Jumaat, 17 Jun 2011

Koleksi Novel Online (17Jun2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Sungguh Aku Mengerti 21, 22

Posted:

Oleh : Amisha Dania BAB 21 PUAS hati Tengku Isma Danish dapat meluangkan masa selama empat hari bersama-sama Danisha Khalida. Semalam, sehari suntuk mereka menghabiskan masa melawat Bandar Melaka. Jadi macam budak-budak pula. Mereka ke Zoo di Air Keroh, Mini Malaysia yang berhampiran dengan Zoo dan sempat juga memanjat kota A Famosa. Tengku Isma Danish [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Love You Mr. Arrogant! 18, 19

Posted:

Oleh : Aliesha Kirana Bab 18 “Awak, saya balik lambat sikit ya hari ni…” Zaara memulakan bicara sebaik Irham mengangkat gagang. Irham tidak memberikan sebarang respon membuatkan suasana menjadi hening seketika. “Awak… dengar tak ni? Saya cakap yang saya balik lambat sikit hari ni, boleh tak?” “Nak pergi mana lagi? Dating?” Irham serius bertanya. “Ish [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bahagia UntukMu 19

Posted:

Oleh : Arieda ~~Bab 19~~ Hari minggu datang lagi. Hari kedua dalam cuti pertengahan penggal persekolahan. Hari yang ditunggu oleh semua golongan guru. Namun begitu ramai diantara guru-guru terutama yang mengajar kelas-kelas peperiksaan terpaksa mengorbankan cuti mereka di minggu pertama. Mereka perlu mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar mereka. Syuhada, Ruzian dan Mazni menghadapi situasi yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kemarau Kasih 19

Posted:

Oleh : IDA RIYANA 19 HANIS Aqilah telah sembuh cuma kakinya sahaja yang masih tidak boleh berjalan dengan betul masih tempang dan dia memerlukan rawatan susulan di hospital. Tongkatlah teman setianya, tempatnya bergantung untuk berjalan. Sesekali dia akan menggunakan kerusi roda untuk bersiar-siar di taman setiap petang dan menghirup udara segar. Setakat ini Azam adalah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kalimah Cinta 18

Posted:

Oleh : Aliesha Kirana “Iman, Sejak kali pertama kita bertemu, saya rasa saya sudah jatuh hati pada awak. Saya bukanlah perempuan tak bermaruah yang tanpa segan silu meluahkan rasa cinta, tapi saya rasa saya dah tak mampu bendung perasaan cinta saya pada awak. Saya tidak mengharapkan balasan dari awak, cukuplah awak tahu yang saya sukakan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cafe cinta 18

Posted:

Oleh : Mar Zawiyya Bab 18 IKAN-IKAN KOI JEPUN dari jenis ‘longfin koi’ berenang-renang di dalam kolam di sisi rumah. Sesekali ikan-ikan itu berebut-rebutan mengejar dan melahap palet hijau yang kutabur. Sebahagian masa lagi, ikan-ikan yang berwarna oren dan hitam itu menyorok di bawah daun pokok teratai yang hampir memenuhi kolam itu. Aku jadi asyik [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cheese 17

Posted:

Oleh : Qwerty “Because tonight will be the night that I will fall for you, over again. Don’t make me change my mind. Or I won’t li..” Nyanyian Ashq terhenti apabila bantal tepat mengena muka dia. “Woi, apa ni?” tanya Ashq bengang. Orang tengah feel nyanyi ni, dia kacau pulak. “Tak sedap,” komen Nia dengan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Iklil Hafiya 16

Posted:

Oleh : Hany Nafisya BAB 16 KAMARUL mengerling ke arah ketuanya yang sudah tersengguk-sengguk. Kepala lelaki itu terlentok ke kiri dan ke kanan akibat jalan yang berlekak-lekuk. Kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa tiga hari, disiapkan dalam masa dua hari sahaja kerana bimbangkan isterinya yang ditinggal seorang diri di rumah. Dia menggeleng mengenangkan nasib lelaki [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Guardian of heart 15

Posted:

Oleh : Yon Hikari SHAWAL tersenyum apabila monyet ’Chipera’ yang sudah bertahun-tahun tinggal didalam zoo itu cuba mencapai pisang dari tangannya. Sengaja Shawal melari-larikan pisang itu dari tangkapan Chipera. Chipera seekor monyet betina yang sudah sebulan lebih kematian anak tunggalnya. Anak Chipera mati kerana terjatuh dari pelukkannya. Shawal sendiri yang menyaksikan kejadian itu dan mengeluarkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cerita Selepas Hujan 15

Posted:

Oleh : Ismail Hashim Bab 15 ” Mak tenguk…Nisah semakin rapat dengan Mak Ngahnya tu,” ujar Nek Awa.Perubahan itu jelas ketara di mata Nek Awa. ” Nisah juga pun rapat dengan Hisyam,” tukas Mak Jah.Memang Mak Jah juga menyedari perubahan itu. ” Biarlah,mak…tak kuasa Jah nak halangnya….lagi pun Nisah tu dah besar…dah pandai nak cari [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : 14:37 15

Posted:

Oleh : acidstar 15 “Assalamualaikum…” Aidid memberi salam. Pintu rumah dibuka. Senyap. Tiada jawapan. “Hish! Mana pulak dia pergi nie? Senyap aje nie.” Pandangannya ditala ke tingkat atas. Lampu bilik Alysa gelap. Aik? Takkan dah tidur. Plastik di tangan dipandang. Takkan nak redah masuk aje nie. “Lysa! Oooo Lysa!” Laung Aidid lagi. Masih lagi tiada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tragedi Cinta 14

Posted:

Oleh : eila iraiena BAB 14 Cuaca hari ini agak baik, Atika mengambil keputusan untuk membuang lemak-lemak yang sudah mula berumah didalam sistem badannya. Taman Tasik Titiwangsa menjadi pilihannya. Atika berlari perlahan-lahan mengeliling taman itu, tidak ramai pengunjung, yang kelihatan hanyalah beberapa warga tua sedang berehat. ” Kalau ada Helmy..best jugak. Boleh aku ajak dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Satelit 14

Posted:

Oleh : Syah Kinabalu BAB 14 Aku terus ke hospital menemui Farid. Sepanjang perjalanan aku cuba mengatur segala maklumat yang aku dapat untuk dimaklumkan kepada Farid. Kali ini aku harus percayakan Farid kalau kami hendak bekerjasama. Sampai di hospital aku melihat telah ramai wartawan datang termasuk ibu bapa Maseira dan pihak polis berada di sana. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dendam Terindah 13

Posted:

Oleh : Najwa Zokiflee Di Kuala Lumpur “Honey..you keluar jumpa I ni tak ada yang syak ke?”soal lelaki tinggi lampai itu sambil mengelus lembut rambut kekasihnya yang terlentok manja di pangkuannya. “No,Am tak ada.., Izzah balik JB,lagipun I cakap pada auntie I ,I keluar jumpa kawan..maybe I tak balik malam ni..you ni kenapa macam tak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seutuh Kasih Nur Alaisyah 13

Posted:

Oleh : aenne Bab Tiga Belas Sudah hampir dua minggu Nur Alasiyah tidak berjumpa dengan Zariff. Tiba-tiba dia terasa jantungnya berdebar-debar disaat wajah Zariff berulang dalam mindanya. Terasa rindu terhadap lelaki itu semakin mencengkam. Kenapa? Aku hanya rasa sebegini hanya untuk Syazrill. kenapa perasaan ini berulang lagi? Nur Alaisyah keliru. Kenapa harus dia merasa sedemikian. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain 12

Posted:

Oleh : Web Sutera BAB 4 Di medan pertempuran, tahun 339 Sebelum Masihi…….. “Syukur kepada Tuhan kamu sudah sedar semula setelah lima hari tidak sedarkan diri kerana luka dan keletihan teramat yang dialami,” jelas Machon sambil tersenyum kepada rakan dan muridnya Sangarius. “Bermacam-macam racauan kamu yang aku dengar.” “Di mana saya? Apa yang terjadi?” tanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Secangkir Madu Merah 12

Posted:

Oleh : Miqael Arshad BAB 12 Bertambah geram dia melihat lelaki di hadapannya ketawa mengekek hingga tidak langsung memikirkan perasaan marahnya ketika ini. Memang sudah begini nasibnya mendapat kawan seperti itu tetapi salah siapa? Bukankah dia yang sering menyalahkan orang lain? Saat ini pula dia sendiri yang terperangkap. Bagaimana Fazry Kamal yang berada di hadapannya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : First Love Kiss 12

Posted:

Oleh : OkiE LOKI menghempas telefon bimbitnya ke atas lantai. Pecah berkecai telefon bimbitnya itu. Rasa geram dihatinya bercambah-cambah selepas bercakap dengan seseorang didalam talian tadi. Semua pun nak benda yang sama! Yang aku nak aku tak dapat pula! Dengus Loki. Lepas papa, mama. Lepas mama pula, kakak. Bila aku nak dapat apa yang aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bukan Aku Tak Cinta 12

Posted:

Oleh : jeje / Qash Irdina 12 “Tutup mulut Nia tu. Karang ada tertelan lalat pulak,” tegur Zaharul Ashriq. Dia suka melihat reaksi Tengku Dania yang melopong melihat kehadirannya. Tengku Dania menutup mulutnya. Dia hampir ketawa mendengar kata-kata Zaharul Ashriq. Macam mana dia boleh ada kat sini? “Kenapa awak ada kat sini?” soal Tengku Dania. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 11

Posted:

Oleh : Tinta Biru Bab 11 Mia dan Liza sedang menikmati hidangan tengahari di Mc Donalds. Mereka makan dengan begitu berselera sekali. Sesekali Mia memerhatikan gelagat pengunjung yang turut berada di dalam Mc Donalds tersebut. Bermacam-macam perangai dan kerenah dapat dilihatnya. Sedang asyik menjamu selera itu tiba-tiba telefon bimbit Mia berbunyi. Nama di skrin telefon [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bintang Hati 10, 11

Posted:

Oleh : cahayaintan BAB 10 Selepas solat subuh, Lisa membantu ibunya memasak dan membungkus bihun goreng untuk pasukan bola sepak sekolahnya. Selepas siap, ibunya menghantar dia dan bungkusan itu ke sekolah. Shahril dan Ikhwan yang menunggunya di depan bas sekolah segera membantunya membawa bungkusan itu ke dalam bas. Selepas bersalam dengan ibunya, dia menaiki bas [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dan bila hati berkata 19

Posted:

Oleh : NURRIEZ Bab 19 Natrah terkejut juga bila Puan Umi mengkhabarkan tentang kepulangan Adirra. Dia seperti tidak percaya. “Apa hal pulak perempuan tak guna tu balik sini? Nak sambung balik cari pasal?” bebel Natrah. Betul-betul kurang senang. Seperti apa yang bakal dia rancang bakal mendapat tentangan. “Inikan rumah dia jugak. Suka hati dialah nak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Bila Hati Dah Sayang 18

Posted:

Oleh : TinTa Biru 18 Syafiqah menggosok baju kebaya biru untuk dipakai esok hari. Selesai menggosok, baju tersebut disangkut. Dia kemudian terus menuju ke meja solek. Rambutnya yang panjang paras pinggang disisir rapi. Jam loceng di atas meja solek dipandang sekilas. Baru menunjukkan pukul 10 malam. Masih awal lagi untuk dia melelapkan mata. Tiba-tiba dirinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kemelut Di Muara Rindu 17

Posted:

Oleh : Dianza BAB 17 *********** DULANG berisi sepinggan cucur udang dan secawan Milo panas kubawa ke bilik Amar. Pintu bilik kuketuk perlahan. Apabila terdengar suara menyuruh masuk barulah aku memulas tombol pintu dengan susah payah. Amar tunduk memandang dokumen di tangannya. Tersenyum aku melihat ketekunannya semasa bekerja. ” Hello my dear friend! How are [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon