Khamis, 23 Jun 2011

Koleksi Novel Online (20jun2011)

Novel : Mungkinkah 2

Posted:

Oleh : Hanni Ramsul Enovel terbaru dari Hanni Ramsul, penulis novel Biarlah YM Berbicara dan Pergilah Air Mata BAB DUA Arisa memerhati di balik pantulan cermin. Melihat Radhi yang sedang bersiap. Bibirnya berat untuk bersuara. Malas mahu bertanya. Paling tidak, jawapan yang bakal menjamah telinganya pasti akan menyakitkan hatinya. Biarlah Radhi dengan caranya. Dia sudah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Mistress 1, 2

Posted:

Oleh : Acik Lana Bab 1 Jam loceng di sisi meja mengejutkan lena Mya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba menekan butang ‘Off’ pada jam loceng digital berwarna putih susu dihiasi bunga-bunga kecil berwarna biru. Suasana kembali sunyi. Cuma bunyi hembusan penghawa dingin yang sejak malam tadi terpasang di dalam ruang bilik ini kedengaran [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Minah Senget vs Mamat Sewel 1, 2

Posted:

Oleh : east chynta Bab 1 Entah ke mana pergi menghilangnya dirimu. Di saat aku memerlukan kau disampingku, engkau makin jauh pergi. Berhari, berminggu, berbulan kunanti. Namun tiada jawapan. Katamu kau hanya akan pergi sebentar…hanya seketika sahaja perpisahan ini…akan kau utuskan perkhabaran kepadaku…tetapi apa yang kudapat hanyalah sepi…makin lama kumenanti makin tersiksa jiwaku. Haruskah aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Pemilik Hati Ini 1

Posted:

Oleh : Ann Ally Prologue Sejuknya…..hujan lagi tu.Malas lah nak bangun kalau begini.Lagipun hari ni aku tak kerja langsung.Maklumlah cuti hujung minggu.Aku melihat jam yang berada bersebelahan dengan katil ku ini.6.44 pagi,awal masih.Bagus sambung tidur. Tok!Tok!Tok! Bertubi-tubi ketukan di pintu ku itu.Siapa lagi ni kacau aku ni! argghh! Nak tidur pun susah.Aku membuka tombol pintu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kerna Kamu 1

Posted:

Oleh : aku_dia Remote control kereta di tangan aku tekan untuk memastikan kereta sudah berkunci. Peluh yang sudah mula berkumpul di dahi aku kesat dengan lengan baju. Huh! Panas! Dah dekat setahun jugak aku tak menjejakkan kaki dekat negeri ni, panasnya tak berubah! Hahaha. Macamlah setahun ni aku duduk dekat Europe sana. Perasan! Walhal selalu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 1

Posted:

Oleh : AnneYusre Sakinah tahan diri dari membantah arahan datuknya. Permintaan itu memang sangat melampau jika nak dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan. Datuk memang suka membesar-besarkan cerita. ” Kamu nak membantah arahan atuk ke Sakinah?” Saja disoal cucunya kerana dia dah kenal sangat dengan perangai Sakinah. Pastinya sakinah tengah mengutuk dia bermati-matian di dalam hati. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seindah Bicara Cinta 1

Posted:

Oleh : Zara Adhani Universiti Putra Malaysia, 2004. “Sekarang saya mahu kamu semua jadi saksi saya pada hari ini.” Manan terdiam sejenak sambil melirik kearah remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan yang berdiri di sampingnya. Melihatkan suasana di dalam dewan yang agak muram dan membosankan lantas bibirnya menguntum senyum nakal dengan idea yang tiba-tiba menerjah ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Hanya Insan Biasa 1

Posted:

Oleh : farah dhieya Bab 1: Pasir atau permata? ” Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan pihak tuan/ puan/ cik Natasya bt Abd Aziz telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Universiti Malaya”, Natasya membaca surat tawaran kemasukkan ke universiti yang baru diperolehnya sebentar tadi dengan nada yang penuh ceria. Gembiranya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : The Middle 1

Posted:

Oleh : AN GIG #1 Di atas pentas mewah dengan pancaran lampu yang berwarna warni berserta dengan asap nipis yang menaikkan gaya pementasan berdirinya seorang gadis berambut pendek berdiri seorang diri di atas pentas. Dengan gaya yang bersahaja berserta gitar elektrik yang di sangkutkan strap di bahu kanan dia berjalan ke arah mikrofon. Langkahnya ibarat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tidakkah kau sedar sayangku? 1

Posted:

Oleh : Tia_Zierah PROLOG “Hei!Apa awak cuba nak buat kat saya ni,hah?!!Lepaskan saya. Tolong! Tolong!”,Tengku Melia terus meronta untuk melepaskan diri. Dia menyesal kerana tidak mahu mengikut arahan ayahnya agar tidak keluar dari rumah buat masa ini. Mengikut kata PAnya ,ada seorang musuh perniagaan ayahnya yang ingin mengancamnya. Dia menangis teresak-esak. “Hei! Jangan menangis! Kalau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kini dan selamanya 1

Posted:

Oleh : firas andika Adira merenung anak bulan yang penuh indah itu dengan tatapan sayu.Sedikit sebanyak dia masih mengingati pertemuan pertamanya bersama Daniel.Lelaki yang pernah bertakhta dia hatinya dulu dan pernah berjanji akan selalu setia bersama sehinggalah ke akhir hayat.Namun semuanya hancur berkecai apabila Daniel pergi meninggalkan dirinya sewaktu hari pernikahan mereka tidak lama dulu.Meskipun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Jodohku di facebook 1

Posted:

Oleh : syahida Air mata mengalir lagi. Tidak dipinta segala kesedihan. Ia datang tanpa salam, menghancurkan sekeping hati milik Aisyah Dania. Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Namun sedikit pun tidak dihiraukan. Tidak mampu untuk dia berjumpa dengan Aliya, sahabatnya. “Sya, buka pintu ni. Jangan macam ni. Kau dah tak anggap aku kawan?’’ Sepenuh hati Aliya memujuk [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 1

Posted:

Oleh : Dilza Adina Larra memerhati telefon I-phonenya yang menunjukkan nama pemanggilnya. Tertulis di situ nama ‘papa’ di skrin. “Larra? What’s wrong? Don’t tell me it’s a call from your dad” ujar Amanda yang sedang berjalan menuju ke dapur. Larra mengeluh perlahan sebelum mencapai telefon bimbitnya dan berjalan menuju ke balkoni appartmennya. Sudah beberapa kali [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Iman Nur Insyirah 1

Posted:

Oleh : Qasseh Qashreena 1 PAAAPPPP!!! Seraya itu satu jeritan kesakitan kuat kedengaran. Dan kemudian disusuli dengan hilai tawa keriangan seorang gadis. ” Eh, sengal! Sakit la! Apesal kau suka sangat tepuk belakang aku kuat-kuat macam tu ha? Pedih kau tau tak?!” marah Hadeef sambil meraba-raba tempat yang menjadi mangsa tamparan Iman. Iman masih dengan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kita Bersatu Apa Salahnya?? 1

Posted:

Oleh : Ara Likiasha “Hari ini aku sudah bebas! Huh! Lega sangat!”. Dia menjerit sekuat hati bagi melepaskan apa yang dirasakan saat itu. Beban yang ditanggung selama ini sudah pergi meninggalkan dirinya. ” Woi Lisa! Kalau ye pun jangan la menjerit. Kalau cikgu dengar macam mana? Tak niaya kita. Kalau nak menjerit pun biar lah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : DiaLah SonataKu 1

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 1 Aku tersenyum selebar-lebarnya. Terasa akulah manusia yang paling bahagia di alam semester ini. Apa tidaknya hero pujaanku sedang berdiri di sisiku penuh mesra. Tanganku dipaut erat. Sesuatu yang sukar untuk dipisahkan. Pastinya mengundang berjuta-juta perasaan cemburu dalam kalangan peminatnya di serata dunia ini. Aku tersenyum bangga. Hatiku berbunga riang. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bunga Cinta buat Salina 1

Posted:

Oleh : Nadia Othman Pelbagai alasan Faris berikan setiap kali diajak keluar. Sudah dua bulan dia bersikap sebegini. Panggilan yang dibuat Delia kepada Faris juga selalu tidak dijawab. Panggilan yang ketiga baru Faris bersuara. Itupun mahu cepat-cepat memutuskan talian. Pesanan ringkas yang dihantar juga jarang sekali berbalas. Delia sudah tidak tahan lagi. Kali ini, Delia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Amy Books Of Life 1

Posted:

Oleh : fiazira201 Aku Amy. Amyliana Mohd Idris. Aku menulis bukan sebab nak jadi penulis terkenal tapi sebab aku bosan. Selalunya bila aku bosan aku conteng-conteng kertas. Penuhlah buku aku dengan segala coretan dan lakaran makhluk asing planet X. Untuk pengetahuan korang aku ni sebenarnya anak tunggal dalam family aku. Kalau ada orang tanya best [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta ODC 1

Posted:

Oleh : froggie_odc BAB 1 ~ Ape pulak jatuh cinta?? ~ Di suatu petang yang agak nyaman, di sebuah universiti, di sebuah café, di sebuah meja… dengan angin yang ala-ala kipas tak cukup elektrik dan cuaca yang suam-suam kuku… bermulalah sebuah kisah yang mengingatkan korang akan zaman muda-muda, zaman cinta-cinta monyet dan zaman tau habiskan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Kita 1

Posted:

Oleh : Azim Alwiz Ain Nabilah dan rakan-rakannya bergegas ke Pejabat Sekolah apabila dimaklumkan oleh seorang pelajar atas arahan Cikgu Samsul.Pelbagai persoalan menerjah dikotak fikiran mereka.Ibarat seribu tanda tanya mengelilingi kepala mereka..Seperti yang semua tahu, Ain Nabilah, Siti Rahmah, Wani Mursyidah dan Qaseh Balqis merupakan pelajar pilihan sekolah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : 1 2 3…Cinta 1

Posted:

Oleh : amni insyirah BAB 1 Hanis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mula dihambat runsing melihat lambakan pakaian di atas katil. Ralit mencari pakaian yang sesuai untuk satu sesi temuduga, tanpa sedar sudah membukit pakaian dipunggah keluar dari almari. “Selalu tahu aje nak pakai apa. Hari penting macam ni jugak kau nak blur kan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Itu Indah 1

Posted:

Oleh : Mila Sham “Bubye Atuk, Uncle. Bye Aunty, bye Ben.” Itulah ucapan selamat tinggal daripada Awa kepada Ben sekeluarga. Semua yang berada di situ tersenyum melihat gelagat Awa. “Meh sini jap Awa. Aunty nak peluk. Datin Azlina memanggil Awa. Dia hanya menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh Datin Azlina. Datin Azlina memeluk Awa lalu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Padang Pasir 1

Posted:

Oleh : Yla Dieyhah Bab 1 Gembiranya hati aku,siapa yang tahu.Aku sekarang ni dalam tahap paling gila katakan.Mana taknya kalau aku akan ke luar negara untuk sambung belajar.Dengan result aku yang paling mantap iaitu 11A1.Berbaris A+..Hati aku ibaratkan kelopak bunga yang sedang gembira.Wah gitu! Aku sekarang ni dalam perjalanan nak balik ke rumahlah.Nak kasi tau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : I Think I love You 1

Posted:

Oleh : Nur Faizah Sipnopsis Tanpa dia sedari, Nur mula memendam rasa untuk si Dia walaupun Nur cuba menafikan tetapi perasaan indah itu sentiasa bercambah dari hari ke hari hanya untuk insan bernama Abdul Rayyan. Dalam memendam rasa untuk sahabatnya itu, kehadiran Mohamad Danish mengugat segalanya! Jejaka itu tidak pernah jemu menyakiti hati Nur, baginya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sudu Karat 1

Posted:

Oleh : muTeq 1 “Yelah. Nanti Fateh gi ambek ae. Mak jangan la susah ati sangat. Cube tengok Fateh,cool je. Jangan fikir sangat tau, nanti botak pulak. Takpe la mak, Fateh tak mandi lagi ni. Sayang mak, muaaaaaah!”,klik! Fateh menutup handsetnya sejurus selepas perbualan dengan ibunya dimatikan. “Argh!! Nape la orang kampong aku ni nak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon