Jumaat, 17 Jun 2011

Siti Nurhaliza ketua platun Wataniah selebriti

Tags

 BARISAN selebriti yang menyertai Askar Wataniah (dari kanan)   Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don memberi tabik hormat di Wisma Pertahanan, semalam.
BARISAN selebriti yang menyertai Askar Wataniah (dari kanan) Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don memberi tabik hormat di Wisma Pertahanan, semalam.


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam, antara lapan selebriti yang secara rasmi menyertai Rejimen Askar Wataniah selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Selain mereka, turut menyertai pasukan itu pemenang Anugerah Juara Lagu 2010, Ana Rafali, Penerbit filem, Datuk David Teoh; pelakon Mohd Noor Bon dan Intan Ladyana; penyanyi, Aizat Amdan serta anak perempuan Ahmad Zahid yang pernah merakamkan album, Nurul Hidayah.
Mereka turut menerima pakaian seragam Askar Wataniah sebagai simbolik penyertaan mereka dan akan mengikuti latihan asas ketenteraan itu dalam masa terdekat selepas pemeriksaan kesihatan selesai dijalankan.
Siti Nurhaliza yang turut dilantik sebagai ketua platun berkata, kesudiannya menyertai rejimen itu selepas mendapat keizinan sepenuhnya daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Katanya, walaupun sedar dirinya sentiasa sibuk memenuhi undangan nyanyian dan menguruskan perniagaan kecantikan, namun beliau akan berusaha sebaik mungkin membahagikan masa untuk menyertai latihan.

“Siti percaya, dengan pembabitan kumpulan selebriti dalam askar wataniah ini, ia mampu menyemarakkan lagi semangat pertahanan di negara ini selain mampu mendalami lebih mendalam bidang ketenteraan.

“Askar Wataniah satu program sangat menarik kerana ia bukan saja untuk mempertahankan negara, sebaliknya boleh digunakan untuk mempertahankan diri sendiri selain mampu mengekalkan kesihatan badan,” katanya yang turut ditemani suaminya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon