Jumaat, 24 Jun 2011

Penggodam mengakui bersalah curi maklumat iPad

Tags

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 26 tahun mengaku bersalah semalam kerana mencuri alamat emel dan maklumat peribadi milik 120,000 pelanggan Apple iPad dari pangkalan data AT&T.

Daniel Spitler, dari San Francisco, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan Newark, New Jersey, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kehakiman, hari ini.

Spitler, yang menyerah diri kepada pihak berkuasa Januari lalu mengaku bersalah terhadap tuduhan terbabit dalam konspirasi untuk mendapatkan kod laluan menghubungkan dengan internet dan pangkalan data syarikat terbabit.
Satu lagi tuduhan terhadapnya ialah memalsukan identiti untuk tujuan mencuri maklumat.

Setiap tuduhan beliau berdepan dengan penjara maksimum lima tahun. Tarikh jatuh hukuman terhadapnya ditetapkan 28 September depan.

“Penggodam komputer kini amat teruja dalam masyarakat hari ini, merosakkan individu dan pertubuhan semata-mata untuk kepentingan mereka," kata Hakim Paul Fishman.

“Aktiviti penggodaman adalah perbuatan serius, memusnahkan peribadi dengan mencuri identiti seseorang dan ia membawa kepada ancaman keselamatan negara," katanya. - AFP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon