Selasa, 9 Ogos 2011

Koleksi Novel Online (28Julai2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : KLIK! 12

Posted:

Oleh : Permaisuri / Suri Ryana Bab 12 “Memang silap besar la lu nak gertak wa macam tu, Adam! Lu tak kenal siapa Kay!” Aku menjerit kecil sambil tersenyum riang. Rancangan untuk lari dari menjadi ‘awek’ olok-olok Adam terapung-apung di dalam kepala, tinggal nak melaksanakannya aje! Bukannya aku ini seperti kacang lupakan kulit tetapi pertolongan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seindah Hujan Cinta 12, 13

Posted:

Oleh : Qash Shazwani Aneesa serba tak kena bersendirian di ruang tamu rumah tersebut. Wasim sudah lama masuk ke bilik, mungkin sedang dibuai mimpi indah bersama Zarita. Macam ular sawa, lepas makan tidur! Pak Dris, lepas makan dan solat tadi dah ke kebun. Mak Yon pula entah ke mana. Apa nak buat niiii? Boringnya! Aneesa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku tak suka kau!!! 12

Posted:

Oleh : akira Mika menyambut salam Danish.Salaman mereka agak lama.Danish memandang tepat ke mata Mika.Mika mula malu.Muka dia hampir merah.Danny mengerutkan dahinya. “Ehem-ehem,cukup-cukup lah salam tu ye.Nanti lenguh tangan” Danny menyedarkan mereka yang sedang mengelamun.Mika dan Danish hampir tersentak. “Sorry lah,Wife kau ni cantik sangat sampai terlupa aku” Danish tersenyum.Muka Mika bertambah merah apabila mendengar [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Anugerah Terhebat 12

Posted:

Oleh : Afifah Yusof Bab 12 Airin memandang Khairina yang sedang merapikan tudungnya di hadapan cermin panjang di ruang tamu. Seulas senyuman diberikan kepada Khairina yang cantik berblaus putih berbunga kecil warna merah hati. Tudung putih terletak elok menutup mahkota berharga gadis itu. “Yang kau senyum sorangt-sorang ni kenapa?”tegur Khairina. Airin hanya tersengeh lebar. “Kau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ranjau hati seorang isteri 12

Posted:

Oleh : syafriyana Bab 12 Ketika Fiza sedang asyik melayani perasaannya sendiri, matanya sekali lagi terlihat jam di dinding ruang makan. Dah pukul 11:15. Tak boleh jadi ni! Fiza bangun dan melangkah ke dapur.Dia membuka peti ais untuk melihat bahan yang mahu dimasaknya. Dia mengeluarkan sotong, udang dan beberapa jenis sayur-sayuran. Dia akan memasak tomyam. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Mistress 11, 12

Posted:

Oleh : Acik Lana Bab 11 Mikail mengeluh untuk kesekian kalinya. Kali ini tangannya memangku kepala yang berdenyut-denyut. Sungguh, otaknya tak langsung berfungsi saat ini. Ideanya langsung tak ada, melayang entah ke mana. Kertas-kertas pelan yang bersepah dimejanya dibelek-belek malas. Dia mengeluh lagi sambil menyandarkan badan ke kerusi. Kerja masih banyak dan semuanya perlu disiapkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : I’m not your butler or P.A or SO ON..!!! 11

Posted:

Oleh : sme_zea Ahh… aku tengah sesedap rasa membuat kilang tahi mata. Dia pulak datang tepat depan pintu. Memekak je bunyikan loceng tu banyak kali. Ibu pun terpaksa lah mengejutkan aku dari mimpi yang pelik. Sekejap aku masuk hutan, kejap dekat U, kejap lagi dekat Paris. Entah bila aku pernah menjejakkan kaki ke Paris pun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Suamiku Vampire 10

Posted:

Oleh : RIA NATSUMI bab 10 “Sudikah awak menjadi teman hidup semati saya?” lamar Zafri. Dia berlutut. Tiba-tiba banyak salji halus keluar. Lidya terpana. Dia dilamar dalam suasana seperti ini. Bahagianya. Zafri mengeluarkan sekotak baldu merah. ‘Cantik!’ detik hati Lidya tatkala memandang cincin itu. Dia tergamam. Lidahnya kelu. “Awak melamar saya,Zafri?” soal Lidya bagaikan tidak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bawalah daku ke dalam pelukanmu 11

Posted:

Oleh : syan_irfan Tengku Zafran mencempung tubuh isterinya yang hanya dibaluti sehelai tuala putih keluar dari bilik mandi. Mereka baru sahaja selesai mandi bersama. Tengku Zafran sengaja mengajak isterinya mandi bersama biarpun isterinya sudah berkali-kali menolak. tetapi Tengku Zafran terus mencempung tubuh isterinya yang sudah terjerit-jerit lalu dibawa kebilik mandi. dia mahu menikmati saat-saat itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Kau Mengerti 10

Posted:

Oleh : Nur Suriati BAB 10 Muram wajah Zuril ketika dia menghayun langkah ke dalam rumah dua tingkat itu. Wajah Sheikh Haikal yang mencerlung dengan kehadirannya di renung sekilas sebelum dia melintasi lelaki itu menuju ke dapur. Fikirannya berserabut memikirkan tentang anak saudara yang ditinggalkan di rumah anak yatim tadi. Keadaan Edora menyebabkan hati Zuril [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Erti Kasih 10

Posted:

Oleh : Kayaizzat BAB 10 Muram wajah Zuril ketika dia menghayun langkah ke dalam rumah dua tingkat itu. Wajah Sheikh Haikal yang mencerlung dengan kehadirannya di renung sekilas sebelum dia melintasi lelaki itu menuju ke dapur. Fikirannya berserabut memikirkan tentang anak saudara yang ditinggalkan di rumah anak yatim tadi. Keadaan Edora menyebabkan hati Zuril sayu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : K.E.A 9

Posted:

Oleh : Arasharrina “Terima kasih sebab hantar I balik, Encik Haikal jangan lupa makan ubat.” Ujar Kea seraya membuka pintu kereta. Kejadian tadi masih berbekas dihatinya. “Err..eh~, Kea.” “Ada apa lagi Encik Haikal?” “You marahkan I lagi ke?” Kea memandang Haikal dengan pandangan yang redup. “Don’t worries. Siapalah I nak marahkan you. Dah lewat ni, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Manuskrip Cinta 9

Posted:

Oleh : Muliati Abdul Bab 9 “Tolong makcik jaga Qamarul ni. Kalau dia nakal-nakal, telefon makcik cepat,”pesan datin Samiha pada Khalil. Khalil yang memang kuat mengusik itu sudah lama tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. “Baik, makcik. Apa-apa hal saya akan terus report pada makcik nanti. Qamarul ni ada angina juga makcik. Ada masa memang dia nakal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Komplot Kita 9

Posted:

Oleh : Rashidah Roseli “Myrul, I’m sorry for my harsh words.” Amirul segera berpaling apabila mendengar suara Darwina di belakangnya. Dia memang berura-ura mahu duduk berbincang dengan Darwina untuk berdamai sekiranya mereka bersengketa, namun tidak diduga wanita itu lebih dulu memulakannya. Dia hanya membiarkan sahaja apabila Darwina mengambil tempat duduk di sebelahnya dengan selamba. “It’s [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Jutawan Cinta 9

Posted:

Oleh : RinsyaRyc 9 Bila cinta mengusik jiwa… Yang luka, manis terasa… Selesai solat subuh, aku bersiap-siap untuk mendaki Santubong. Aku hanya perlukan sebotol air mineral kecil. Aku memang cepat haus, tapi apabila mendaki gunung, tak pernah pula aku kehausan. Pertama kali aku mendaki gunung aku bawa dua botol air mineral besar dan aku juga [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Fallen Angel VS Descent Devil 9

Posted:

Oleh : ema hzardu Medinah tidak dapat melelapkan matanya walau katil itu lebih empuk dari katil miliknya di rumah. Ketenangannya mulai hilang sejak menjejakkan kakinya ke rumah itu. Kepalanya, perasaanya semuanya bercampur baur dan cuba untuk menguasainya dari berfikiran waras. Medinah bangkit. Tudung dan sweater dicapai, lantas dia bergerak menuju ke luar. Buaian berwarna emas [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : 143 Tiada Penghujungnya 9

Posted:

Oleh : Permata Nilam Bab 9 Aku menyanyi – nyanyi kecil seiring dengan langkahku. Ini sahajalah caraku menghiburkan hati dan melengkapkan hidupku. Melengkapkan untuk merasa hidup ini sempurna. “Happy je”Aku tersentak. Daniel sudah melingkarkan tangannya dibahuku. Pantas kutepis. Memang anak muda ini tidak sopan. Kujarakkan diriku daripada Daniel. Selalunya kedatangan Daniel adalah bersama niat buruknya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 9

Posted:

Oleh : Emoq BAB 9 Nor memandang lama ke arah mejanya. Kehadirannya di situ pada pagi Isnin itu disambut dengan kejutan di luar jangkaannya. Hai, siapa pulalah yang buat kerja gila macam ni, pagi-pagi buta begini? Getusnya sendirian. Hatinya diburu persoalan. Nor menoleh sekilas ke arah Saleha yang sedang leka bermain game di dalam komputernya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bulan, Sampaikan Cintaku! 9

Posted:

Oleh : Kekwa Kuning BAB 9 “Ann, kenapa mata kau bengkak dan merah ni? Are you okay? Kau pun nampak pucat sangat. Kenapa ni?” soal Ummi cemas sebaik aku melangkah masuk ke bilik hostel. Tanpa sebarang kata, aku terus memeluk Ummi erat. Dia turut sama membalas pelukanku dan aku menangis semahu-mahunya di dalam pelukan rakan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Selagi Ada Kasih 8

Posted:

Oleh : Intan Terpilih Sejak peristiwa hitam yang menimpa dirinya malam itu, Dania perasan bahawa ayahnya itu lebih banyak termenung dari berbicara dengannya. Adakalanya tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir tua itu. Dania tahu, ayahnya kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Maafkan Nia, ayah. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sejuta Luka Dihati 7

Posted:

Oleh : Shazlynn Fazlynn “Tak ada apa cuma pelik saja,mana pergi jambang kamu?”tegur Hafizal. Zarina yang mendengar segera memandang wajah adik iparnya.Di teliti paras wajah tampan tersebut,ternyata apa yang di katakan oleh suaminya benar. Tadi dia memang tidak perasan dengan perubahan itu. ” Ya lah Fizzi bila masa kamu cukur jambang kamu tu ?” Zarina [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku BenCinta Kau 8

Posted:

Oleh : SalwaRazali Bab 8 Tiba-tiba telefon bimbit Azam sudah berbunyi lagu I’m yours.. Elika memandang Azam yang meletakkan kembali burgernya. Linda menelefon Azam. Dia ingin mengajak Azam makan bersama.. “I ada kat mcD ni. You datang sinilah. I tunggu okey? See you, bye sayang..” Azam meletakkan handphonenya diatas meja makan itu. Elika jelir lidahnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Lembaran Jiwa 8

Posted:

Oleh : ANA LAILA 8 “Anis, jomlah pergi kantin.” “Tak naklah! Bukan kau tak tahu aku ada sejarah silam kat situ!” Azza tergelak. Teringat dia kembali apabila secara tidak sengaja mee goreng Anis terjatuh dari tangannya akibat terlalu asyik melihat ketampanan seorang guru lelaki senentara di sekolahnya. Apalagi, sejak kejadian tu, dia fobia untuk ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Betul Ke Cinta? 8

Posted:

Oleh : Eva BAB 8 “kenapa Lisa tak bagi tau Lisa nak balik? Kalau tak boleh ibu beli lauk banyak sikit semalam.” Sapa Mak Cik Yati yang terkejut sebab tiba-tiba je dia nampak aku kat dapur. ‘ibu? Bila masa dia ni jadi ibu aku?’ aku mengutuk di dalam hati. Masa aku sampai semalam, ayah dan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Sebiji Bola 7

Posted:

Oleh : Aqilah Cmn Bab 7 Izzat tersenyum sendirian. Kaisara, perempuan yang baru dijumpainya sungguh meruntun jiwa. Dia sedang seronok melepaskan giannya pada bola sepak apabila menyedari kehadiran seorang gadis berbaju kurung hijau itu, terus sahaja keseronokannya terhenti. Gadis Hijau! Gadis yang telah mendengar luahan perasaannya. Gadis yang berjaya mencuri hatinya dengan sekelip mata. Adakah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Esok Hari Terakhirku 6

Posted:

Oleh : Nurreez Nurizan ~ Part 6 ~ Vroooommmm…….sebuah motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju membelah keheningan pagi. Hasya Alanna yang ketika itu berjalan berdekatan lopak air menjerit apabila bajunya basah terkena percikan air lopak tersebut. “Opss….sorry..” Pelajar lelaki itu hanya menoleh sekilas untuk meminta maaf dan berlalu pergi bersama motorsikal pinjamnya. “Hei….bawa motor tu pandang-pandanglah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bukan kerana terpaksa 4

Posted:

Oleh : SUE ISMA Amar tersengih memandang wajah mencuka Aisya itu. Bukan niatnya untuk memaksa gadis itu namun dia terpaksa. Kalau tak di paksa, kucing dah bertanduk pun belum tentu isterinya itu mahu mengikutnya pulang ke Kelantan. Ada saja alasan yang di beri. Assignment banyak la,test dah dekat la,kuiz tiap-tiap minggu la. Dia ingat aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon