Isnin, 27 Jun 2011

Buat isteriku Tersayang

Tags





Ukhtiku...
Di mana pun engkau sekarang, janganlah gundah, janganlah gelisah
Telah kulihat warkahmu dan aku mengerti,
Kerana jalan ini masih panjang
Banyak hal yang menghadang
Hatiku pun melagu dalam nada angan
Seolah sedetik tiada tersisakan
Resah hati tak mampu kuhindarkan
Tentang sekelibat bayang, tentang sepenggal masa depan
Terkikis dari panjang jalan perjuangan, hanya kerana sebuah kegelisahan
Lebih baik mempersiapkan diri sebelum mengambil keputusan
Keputusan besar untuk datang kepadamu.

Ukhtiku...
Jangan menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu
Percayalah padaNya, Yang Maha Pemberi Cinta,
bahawa ini hanya liku hidup yang pasti berakhir
Yakinlah...saat itu pastikan tiba
Tak usah kau risau kerana makin memudarnya kecantikanmu
Kerana kecantikan hati dan iman yang dicari
Tak usah kau resah kerana makin hilangnya aura keindahan luarmu
Kerana aura keimananlah yang utama
Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga,
merasuk dan menembus relung jiwa.

Wahai perhiasan terindah...
Hidupmu jangan kau pertaruhkan, hanya karena kau lelah menunggu. Apalagi hanya demi sebuah pernikahan. Karena pernikahan tak dibangun dalam sesaat, tapi ia mampu hancur dalam sedetik. Seperti Kota Iraq yang dibangun berpuluh tahun, tapi hancur dalam waktu sekian hari.

Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon