Jumaat, 8 Julai 2011

Dari Hawa Kepada Hawa

Tags

Wahai Hawa,Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa..mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa..masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?Wahai Hawa, Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian..boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa..kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya. Wahai Hawa,jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.Hawa,Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah..(Hadith Riwayat Muslim)

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon