Jumaat, 19 Ogos 2011

Koleksi Novel Online (5 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Seindah Hujan Cinta 14

Posted:

Oleh : Qash Shazwani Panggilan telefon yang diterima Aneesa membuat hatinya mula sebak. Zarita yang sedari tadi mendengar juga mula rasa tidak sedap hati. “Kenapa Nisa? Kenapa dengan mak Mah?” “Mak tak sihat,” beritahu Aneesa perlahan. “Kak Rita, Nisa nak balik tengok mak.” Air jernih sudah mula mengalir di pipinya. Sejak berkahwin lebih kurang sebulan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kau Si Gemuk Aku 14

Posted:

Oleh : Tyona BAB 14 “Kau tak siap lagi? Kejap lagi perjumpaan dah nak mula.” Evelin mengambil buku nota kecil dan pen lalu disepitkan ke dalan seluar jeansnya. Dia tak mahu terlewat ke perjumpaan penerangan ekspedisi dan perkhemahan pada hari minggu ini. Dia menggeleng sekejap apabila melihat Anita masih tidak bergerak daripada katilnya malah semakin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bukan itu yang ku inginkan 14

Posted:

Oleh : east chynta BAB 14 “Sha..apa kata Sha cari pengganti arwah Im.”ringan sahaja mulut puan Hasnah bertanya tanpa menghiraukan perasaan anaknya. Lama Amisha merenung ibunya. Amisha menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. “Sampai bila Sha nak hidup bersendiri.? Anak kecil tu pun perlukan kasih sayang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Mistress 13, 14

Posted:

Oleh : Acik Lana Bab 13 Usai mengemas pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan malam, Mya mengambil bakul pakaian untuk membasuh pula. Malas dia mahu bertangguh kerja kerana dia lebih suka menghabiskan masa siangnya dengan menonton TV dan bersenam. Lebih berfaedah rasanya daripada duduk di belakang membasuh pakaian. Itu dah sebijik macam kerja maid. Sepatutnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ranjau hati seorang isteri 13

Posted:

Oleh : syafriyana Bab 13 Herry sudah selesai menyiapkan kerjanya. Dia rasa berpuas hati dengan hasil tangannya sendiri. Dia menegakkan badannya lantaran bersandar di kerusi yang diduduki. Dia mengurut-ngurut tengkuknya yang terasa lenguh. Dia merenung tepat ke frem pemandangan. Matanya dipejamkan serapat-rapatnya cuba merehatkan mindanya seketika. Dia tidak dapat merehatkan mindanya. Otaknya terus berputar ligat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Anugerah Terhebat 13

Posted:

Oleh : Afifah Yusof Khairina merenung ke luar tingkap biliknya yang sengaja dibuka luas. Rambut panjangnya yang melepasi bahu dibiarkan bebas ditiup angin. Matanya mendongak memandang bulan sabit yang kelihatan samar-samar dilitupi awan. Matanya jatuh pula pada sejambak bunga mawar merah yang diletak di atas meja. Perlahan Khairina menghampiri bunga dan diambilnya. Tak dapat digambarkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 10

Posted:

Oleh : AnneYusre Puan Sri Aliyah mengetuk pintu bilik anaknya. Sudah tiga kali nama Aeman di laung, namun orang di dalam masih diam tidak bersahut. Perlahan-lahan tangannya menolak pintu bilik Aeman yang tidak berkunci. Sah, memang Aeman masih sedap membuta. Televisyen dan Play Station 3 masih terpasang tidak bertutup dari malam tadi. Ini mesti main [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : I’m not your butler or P.A or SO ON..!!! 12

Posted:

Oleh : sme_zea saeng il chuk ha ham ni da saeng il chuk ha ham ni da sarang ha neun — fiya shi saeng il chuk ha ham ni da Telefon bimbit merah itu sedang lunak menyanyikan lagu selamat hari lahir dalam bahasa Korea. Fiya terbangun sambil menguap. Hari jadi siapa pulak ni? Fiya melihat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mengapai Rindu 12

Posted:

Oleh : AziEaNa Bab 12 IMAN NAJWA merenung lama wajah kakaknya yang sedang meneliti menu di hadapan. Hari ni dia berbesar hati datang ke Kuala Lumpur semata-mata melepaskan rindu pada kakak tersayang, apa lagi untuk menatap satu-satunya wajah anak saudara yang comel. ” Along, along mesti balik tau masa kenduri kawin Iman nanti!” Iman berusaha [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bawalah daku ke dalam pelukanmu 12

Posted:

Oleh : syan_irfan Aku terjaga apabila terasa ada gerakan ditubuhku. aku terpisat-pisat. setelah mencelikkan mata, aku terperasan yang aku sebenarnya sedang berada dalam dakapan hangat suamiku dan sebelah tanganku sudah dijadikan bantalnya. entah bagaimana aku tidak sedar yang aku sedang berbaring diatas ranjang. mungkin tadi aku terlalu bersedih sehingga aku hanya melayani rasa sedihku itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Suamiku Vampire 11

Posted:

Oleh : RIA NATSUMI Hari ini Lidya lambat ke tempat kerja gara-gara ‘Boboy’ bual hal. Sakit kot. Lidya sudah lambat hendak ke tempat kerja. Apabila dia berjalan kaki ke perhentian bas berhampiran, dia ternampak bas baru sahaja pergi meninggalkannya. Lidya ingin menangis tetapi dia kuatkan hati. ‘Lambatlah aku ke pejabat hari ini. Masalahnya bas atau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Kau Mengerti 11

Posted:

Oleh : Nur Suriati BAB 11 Sudah berulang kali Zuril memberi salam kepada isi rumah tersebut. Puas sudah berbuat demikian, Zuril masuk dengan menggunakan kunci pendua. Dia malas mahu bertanyakan kepada pengawal yang berada di hadapan pintu masuk rumah yang tersergam mewah itu. Mungkin penghuni rumah tersebut masih lena dibuai mimpi. Zuril berlalu ke ruang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Erti Kasih 11

Posted:

Oleh : Kayaizzat Bab 11 “Sanggup?” Najwa mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Ya…aku tahu,hatinya amat berat menerima permintaanku. Ada serelung keresahan bersinar di wajahnya. Dahi Najwa berkerut seribu,matanya tak lepas merenung wajahku. “Dahlah Aiman….Najwa tak sanggup?” “Sekali sahaja. Untuk kali ini. Najwa sahaja harapan Aiman!!!” “Najwa dah katakan tadi………Najwa tak sanggup!!!!!!!!!!” Ternyata….harapanku mula cair saat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : K.E.A 10

Posted:

Oleh : Arasharrina “Sedapnya bauuuu…” Kea yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul menyelinap ke ruang dapur. Bau nasi lemak kukus buatan neneknya itu betul-betul menyengat hidungnya. Ditariknya kerusi dan terus tercongok di depan meja. Tudung salji diangkatnya dengan gembira. Wowww!!~ teruja sekali dia melihat semuanya telah terhidang di depan mata. Dah macam orang tak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Manuskrip Cinta 10

Posted:

Oleh : Muliati Abdul Bab 10 Naurah meneliti semula buku-buku agama yang telah menjadi pilihan hati. Ada tiga buah kesemuanya. Sedangkan mengikut bajet, dia hanya boleh membeli sebanyak dua buah buku agama saja. Hatinya sudah berbelah bagi. Akhirnya dia mengeluh berat setelah gagal membuat keputusan. Sekali lagi dia membaca sinopsis dan profil penulis ketiga-tiga buah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Komplot Kita 10

Posted:

Oleh : Rashidah Roseli “Engkau okey?” soal Amirul. Setelah Ruzial melepaskan diri bersama teman lelakinya tadi, Amirul enggan mengejar lagi. Kalau ikutkan memang dia boleh mengejar, tetapi hatinya kasihan melihat reaksi Darwina tentang kata-kata Ruziah. “Aku okey,” Darwina sekadar menyedapkan hati Amirul sahaja. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati mendengar kata-kata Ruziah. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Fallen Angel VS Descent Devil 10

Posted:

Oleh : ema hzardu Serina menekan malas kontrol televisyen yang ada di tangannya sekarang. Ikutkan hati mahu sahaja dia keluar dari rumah itu, tetapi ayahnya melarangnya keluar. Serina juga tahu, malam ni Khairul Hadi tidak akan ada di tempat biasa. Entah kenapa lelaki itu sudah berubah. Kalau dahulu, ada peluang sahaja pasti perhatian dicurahkan untuknya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : 143 Tiada Penghujungnya 10

Posted:

Oleh : Permata Nilam Bab 10 Dari kejauhan Daniel melihat kelibat Dania. Pasti sebentar lagi Dania akan melewatinya atau sekurang – kurangnya bertembung dengannya. Daniel sudah bersiap sedia untuk menyapa gadis itu. Biar kali ini dia membuat kejutan kepada Farhan dan Boney untuk kali kedua setelah terkejut melihat keadaannya pagi ini. Kening dan pipinya masih [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 10

Posted:

Oleh : Emoq BAB 10 “Mak, Nor rasa Nor nak berhenti kerjalah…” Tangan Mak Eton yang sedang rancak memotong sayur terhenti. Wajah Nor yang duduk di depannya itu direnung lama. “Kenapa pula ni? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja nak berhenti kerja,” soal Mak Eton kehairanan. “Tak seronoklah bekerja kat situ. Nor ingat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kamu, pilot dihatiku 5

Posted:

Oleh : Tenggiling Bergulung Oleh kerana sudah tak sabar-sabar nak berjumpa dengan abang Aizat or in other words nak denda dia sebab tak hadir aku punya wedding reception, aku telah bangun awal. Tapi sebelum aku pergi jumpa abang Aizat, aku kena la mintak izin Herman dulu. Walaupun aku tak suka dia namun dia suami aku. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon