan Helmi yang duduk di hadapannya. Betulkah lelaki itu Haris? Tapi mengapa dia kelihatan begitu bersahaja. Langsung tiada riak cemas mahupun takut apabila berhadapan dengan Qyrina. “Aliya, awak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hey Mr Bad Guy 38

Posted:

Oleh : Damia Myra Bab 38 Zarith masih setia menanti di sebelah isterinya. Direnungnya wajah pucat Nurin Hanani yang masih tidak sedarkan diri itu. Hari ini sudah masuk hari kelima isterinya koma dan terlantar lesu di atas katil itu. Hampir saban hari dan setiap masa dia tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan terbaru keadaan isterinya yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hakikat Cinta 33

Posted:

Oleh : azmah BAB DUA PULUH DUA Ellyana meraup wajahnya,kenangan itu seharusnya dihapuskan.Tidak sanggup lagi dia meratapi dan menangisinya.Jika malam itu tidak terjadi,tiadalah si kembarnya walau hakikat pada mulanya dia seperti orang yang kehilangan akal tatkala mengetahui benih Adam subur di rahimnya.Dia hilang pertimbangan namun atas nasihat dan kebaikan Camelia,dia kuat menanggung bebanan yang ditinggalkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hanya dia 28

Posted:

Oleh : Puteri Selendang Biru KURSUS pagi itu yang telah tamat jam dua belas tengahari tadi akan dimulakan semula pada jam lapan malam. Namun begitu, aktiviti petang akan bermula dalam jam tiga petang nanti. Sebaik sahaja menyudahkan makan tengahari, Maisara dan Hanum membuat keputusan untuk berehat di dalam suite sahaja. Teman-teman yang lain sudah pun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Apabila Dua Menjadi Satu 26

Posted:

Oleh : Iliyana Ahmad BAB 26 “Betul ke ni, bang?” Lisa memandang abangnya tidak percaya. Hakim tidak menjawab tapi tona mukanya sudah berubah. Dia menutup wajah merahnya dengan berpura-pura minum air. “Betul ke, mama?” Lisa bertanya mamanya pula. “Ya. Lagi dua bulan abang kamu nak bertunang,” Datin Arni menjawab. “Hari tu masa tengah berborak pasal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cerita Selepas Hujan 26

Posted:

Oleh : Ismail Hashim Bab 26 Kehilangan Manisah telah dapat dimaklumkan kepada Ustazah Zabedah.Dia dan suaminya,Ustaz Mustakim turut berasa terkejut. ” Nisah hilang,Ustazah,” ujar Zaleha. ” Hilang?” soal Ustazah Zabedah. Ustazah Zabedah terdiam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Mendengar suara yang riuh rendah itu di laman rumah itu, Ustaz Mustakim datang mendapatkan isterinya. ” Apa hal ni,Zed?” tanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Guardian of heart 25

Posted:

Oleh : Yon Hikari BULAN Ogos merupakan bulan yang paling sejuk pada tahun 2008. Langit membiru sejak bulan Januari lagi menjadi kelabu apabila masuk bulan Ogos. Belqish terpaksa memakai tebal sedikit kerana dia mudah mendapat selsema pada hari yang dingin. Shawal tersenyum sambil menjeling kearah Belqish yang bermuncung duduk dihadapannya. “Ada apa ni?” Tanya Belqish [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Satelit 24

Posted:

Oleh : Syah Kinabalu BAB 24 Aku berjalan malas menaiki lif. Apartment yang terletak di tingkat 8 tersebut kurasakan tinggi seolah Gunung Kinabalu yang belum pernah kudaki. Akhirnya penantian ku selesai, aku sampai ke rumah. Bobo kucing jiran menyambutku. Aku membersihkan diri dan kemudiannya berehat untuk tidur. Entah berapa lama aku tidur aku tak sedar. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Secangkir Madu Merah 22

Posted:

Oleh : Miqael Arshad BAB 22 Sememangnya merahsiakan sesuatu itu adalah perkara yang membebankan. Sampai bila dia perlu merahsiakan perkara itu dari isterinya sendiri? Asam garam dalam berumahtangga memang begitu tatkala hati sudah tidak suka lalu hidup dalam kepura-puraan. Maka ia menjadi satu cabaran pula bagi mereka yang menaruh harapan. Tidak wajar sebenarnya namun itulah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Semalam dalam kenangan 21

Posted:

Oleh : Hani Zaidah Bab 21 ” Yang..bangun..” suara Adam mengusik lenaku. Aku masih enggan bergerak. Rasanya mataku ini sangat berat untuk dibuka. Benar-benar berat. Meski berkali-kali bahuku digoyang, aku masih menolak untuk bangun. “Jangan kacaulah abang..” marahku dalam suara yang masih serak. Adam menggeleng-geleng melihat isterinya yang masih bermalas-malasan bangun. ” Yang..flight to Paris [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Boyz 3 Vs Alisya 20

Posted:

Oleh : fieda BAB 20 Alisya dan Camelia yang berada di dalam bas hanya menanti tiga orang putera yang tak munculkan diri lagi. Alisya memejam matanya mencari ketenangan tapi di sebalik tu nak hilangkan pening kepala. “Alisya bestnya dapat jalan-jalan dekat Alamanda kan saya nak shopping habis-habis sebab esok last dekat sini,” Camelia sudah berbicara [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mencari Cinta 20

Posted:

Oleh : cikbuwlan Laura berlari dan terus berlari. Mengikut gerak hatinya. Tanpa dia kenal erti penat. Dan tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Terjatuh Laura dibuatnya. “Sorry,” ucap Laura. Tanpa melihat siapa yang dilanggarnya, Laura bangun dan teruskan berlari. Air matanya mengalir laju, selaju jantungnya berdegup. Akhirnya Laura terduduk di rumput-rumput yang menghijau di sebuah park. “Gerak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Biar aku jadi penunggu 19

Posted:

Oleh : arsha wangi ‘Eh minah ni. Bila dia nak pandang muka aku ni. Hish tak boleh jadi ni.’ Gerutu Afeef sendirian sambil bangun dari tempat duduknya dan duduk pula di kerusi sebelah kanan Iffat. Terkejut wanita itu dan serta merta pandangan mereka bertaut. Pucat bibir comel dihadapannya itu. Dia sendiri terkejut apabila spontan Iffat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Miss Violence and Mr Casanova 16

Posted:

Oleh : amirazoe155 / amira atiya BAB 16 “Mungkin” Izz menggelengkan kepalanya dengan senyuman meleret. Matanya masih tak lepas merenung wajah Zyra. Zyra kali ini cuba memberanikan dirinya untuk menatap semula wajah Izz. Sayang, panahan mata Izz terlalu mencairkan hati dan melemahkan saraf-saraf perkasanya!. Goyah iman, ketar lutut dan mati kewarasan akal jadinya. “I memang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 14

Posted:

Oleh : AnneYusre Aqilah memandang Sakinah dengan muka penuh berharap.Dia ingin mendengar cerita yang sebenar-benarnya dari tuan empunya badan. Penjelasan Ikhwan tidak cukup tepat memandangkan teman lelakinya itu mendengar cerita dari pihak Aufa. Keterangan Sakinah akan menjelaskan segala-galanya. Fakta yang tepat, tidak dapat disangkal lagi. ” Kenapa tiba-tiba kau tanya?” Berkerut dahi Sakinah mendengar soalan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon