Sabtu, 18 Jun 2011

Koleksi Novel Online (18Jun2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 23

Posted:

Oleh : geemus @ gee muszisya 23 Sedari tadi hanya sepi menemani mereka. Tegang wajah Akmal memandang ke hadapan menumpukan perhatian pada pemanduan. Tidak sedikit pun dia menoleh ke arah Anis. Perasaan hampa kecewa bercampur baur menguasai diri. Anis diam tidak berkutik. Resah. Gusar melihat raut wajah serius Akmal. Nanti apa aku nak cakap pada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cintaku Milik Siapa 22

Posted:

Oleh : Umi Kalsom MASUK ini sudah seratus kali rasanya matanya tertancap di skrin telefon bimbit. Sunyi dan sepi. Hanya keluhan saja meniti bibirnya untuk menggambarkan kekecewaan di hati. Kenapa dah ala-ala chipsmore pula tuan Hakim ni. Tiba-tiba saja menjadi sepi tanpa berita. Pandangannya ditala ke dinding rumah. Kosong, sekosong jiwanya pada saat ini. Rasanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : One Day You’ll Be Mine 21

Posted:

Oleh : Inawza Sebaik sahaja aku membuka mata pagi itu, hanya satu persoalan di dalam kepalaku. Adakah semuanya sekadar mimpi yang menyakitkan atau realiti yang bakal buat aku tersungkur sekali lagi? Kerana sesungguhnya sekarang, aku tak punya kekuatan lagi. Seluruh badanku terasa lemah. Perlahan-lahan aku melangkah keluar daripada bilik, tidak sabar menunggu hari ini berlalu. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dia Segalanya 45

Posted:

Oleh : sha ibrahim BAB 45 Sudah beberapa kali Suraya berulang alik di hadapan pintu biliknya. Dia masih lagi berkira-kira sama ada mahu keluar dari biliknya dan melakukan apa yang telah dia rancangkan sepanjang malam. Setiap kali dia memegang tombol pintu biliknya setiap kali itu jugalah darah gemuruhnya menjelma. Dia mengintai jam di dinding biliknya, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Salah mencintainya 68, 69

Posted:

Oleh : LC Bab 68 Aku dan Azam saling berbalas pandang mendengar setiap butir kata-kata mak lang. Rupa-rupanya mak lang masih belum melupakan kemalangan yang menimpa keluarga kami. “Mak lang masih tak dapat nak terima. Sampai sekarang penjenayah tu belum dapat di kesan. Bijak betul dia menyembunyikan kesalahan dia. Dia tak rasa berdosa ke dah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Miss Violence and Mr Casanova 9, 10

Posted:

Oleh : amirazoe155 / amira atiya Aura marah Zyra yang makin panas membara membuatkan Bibik Sutinah segera mahu berlalu pergi. Cukup sesi mengingat kembali kes-kes yang dilakukan Zyra dulu dan dia sememangnya malas hendak melayan karenah Zyra yang panas baran itu. Lantaklah dia mahu buat apa dengan budak Ezamirul itu. Jangan mati budak itu sudahlah. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Bertandang Lagi 41

Posted:

Oleh : Noorza Nooriz BAB 41 What About Now… HAYKAL bingung. Sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kucar – kacir sekali hidupnya sekarang. Anaknya, Isma Khadija sudah tiga hari demam. Menangis tidak henti – henti. Sakit Khalida juga semakin teruk namun tak nak pula dirawat di hospital. Degil isterinya itu mengalahkan degil si keldai. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Ayat power 32

Posted:

Oleh : Dr.rock Setelah sebulan bercuti, aku kembali menjadi pelajar perubatan. Perasaan pertama kali masuk ke hospital bercampuk aduk. Maklum sahajalah, sudah lama bercuti. Otak sudah berkarat dan badan mula tak larat. Inilah parahnya kalau terlalu lama memanjakan diri. Bila dah kembali ke dunia nyata, mulalah sakit sana sini. Tapi sudah aku sematkan niat dalam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta si teruna dan dara 30

Posted:

Oleh : gadis timur Sejak kebelakangan ni,hubungan Adam dan Farisya menjadi semakin akrab dan dah takde adegan perang mulut antara mereka berdua.Isu ini menjadi makin hangat di pejabat.Farisya tahu akan gosip dirinya yang mula tersebar luas itu,tapi dia hanya buat tak endah sahaja.makin dilayan nanti makin teruk jadinya pulak.tapi bila difikirkan balik,hurmmm macam artis la [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hey Mr Bad Guy 29, 30

Posted:

Oleh : Damia Myra Bab 29 Matanya tidak berkelip memandang wanita Inggeris di hadapannya itu. Benarkah itu Angelica? Tapi jika tidak mengapa wanita itu tidak langsung menampakkan seperti Angelica yang dikenalinya satu ketika dahulu? Bayangan itu…adakah sekadar mimpi sahaja. Dia memejamkan matanya. Dan membuka sekali lagi. Bayangan itu tetap tidak hilang. Bukan bayangan tetapi jelas [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Calon Menantu Mak 28

Posted:

Oleh : ezaitie nfib Sampai di kem tepat pada azan Maghrib. Daim terus melangkah menuju ke biliknya. Dicampak beg baju ke katil, dicapai tualanya dah terus membersihkan diri dan kaki terus melangkah menuju ke Masjid. Di Masjid, orang dah masuk ke rakaat terakhir. Daim tanpa brlengah terus menunaikan kewajipan sebagai hambaNya yang kerdil. Usai solat, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Permaisuri Hati 27, 28

Posted:

Oleh : AIN SABRINA Aku sudah tertunduk malu. Ish, dia ni…kot ye pun nak menengok muka aku ni. Cover-coverlah sikit. Kan dah kena. Ei..buat malu aku jelah dia ni. Anyway, thanks to you la Nisa sebab sangat-sangat memahami. Hehe. Ni yang sayang lebih kat Nisa nih. Aku bermonolog sendiri. “Eh..suka hati abanglah. Kak Reen ni [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Lebuhraya cinta utara selatan 27, 28

Posted:

Oleh : medkerz BAB 27 Dan melabuhkan punggung diatas lantai. Dia menenyeh-nenyeh mata. Terasa sedikit pedih. “Kamu ke mana Dan?” tanya tok wan yang sedang menggulung rokok daunnya. Dalam keadaan lelah pun masih boleh hendak merokok. Berkali-kali dipesan anak, bini serta cucu tapi buat pekak bin tuli. Memang tidak makan saman! “Pergi rumah kawan tadi. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hanya dia 25

Posted:

Oleh : Puteri Selendang Biru SELEPAS sahaja menunaikan solat Subuh, Maisara dan Tarti sudah sibuk menyediakan sandwich tuna. Dua bungkus roti Gardenia panjang untuk sepanjang perjalanan hari ini. Fariz masih lagi di kamar menemani Aiman sambil membaca buku. Selepas menyediakan sandwich, Maisara buru-buru masuk ke dalam kamar untuk menyiapkan barang-barang keperluan Aiman seharian. Sempat lagi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Biarkan Ia Berlalu 24, 25

Posted:

Oleh : Sha Ibrahim BAB 24 Nadia membuka pintu majikannya dengan perlahan. Sudah beberapa kali dia mengetuk pintu lelaki itu namun sebarang arahan langsung tak didengarinya. Dia menjengukkan kepalanya dan kelihatan seorang lelaki yang langsung tak bermaya sedang tidur sambil menyandar di kerusi. Nadia melangkah masuk ke pejabat tersebut dengan perlahan. “Boleh pulak mamat ni [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kerana Cinta Itu 22

Posted:

Oleh : Fatin Farehah BAB 22 Mangkuk yang berisi asam pedas ikan pari yang masih berasap itu diletakkan Afira Hanim dengan penuh cermat diatas meja makan. Begitu juga dengan ayam masak kicap, sayur campur dan udang goreng mentega. Tangannya turut ligat mengatur pinggan dan gelas di atasnya. Alfira tersenyum puas bila melihat semua hidangan sudah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Wake Up Call 21

Posted:

Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 21 HARi ini, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah akan pulang ke tanah air. Mereka dijangka tiba pada jam 10 pagi. Fahem memandu Honda Freed menuju ke KLIA. Fateeha, Zariff dan Syazwan Afiq turut mengikutnya menjemput orang tua mereka. Urusan kenduri diserahkan kepadaPak Razak dan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Apabila Dua Menjadi Satu 20

Posted:

Oleh : Iliyana Ahmad BAB 19 19 Julai:- Pertama kali aku bertemunya. Dia sedang memilih buku di salah sebuah kedai buku di Jaya Mall. Tanpa disengaja aku terlanggarnya. Aku mahu meminta maaf tetapi disebabkan ada rakan-rakan di sekelilingku membuatkanku mengeluarkan sifat sombongku. Aku memarahinya. Wajah mulusnya benar-benar membuat naluri lelakiku bergetar. Dia melawan. Agak aneh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta abadi 19

Posted:

Oleh : donia Jarum jam sudah berdetik ke angka lapan. Dia sudah berjanji untuk menemani jennidah ke butik pengantin untuk melihat pakaian pengantin. Kalau ikutkan hati, malas lisa untuk menemani kawannya itu. Sekali sekala dia juga mahu berehat di rumah. Tapi bila memikirkan tentang permintaan dari jennidah, dia akur juga. Jennidah itu sudah dianggap seperti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 18

Posted:

Oleh : Azieana BAB 18 SELESAI menikmati hidangan yang disediakan, sekali lagi mereka berkumpul di ruang tamu. Reen meminta diri untuk beredar. Sengaja mahu melarikan diri dari Amier. Sejak dari tadi dia cuba mengawal perasaan gemuruh dan berdebar ketika duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Bau haruman perfume yang di pakai lelaki itu sudah pun membuat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait

1 comments so far

byknye novel, tp apa kan daya akak x minat baca novel sejak azali huhuhu... tq share


EmoticonEmoticon