Sabtu, 9 Julai 2011

Dari Hawa Untuk Adam

Tags

"Wahai Adam…"

Adam…maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesugguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana aku buruan syaitan.

Adam…maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangam kaummu mengatasi kaumku nescaya marahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa,kaumku sendiri rupanya..

Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidikku,kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…

Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu,apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?!Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu,adakah kaum Adam malayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya.Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua.Adam jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku.Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9),nafsumu satu (1),…akalku (1),nafsuku beribu! Banyakkan Adam?!Oleh itu,pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!

Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaummu sendiri yang akan mentertawakanmu,kerana pada masa itu ten egara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan…jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah..

*"Wahai Adam…berilah Hawa sedikit kegembiraan

Maka Hawa akan berikan seluruh kesetiannya padamu..

Kegembiraan itu berupa kasih sayang, perhatian,belaian dan kejujuran..

Nescaya kau tidak akan hampa.."

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon