Isnin, 27 Jun 2011

Tiga pelajar KIST maut, lori ais rempuh kereta

Tags

GAMBAR atas, KENDERAAN yang dinaiki tiga pelajar KIST remuk dalam nahas   di Kilometer 15 Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas, malam kelmarin. Gambar bawah, dari kiri, Mohammad Aliff,  Shaiful Jawahir dan   Sheikh Muhammad Farhan.

GAMBAR atas, KENDERAAN yang dinaiki tiga pelajar KIST remuk dalam nahas di Kilometer 15 Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas, malam kelmarin. Gambar bawah, dari kiri, Mohammad Aliff, Shaiful Jawahir dan Sheikh Muhammad Farhan.
Mangsa kemalangan selepas hantar rakan ziarah bapa

KOTA BHARU: Tiga pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kampus Ibnu Sina, Bachok, terbunuh, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori membawa ais di Kilometer 15 Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, Shaiful Jawahir Razali, Sheikh Muhammad Farhan Sheikh Md Saud, dan Mohammad Aliff Mohd Suhaimi, masing-masing 19 tahun terbunuh di tempat kejadian selepas tersepit dalam kereta yang remuk akibat dirempuh lori berkenaan.
Tiga yang parah ialah pemandu lori berkenaan hanya dikenali sebagai Zamri, 29, dan kelindannya (tidak dikenali) serta seorang penumpang kereta parah, Muhammad Aznil Afnan Ariffin, 20, diberi rawatan kecemasan di Hospital Pasir Mas, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Shaiful yang berasal dari Tanah Merah mengambil jurusan Diploma Pembantu Farmasi, manakala Sheikh Muhammad dari Georgetown, Pulau Pinang dan Mohammad Aliff, Tanah Merah masing-masing di semester tiga Diploma Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal.

Suasana di bilik forensik HRPZ II memilukan apabila ahli keluarga mangsa terutama ibu bapa Mohammad Aliff tidak dapat menahan perasaan sambil memanggil nama Aliff berkali-kali sebaik jenazah pelajar itu diusung keluar sebelum dibawa dengan kenderaan jenazah untuk dihantar ke rumahnya di Batu 11, Tanah Merah, pagi semalam.

Malah, 100 pelajar KIST yang turut hadir di bilik forensik itu turut mengalirkan air mata.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azaham Othman, berkata kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Pasir Mas menuju Kota Bharu apabila kereta Iswara dipandu Saiful Jawahir cuba memotong kenderaan dari arah sama.

“Bagaimanapun, kereta dipandu Saiful terbabas memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan lori hingga menyebabkan tiga pelajar berkenaan mati di tempat kejadian, manakala pemandu lori, kelindan dan seorang lagi pelajar cedera parah di kepala dan badan masing-masing.

“Sehingga kini keadaan ketiga-tiga mangsa masih tenat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azaham berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, di talian 019-0300087 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, rakan mangsa, Safuan Haqim Othman, 19, tidak menduga permintaannya untuk dihantar pulang kerana mahu melawat ayah yang tenat membawa tragedi kepada tiga sahabat baiknya.

Safuan yang menerima panggilan dari kampung yang menyatakan ayahnya sakit tenat, meminta bantuan daripada Mohammad Aliff untuk menghantarnya pulang ke Kampung Galok, dekat Pasir Mas.

Bagaimanapun, tiga lagi sahabatnya, Shaiful Jawahir, Sheikh Muhammad Farhan dan Muhammad Aznil turut mengikuti Mohammad Aliff untuk menghantar Safuan ke kampung berkenaan.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada rakan awal pagi tadi (semalam), memaklumkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia kerana terbabit kemalangan ketika perjalanan pulang dari rumah saya ke Kota Bharu,” katanya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon